Raudhatul Jannah
|
Ziarah ke Masjid Nabawi tidak lengkap jika tidak mengunjungi RAUDHAH. Selain maqam Rasulullah SAW, Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab untuk diziarahi, Raudhah adalah kawasan istimewa yang harus diziarahi di Masjid Nabawi. Kawasan Raudhah adalah kawasan yang terletak di antara rumah Rasulullah SAW dengan mimbarnya, di mana terdapat lapan tiang bulat yang dicat putih di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya di tampal dengan marmar putih, sementara tiang-tiang lain berwarna putih dari lantai ke bumbung.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tempat yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sedang mimbarku itu berada di atas kolamku" - Riwayat Bukhari.
Ulamak-ulamak terdahulu telah mentafsirkan Raudhah adalah 'taman syurga' di mana di sinilah letaknya bilik Saidatina Aisyah r.a. di mana terdapat maqam Rasulullah SAW di dalamnya. Ada juga yang mentafsirkan Raudhah sebahagian daripada syurga yang ditempatkan di dunia ini dan akan dipindahkan ke syurga pada hari akhirat kelak.
Oleh kerana itulah, sesiapa yang berpeluang memasuki Raudhah dan beribadat di dalamnya akan mendapat rahmat Allah terus menerus kerana ibadat dan doa-doa mereka akan dimakbulkan Allah berlipat kali ganda.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tempat yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sedang mimbarku itu berada di atas kolamku" - Riwayat Bukhari.
Ulamak-ulamak terdahulu telah mentafsirkan Raudhah adalah 'taman syurga' di mana di sinilah letaknya bilik Saidatina Aisyah r.a. di mana terdapat maqam Rasulullah SAW di dalamnya. Ada juga yang mentafsirkan Raudhah sebahagian daripada syurga yang ditempatkan di dunia ini dan akan dipindahkan ke syurga pada hari akhirat kelak.
|
Ustuwaanah (tiang) Sareer (kanan) dan Ustuwaanah Ali (kiri) yang masih kekal memagari kawasan maqam Nabi di dalam Sacred Chamber |