Adalah Umar Al Khattab dalam sebuah athar (percakapan sahabat) yang diriwayatkan oleh Maqhul, bahawa Umar Al Khattab menulis kepada penduduk Syam yang berbunyi “ajarilah anak-anakmu berenang, memanah, berkuda". Tuntunan itu datang dari Sahabat Nabi SAW yang kita cintai. Berenang, memanah dan berkuda, tiga keterampilan yang seharusnya dimiliki anak-anak penerus semangat Islam.
Tentu ada alasan kuat mengapa Umar Al Khattab menyuruh ibu bapa Muslim mengajar anak-anaknya berenang. Bagi masyarakat di padang pasir, berkuda dan memanah adalah aktiviti lumrah, berkuda ataupun menunggang unta merupakan aktiviti seharian mereka.
Tapi berenang?! ini yang agak menghairankan. Orang Arab tidak terlalu suka pada air (kecuali untuk minum tentunya), tambahan pula kolam atau tasik sukar ditemui di padang pasir kecuali oasis atau wadi. Kita maklum kebanyakan sumber air ini digunakan sebagai sumber air minuman. Oleh kerana air sangat sukar ditemui di daerah padang pasir, maka anjuran ini adalah sebuah hal yang jauh di luar jangkauan pemikiran masyarakat muslim 15 abad lalu.