Sejarah tercipta...pintu istana dibuka untuk rakyat sempena Ramadhan... Qiammulail Perdana di Istana Negeri bersama Al Sultan Kelantan & Tazkirah bersama Ustaz Azhar Idrus...
Thursday, August 2, 2012
Monday, July 30, 2012
Next-gen iPhone
Another supposed look at the next-gen Apple iPhone, the elongated iPhone body with a miniaturized docking port and brushed metal back. Repair shop iLab has posted its own photos, but these images apparently showcase a fully assembled body. The new photos give a clear look at what a black, fully-assembled next-generation iPhone might look like when it ships to customers this fall. The repair shop also has some photos of other individual components like home buttons and volume keys.
Read more at 9to5mac.
Tuesday, July 24, 2012
Damailah dalam Pelukanku
KESEPIAN
Malam minggu yang tenang. Sementara si comel baru tidur setelah penat bermain, aku mencari masa mengisi aktivitiku.
“Ma…..ma….ehek…ehek…”
Rengekan si comel menyentap salur separuh bulat telingaku. Aku lantas bergegas masuk ke kamar tidur. Terletak bersebelahan dengan perpustakaan mini, tempatku berkarya. Dalam suramnya cahaya lampu tidur, sinar wajahnya kemilau. Pandanganku menyimbah kasih. Dia tampak kesedihan. Memerlukanku. Apabila tanganku menepuk belakangnya, dia pantas terlena semula. Tenang. Mimik mukanya seakan cuba memberitahuku,
“Ummi, temankanlah”.
Kusedar dia perlukan waktu untuk mengerti tentang kegelapan dan kesepian. Moga ia damai dalam pelukanku. Dari alam rahim yang akrab denganku, dia hadir ke dunia yang asing ini. Tanpa mengerti suatu apa pun. Kubacakan doa buatnya lalu kuhembus ke ubun-ubun. Terima-kasih Allah kerana sudi mengingatkanku agar mendoakan pinjaman-Nya ini. Doa seorang ibu tinggi di sisi Ilahi. Terasa nikmat menjadi ibu. Damai ku merenung wajah bersih sedang beradu. Kelak, di alam barzakh, aku sangat kebulurkan doanya. Aku yakin, jika seorang ibu ingin mendidik anaknya mendoakan ibubapanya, ibubapa terlebih dahulu kena rajin mendoakan anak. Didikan melalui tauladan.
SUSU TERBAIK DI DUNIA
Monday, July 16, 2012
Thursday, June 28, 2012
Kelebihan Nisfu Syaaban
El Paso, USA |
Dalam Raudatul Ulamak
dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَتَدْرُونَ لِمَ
سُمِّيَ شَعْبَانَ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ِلأَنَّهُ
يَتَشَعَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ.
Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini
dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui.
Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak
kebaikan padanya.
Firman
Allah,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ
أَمْرٍ حَكِيمٍ.
Yang bermaksud, Pada
malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang
mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Al-Dukhaan:
4
‘Ikrimah dan
sebahagian ulamak tafsir menjelaskan bahawa perkataan malam pada ayat ini
bermaksud malam nisfu syaaban.
Di sini dinyatakan
kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,
قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ
فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ
فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ
مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى
فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
Yang bermaksud, Rasulullah
saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah
malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir)
padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya
terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat
orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat
orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya
begini…sehinggalah terbitnya fajar.
(Riwayat Ibnu Majah)
Monday, June 25, 2012
Era baru di Mesir
Rakyat Mesir beramai-ramai sujud syukur di Dataran Tahrir sejurus selepas Dr Muhammad Mursi, Pemimpin Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) diisytiharkan pemenang pusingan kedua pemilihan presiden.
Keputusan rasmi pemilihan presiden Mesir |
Sunday, June 17, 2012
Majlis Amal Hi-Tea Seri Al-Huda Di Hatiku
BismillahirRahman nir Rahim...
Majlis Amal Hi Tea Seri Al-Huda akan diadakan pada hari Sabtu 30 Jun 2012 bertempat di Restoran Nelayan Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha pihak sekolah menjana dan menambah kutipan dana bagi tujuan penubuhan Kompleks Pendidikan Seri Al-Huda.
D samping menikmati "Hi-Tea", para penderma akan disajikan dengan pelbagai acara menarik antaranya sesi bersama Ustaz Don Daniyal (semalam dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di Malaysia) dan sesi bersama Chef Ismail. Di samping itu, slot hiburan nasyid bersama Kumpulan Zaidan juga akan memeriahkan suasana juga aktiviti lelongan dan jualan amal di perkarangan restoran turut diadakan.
Wednesday, May 16, 2012
Perutusan Hari Guru 2012
Sempena sambutan Hari Guru 2012, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan dan penghargaan kepada semua guru di atas segala pengorbanan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Guru merupakan golongan yang paling penting dalam pembangunan sesebuah negara. Bahkan Islam mengiktiraf peranan guru sebagai murabbi. Quran menegaskan betapa tingkatan taraf kemanusiaan diangkat oleh Allah melalui dua unsur iaitu keimanan dan keilmuan. FirmanNya: "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu dengan beberapa darjat."
Keimanan dan keilmuan adalah dua eleman utama manusia diangkat darjat oleh Allah. Benarlah kata kata Saidina Ali bilamana ditanya manakah yang kamu inginkan antara harta dan ilmu.
Lalu jawab Saidina Ali: "Aku akan mengambil ilmu."
Bilamana ditanya kenapa ia memilih ilmu lalu jawab Saidina Ali:
Tuesday, May 8, 2012
Its Your Day, Abah
Alhamdulillah.... meningkat setahun lagi umurmu ... Semalam 7 May 2012 genap yang ke 43 tahun. Yang pasti, bila umur meningkat ke four figure ni, makin banyak tuntutan dan tanggungjawab yang terpikul di bahu sesiapa jua... ya, sesungguhnya tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada....dan semakin meningkat usia, semakin sedikit masa yang kita ada. Semuga dirimu terus tabah, cekal dan mampu memikul amanah ini dengan sebaiknya, mengemudi kapal di laut dalam yang penuh cabaran ini selamat sampai ke destinasinya... InsyaAllah... Selamat Hari Lahir...
Thursday, April 26, 2012
ABIM sokong BERSIH 3.0
Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyeru golongan "pencinta kebenaran" supaya turut sama menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.
Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya Amidi Abdul Manan turut menyatakan sokongan ke tuntutan yang dikemukakan oleh penganjur perhimpunan itu.
"Abim menyeru setiap rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan agar sama-sama turun secara aman untuk menghadiri Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, untuk sama-sama menzahirkan keprihatinan mereka terhadap masa depan negara yang tercinta ini," katanya.
Katanya lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu bersikap lebih proaktif dan serius dalam menangani aduan dan juga tuntutan oleh gabungan pertubuhan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH 2.0) itu.
"Kegagalan berbuat demikian hanya akan mengeruhkan suasana politik semasa serta bakal menjejaskan peranan pilihan raya umum ke-13 sebagai wahana pengurusan perbezaan pendapat serta aliran politik secara harmoni dan berkesan," katanya.
"Kegagalan berbuat demikian hanya akan mengeruhkan suasana politik semasa serta bakal menjejaskan peranan pilihan raya umum ke-13 sebagai wahana pengurusan perbezaan pendapat serta aliran politik secara harmoni dan berkesan," katanya.
Wednesday, April 25, 2012
Auntie Bersih seru golongan tua sokong BERSIH 3.0
Anne Ooi, yang lebih dikenali sebagai 'Auntie BERSIH', menggesa golongan tua keluar beramai-ramai Sabtu ini bagi menyokong desakan BERSIH bagi pilihan raya yang bersih dan adil.
Dalam klip video yang disiarkan di Facebook Ahad lepas, Anne, 66, menyeru mereka bangkit menyokong perhimpunan tersebut.
Dalam klip video yang disiarkan di Facebook Ahad lepas, Anne, 66, menyeru mereka bangkit menyokong perhimpunan tersebut.
Monday, April 16, 2012
Tuesday, April 10, 2012
Kisah Pengundi Hantu di Marang
Pada Pilihanraya 1990, Timbalan Yang Dipertua PAS (skrg Presiden PAS), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memenangi kerusi Parlimen Marang dgn majoriti 116 undi.
Rupanya, Haji Hadi sepatutnya kalah dlm pilihanraya tersebut kerana terdapat lebih 3000 pengundi hantu yang didatangkan dari beberapa buah kilang sekitar Parlimen Pekan. Pada hari mengundi, kira2 200-300 orang telah berjaya dihalang dari mengundi oleh petugas2 PAS. Kira2 12 buah teksi serta 2-3 buah bas berjaya ditahan dari mengundi. Sekiranya pengundi2 hantu dari Pekan tersebut tidak ditahan, nescaya Tuan Guru Haji Hadi akan kalah di kerusi Parlimen Marang pada tahun 1990 itu.
Tuesday, March 27, 2012
In Memory of My Late Father
Bismillah ArRahman Ar Rahim...
Years flew so fast.. It has been 5 years since 26th March 2007, the day Allah took your soul away and separated you from us . Now and forever.... you will always be in our heart... Haji Nasir bin Ahmad my late beloved father. May Allah grant you Jannah and will gathered all of us together... again in life hereafter, Insya Allah
Monday, March 26, 2012
Tahniah SPM 2011
Tahniah pada semua yang berjaya dengan cemerlang menjawab soalan-soalan SPM yang amat payah. Soalan yang senang tentunya soalan yang dah bocor. Soalan spot dari Munkar & Nakir.
Berikut keputusan perperiksaan SAMBEST www.sambest.my:
Tahniah Puteri Nur Diana Mokhtar, Raudhah Hamdan & Afiqah Hamzah - semoga lebih cemerlang lagi di peringkat yang lebih tinggi. Tapi ingat soalan spot tu..jadilah bijak di sana juga.
Berikut keputusan perperiksaan SAMBEST www.sambest.my:
Keputusan SPM
|
2011
|
%
|
2010
|
%
|
11A
|
41
|
22.28
|
48
|
25.13
|
10A
|
24
|
14.04
|
24
|
12.57
|
9A
|
17
|
9.24
|
18
|
9.42
|
8A
|
19
|
10.33
|
22
|
11.52
|
7A
|
25
|
13.59
|
28
|
14.66
|
6A
|
36
|
19.57
|
27
|
7.85
|
5A
|
13
|
7.07
|
15
|
2.62
|
4A
|
7
|
3.80
|
5
|
1.57
|
3A
|
2
|
1.09
|
3
|
0.00
|
2A
|
0
|
0.00
|
0
|
0.52
|
1A
|
0
|
0.00
|
1
|
0.00
|
Total
|
184
|
100%
|
191
|
100%
|
Gred Purata Sekolah
2011
|
1.68
|
Gred Purata Sekolah
2010
|
1.62
|
1.
|
kedudukan ke-6 Negeri Selangor
|
2.
|
Terbaik Daerah Petaling Perdana
|
3.
|
3 Calon murid mendapat 9A+ [Sekolah]
|
Tahniah Puteri Nur Diana Mokhtar, Raudhah Hamdan & Afiqah Hamzah - semoga lebih cemerlang lagi di peringkat yang lebih tinggi. Tapi ingat soalan spot tu..jadilah bijak di sana juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)