[Mind Tajdid - Dr Maza] Ramai yang menghantar mesej kepada saya meminta saya mengulas tentang kenyataan terbaru Tun Mahathir berhubung dengan hudud. Juga ada yang menyatakan saya ‘double-standard’ apabila tiba kepada Tun Mahathir saya selalu mengelakkan untuk mengulas disebabkan saya ada hubungan baik dengan beliau.
Sebenarnya, ia disebabkan saya di UK dan baru sahaja tahu isu itu apabila dibangkit oleh rakan-rakan ‘tweet’ (not twit). Jika saya di Malaysia, mungkin saya akan hubungi Tun sendiri, tapi jarak jauh menghalang hasrat tersebut.
Asas hukum hudud disebut dalam al-Quran seperti hukum potong tangan pencuri dan sebat bagi yang menuduh orang lain berzina dan yang berzina. Kewujudan hukum tersebut dalam al-Quran memang qat’i iaitu pasti tanpa sebarang takwilan lagi, Ini disebut sebagai qat’iya thubut.