 |
Image Malaysiakini |
Updated 3 Apr 2013 11.45 Bakal Ketua Pembangkang, Najib baru sahaja mengumumkan pembubaran parlimen sebentar tadi. Ini akan memberi laluan kepada PRU ke 13 yang berkemungkinan akan diadakan pada penghujung bulan April ini.
--------------------------
Pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KEADILAN dan parti komponen Pakatan Rakyat tiada sebarang masalah jika pembubaran berlaku seawal hari ini.
“Ada orang jangka (bubar) esok (hari ini), tapi dengarnya mungkin tidak. “(Tetapi sama ada) Esok atau minggu depan, kita akan bagi anda (Najib) jawatan baru, (iaitu) Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia,” katanya disambut sorakan 2,000 hadirin di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee.