Friday, December 25, 2009

Isa Ibnu Maryam

Benarkah lahirnya nabi ulul azmi, Isa Ibnu Maryam pada 25 Disember, 2009 atau 2010 tahun yang lalu? Saya meraguinya. Al Quran surah Maryam ayat ke 25 memerintahkan Maryam supaya mengegarkan pohon kurma yang berada di sisinya untuk mendapatkan rutob (kurma segar) untuk makanan sebaik sahaja Isa Ibnu Maryam dilahirkan. Tapi boleh ke pohon kurma berbuah dalam bulan Disember yang bersalji?

Biasanya kurma akan masak ranum dalam musim panas atau selewat-lewatnya musim luruh bagi negeri-negeri yang mempunyai empat musim termasuk negeri-negeri beriklim mediterranean seperti Palestine. Maka di lembah Baitul Laham, tempat di mana ulamak sepakat mengatakan tempat lahirnya Nabi Isa AS (Jesus), atau di Nazareth, mengikut orang-orang Kristian, peristiwa masak ranumnya kurma supaya mudah disunting oleh Maryam pastinya berlaku lebih awal dari musim sejuk. Kalau kita imbas peristiwa penangkapan musuh nombor wahid Amerika, Saddam Hussein yang hanya dihebohkan pada Disember 2003, terdapat keraguan tarikh sebenar arwah Saddam ditangkap dan siasatan bebas menunjukkan bahawasanya arwah Saddam sebenarnya telah ditangkap 2-3 bulan sebelum itu. Ini mungkin benar dan dapat dikenalpasti dengan pemerhatian teliti pada gambar lokasi 'lubang tikus' yang berlatarbelakangkan kebun kurma di Tikrit walaupun terdapat penafian sebenarnya dia telah dibelot oleh saudara sendiri dan diberi dadah untuk ditangkap oleh askar Amerika.

Tahniah - PMR 2009

Tahniah diucapkan kepada Puteri Diana kerana berjaya meneruskan kecemerlangan dari UPSR yang lepas dengan kejayaan mendapat 8A. Kak Ana adalah salah seorang dari 28,188 pelajar yang berjaya mendapat straight As dalam PMR tahun ni berbanding hanya 26,378 pada 2008.



Juga tidak lupa kepada Afiqah dengan pencapaian 6B 2C. Kami mendoakan sukses untuk exam seterusnya dan ingatlah kejayaan atau kekurangan pada hari ini masih belum menjamin kejayaan hari esok atau terus gagal dalam langkah seterusnya. Kejayaan hakiki pastinya dengan menjadi insan bertaqwa dan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua orang tua. Tak kira lah berapa banyak A pun yang dapat..


Kak Ana dan Kak Lang adalah dua dari 475,182 calon yang menduduki PMR tahun ini di mana 442,611 (93.1 %) adalah calon daripada sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.

Sunday, December 20, 2009

Berenang : Ketrampilan Khusus Yang Perlu Dikuasai Umat Islam


Adalah Umar Al Khattab dalam sebuah athar (percakapan sahabat) yang diriwayatkan oleh Maqhul, bahawa Umar Al Khattab menulis kepada penduduk Syam yang berbunyi “ajarilah anak-anakmu berenang, memanah, berkuda". Tuntunan itu datang dari Sahabat Nabi SAW yang kita cintai. Berenang, memanah dan berkuda, tiga keterampilan yang seharusnya dimiliki anak-anak penerus semangat Islam.

Kenapa BERENANG?

Tentu ada alasan kuat mengapa Umar Al Khattab menyuruh ibu bapa Muslim mengajar anak-anaknya berenang. Bagi masyarakat di padang pasir, berkuda dan memanah adalah aktiviti lumrah, berkuda ataupun menunggang unta merupakan aktiviti seharian mereka.

Tapi berenang?! ini yang agak menghairankan. Orang Arab tidak terlalu suka pada air (kecuali untuk minum tentunya), tambahan pula kolam atau tasik sukar ditemui di padang pasir kecuali oasis atau wadi. Kita maklum kebanyakan sumber air ini digunakan sebagai sumber air minuman. Oleh kerana air sangat sukar ditemui di daerah padang pasir, maka anjuran ini adalah sebuah hal yang jauh di luar jangkauan pemikiran masyarakat muslim 15 abad lalu.

Thursday, December 17, 2009

Ma'al Hijrah 1431



Mengikut sejarah, tarikh permulaan tahun dalam taqwim Islam yang berasaskan peredaran bulan (lunar) telah ditetapkan di zaman pemerintahan Khalifah Islam ke dua iaitu Saidina Umar Al Khattab. Khalifah dan EXCO ketika itu telah sepakat untuk menggunakan sistem taqwim Islam tersendiri dalam usaha memperkasakan identiti dan syiar Islam dan mengelakkan terus merujuk kepada taqwim Masihi golongan Nasrani.

Tahun 1 Hijrah telah ditetapkan berdasarkan tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah al Mukarramah ke Madinah al Munawwarah dan diretrospektifkan lebih dari 13 tahun kebelakang. Berbanding taqwim Masihi, 1 Hijrah telah bermula sekitar 624 Masihi dan setelah 1430 tahun Hijrahtul Rasul, jurang antara kedua-dua taqwim kini sekitar 530 tahun.

Pentingnya menghayati tarikh ini ialah sekiranya pada bulan Zulhijjah yang baru lalu, kita banyak menyentuh peri pengorbanan suci yang pernah diamalkan oleh Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail AS, maka pada bulan Muharram pula, kita perlu menekankan peristiwa Hijrah Rasulullah. Hanya mereka yang sanggup berkorban kerana Allah SWT dan Rasul-Nya sahajalah yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta diberi perlindungan oleh Allah SWT.

Sebagai permulaan eloklah kita meluangkan masa pada petang ini menjelang maghrib nanti untuk membaca doa-doa yang telah disusun oleh ulamak terdahulu. Kalau tiada salinan doa ni di rumah, pastikan sama-sama berdoa di surau atau masjid atau aminkan saja depan TV. Yang penting berdoa.


Wednesday, December 16, 2009

Viva Malaysia


Dah 20 tahun sejak last sekali Malaysia menang pingat emas acara bolasepak sukan SEA. Harap-harap kali ini di bumi Laos, Malaysia dapat menewaskan Vietnam, kuasa baru bolasepak Asia Tenggara dan memperbaiki kedudukan ranking dunia yang agak baik sikit dari Zimbabwe sekarang ni.

Skuad bola team Malaysia kali ini agak menonjol terutama selepas hampir berjaya membelasah team dari English Premiere League, Manchester United sewaktu kunjungan mereka ke Malaysia enam bulan lepas.

Friday, December 11, 2009

Pengakuan Chef Hotel 5 Bintang

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 ptg, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, To' Ki dan 2 orang chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang halal atau tidak makanan yang dihidangkan di hotel 5 bintang.

Salah seorang chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu di dalam restoran 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan ( Melayu, masakan barat dan 3 bahagian yang lain. Setiap satu dapur diketuai oleh seorang Eksekutif Chef dan setiap resepi yang dimasak dan dihidangkan adalah hak mutlak eksekutif chef. Ini bermakna tiada orang lain yang berhak memberi komen tentang resepi yang telah ditetapkan oleh eksekutif chef.

Saturday, December 5, 2009

Pasaran Sardin HPA

Sudah sekian lama saya tidak membeli sardin dalam tin walaupun anak-anak mendesak hendak makan sandwich sardin. Sandwich sardin memang menjadi kegemaran anak-anak terutamanya Sarah dan Hajar, tetapi saya lebih rela tidak membelinya memandangkan kandungan bahan pengawet yang tinggi di dalam sardin tin. Sejak dulupun memang seringkali saya  berfikir berkali-kali sebelum membelinya namun, sejak lebih faham dan lebih peka tentang pemakanan halallan thoyyibah, saya mengambil keputusan untuk beralih kepada sandwich selain daripada sardin.

Gerun saya memikirkan bila terbaca tentang satu artikel yang menyatakan  kandungan bahan pengawet dalam sardin tin boleh menyebabkan orang yang sihat walafiat dijangkiti asma, manakala orang yang didiagnos asma akan diserang asma sejurus selepas memakannya.


Alhamdulillah, kerisauan saya tidak berpanjangan. Kini HPA telah pun mengeluarkan sardin dalam tinnya sendiri. Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehinggakan dalam waktu yang singkat sahaja,  hampir kesemua cawangan HPA telah kehabisan stok sardin tin. Antara pembelinya yang menghabiskan stok tersebut sudah tentulah  kami sekeluarga.

Insya Allah HPA juga bercadang untuk mengusahakan produk lain dalam bentuk tin iaitu ayam, lembu, bilis dan daging kambing.

Bersama-sama kita mendoakan HPA akan lebih inovatif dan kreatif dalam menyelesaikan masalah pemakanan umat Islam di Malaysia juga di   peringkat yang lebih global, Amiin.

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidul Adha - Soul of Hajj


Warga Nani's Place mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua sanak saudara dekat dan jauh serta semua pengunjung yang sudi singgah ke Nani's Place.

Sesuai dengan firman Allah yang mafhumnya "Dan dirikan solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah" (Al Kauthar: 2), bersama-samalah kita menghayati maksud korban yang semestinya bukan setakat menitiskan darah binatang sembelihan.

Sebagai juadah ilmu hari raya sila luangkan masa membaca artikel menarik berkenaan Ruh Haji karangan Dr. Habib Siddiqui di bawah.

The Soul of Hajj
By: Dr. Habib Siddiqui

No annual event on the face of the globe, religious or non-religious, compares to hajj in terms of the sheer number of participants, duration of the event and the breadth of agenda. In spite of this fact, it has always remained equally fascinating and mysterious to not only non-Muslims, who are barred from entering the holy city, but also to millions of Muslims, who had not performed hajj.

What then is hajj? In essence, hajj is man's evolution toward Allah; his return to Him. It is a symbolic demonstration of the philosophy of creation of Adam , the first man. To further illustrate this, it may be stated that the performance of hajj is a simultaneous show or exhibit of many things. It is a show of creation. It is a show of history. It is a show of unity. It is a show of Islamic ideology. It is a show of Ummah, the community of Muslims. That is why, it is said in the Quran: "And proclaim unto mankind the hajj. ... That they may witness things that are of benefit to them." (Quran 22:27-8).

Wednesday, November 25, 2009

TG Nik Aziz di Mata Dunia

Tahniah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS kerana tersenarai antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Kami pernah mengunjungi rumah TGNA pada Februari 2001 di Pulau Melaka tetapi TGNA tiada pada masa tu so kami hanya sempat bergambar dengan kereta rasmi MB, Perdana V6 selain beberapa gambar berlatar belakangkan rumah  'usang' TGNA. Sekarang ni kereta rasmi dah tukar ke Merc.

-------------------------------------------------

[dari harakah daily] PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Tuesday, November 24, 2009

MAP Training

Ahad lepas macam Ahad yang sebelum tu agak sibuk dengan program dari pagi sampai ke malam. Selepas hantar Sarah ke MAP Training untuk kursus hari kedua bermula 8 pagi terus ke UIA menghadiri majlis graduasi pelajar Tahun 6 Sekolah Sri Al Huda. Tengahari pekena nasi ayam di Al Awal dan terus ke IKEA pulak. Pukul 5 kena berada di Wisma Belia, majlis penutup program Motivasi Alihan Pelajar oleh pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi, di mana majlis penutup ini perlu dihadiri oleh ibubapa.

Program MAP ni walaupun diadakan selepas exam akhir tahun yang budak2 dah pun dapat result masing-masing tambah pulak baru start cuti sekolah tapi sambutan amat menggalakkan. Ahad lepas peserta termasuk Sarah lebih 240 orang dan mengikut Dr Asmadi, selepas 15 tahun lebih 80 ribu telah mengikuti program MAP. Kayalah kau Dr ooi.

Apapun alihan paradigma kesan dari motivasi yang diberikan oleh Dr Asmadi dan tenaga pengajar yang lain is remained to be seen. Perubahan ketara memang boleh dilihat sekiranya peserta tu memang bermasalah tapi nak getting from better to best tu perlukan proper guidance dari mak bapak jugak.

Monday, November 23, 2009

Senggugut

Senggugut merupakan sakit ketika kedatangan haid. Bagi pesakit senggugut, mereka akan mengalami kesakitan di bahagian rahim kebiasaannya 2 @ 3 hari sebelum tarikh bermulanya kitaran haid dan sakit ini akan berterusan sehingga selesainya kitaran haid pada bulan tersebut. Bayangkan bagi pesakit yang biasanya mengalami kitaran selama 7 hari atau 10 hari, bermakna mereka terpaksa menanggung situasi sebegini sekurang-kurangnya 14 hari dalam masa sebulan. Ini bermakna pesakit senggugut terpaksa menanggung kesakitan lebih kurang separuh daripada masa hidupnya, sehinggalah mereka putus haid. Begitulah kepayahan dan rumitnya masalah senggugut bagi wanita yang mengalaminya.

Walaubagaimanapun, di bawah ini adalah sinergi bagi menawar penyakit senggugut yang telah turun temurun diamalkan, tetapi didalam bentuk kapsul sebagai alternatif rawatan mengikut kaedah perawatan  JAWI yang diketengahkan oleh HPA.

Friday, November 20, 2009

Radix Koko is set for outerspace experiment


A pair of spacewalking astronauts, Michael Foreman and Dr. Robert Satcher Jr., hustled through antenna and cable work outside the International Space Station.

In the meantime Malaysia's youngest astronaut, Ariff is getting ready to join them at the ISS. Still fresh from the UK visit, Ariff will be taking a concocted Radix Koko with him for the outerspace experiment to test whether the Radix Koko can be safely consumed without any change in substance and of course, in the bottle.

Thursday, November 19, 2009

Tahniah - Terror ni

Tahniah untuk anak kami Siti Sarah kerana mendapat 8A bagi perperiksaan UPKK. Telah bermula satu ujian selepas ini banyak lagi dan pastinya ujian terakhir adalah satu ujian yang telah pun bocor soalannya.


Tidak lupa untuk Puteri Delaila kerana berjaya mengsurprisekan kami dengan 3A dalam UPSR.


Lagi tak lupa untuk Ali yang lagi terror dengan 5A pulak dalam UPSR.


Tak ingat pulak kalau Paktam ado kecek nok beri 10 riyal sore untuk satu A.. (ado ko?)

Wednesday, November 18, 2009

Murid Cemerlang ke UK

Ahad lepas jadual memang padat. Paginya perlu berada di dewan serbaguna Taman Melati kerana ihtifal PASTI Amirul serta majlis graduasi. Itu dari pukul 8.30 sampai 11.45 pagi. Amirul dapat pingat gangsa sebab tak terdaya nak beat dua budak pempuan yang sekelas tapi dapat jugak jadi murid cermerlang. Ok lah tu sebagai reward dapatlah pergi zoo..

Sunday, November 15, 2009

Cik Yah ke Makkah





Khuatir tidak dapat mengucapkan selamat berangkat kepada Cik Yah kuih koci, saya singgah di warungnya petang semalam. Belumpun  sempat saya menghulurkan tangan, cik yah segera memeluk saya erat sambil mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana tahun ini tiba gilirannya dan suaminya menunaikan ibadah haji setelah menunggu giliran bertahun-tahun. Saya segera meminta maaf kerana tidak berkesempatan menghadiri kenduri doa selamat di rumahnya pada Ahad lepas.


Jelas di raut wajah Cik Yah kegembiraan yang sukar dibayangkan, tidak lagi sugul seperti 2 minggu lalu di mana pada ketika itu Cik Yah masih belum mendapat surat pengesahan dari Tabung Haji tentang keberangkatannya ke Tanah Suci. Surat tersebut diperolehi genap 10 hari sebelum beliau berlepas menaiki KT 66 terus menuju ke Mekah, berpakaian ihram di rumahnya dan  berniat ihram di miqat yang ditetapkan di dalam pesawat.

Cik Yah salah seorang tetamu Allah daripada 26 ribu jemaah haji Malaysia yang bakal mengerjakan haji pada musim haji 1430. Semuga perjalanannya ke Tanah suci bersama-sama dengan jemaah haji lain sentiasa di bawah lindungan Allah dan berjaya menunaikan Rukun Islam ke 5 dengan sempurna, dan memperolehi haji mabrur, Insya Allah.

Kepada rakan-rakan yang lain- Kak Alijah dan suami, Kak Zainab dan suami serta rakan-rakan yang menyembunyikan pemergian kalian ke tanah suci, selamat berangkat, semuga dilindungi dan dirahmati olehNya selalu dan bakal memperolehi Haji Mabrur. 

  

Tuesday, November 10, 2009

Adios Gen.2

What a nice drive-by-wire car. Back in February 2004, when the Gen.2 started to roll out from its Proton City assembly line, we waited anxiously to get hold of this car. Attracted to the sporty design, the Gen.2 resembles one of mercedes’ coupe model especially when looking from the rear side. Designed based on ‘minimalist’ concept it looks small but yet muscular and compact.

Knowing that purple Gen.2 will be a rare species, we waited for another two months and it was not until end of July we managed to drive home a brand new Gen.2 after so much hassle from the dealer. Like other proton cars sure Gen.2 has its setbacks like the door handle, power window, exhaust pipe but all these are quite normal to other proton models.

However, we had our bad time also when the fuel  pump beneath the back seat and the clock disc inside the steering wheel got kaput – really unfortunate.

Used as a second car, the farthest it has traveled was to Taiping, during Raya 2006. 5 years on, and barely 46,000 km moving here and there in the otherwise smooth and breakdown free, we decided its time to go separate ways. Monday 2 November was the last time our purple Gen.2 parked at the compound. Snapped up by one family friend on a ‘hire purchase’ agreement, now the main kids-school-fetching-car is demoted to a Wira, for now. Hope it is temporary though, and going upward again is SWIFT.

Quranic Verses on Baby's Body



Qur'anic verses have reportedly appeared on the body of a nine-month old boy named Ali from the Russian Republic of Dagestan. Since his birth, birthmarks in the form of Arabic script have been appearing on Ali's body. First, there were individual letters but then texts began appearing, the Russian-language Vesti news channel quoted his parents as saying on Thursday.

"First, there was a hematoma on his chin. When the bruise went off, we saw the word "Allah," Ali's mother Madina Yakubova said.

Surprisingly, one of the baby's legs has an inscription, "Allah is the creator of all entities."
The TV channel reported that Ali was first diagnosed with "ischemic heart disease of the second degree" and "infantile cerebral paralysis" in the maternity clinic. However, after the inexplicable events began happening, he was examined again and found healthy.
The incident has been drawing hundreds of Dagestani Muslims to Ali's home everyday, prompting local authorities to guard the house round-the-clock.

Dipetik dari RADIX@HPA AMPANG

Monday, November 2, 2009

Erti Sebuah Perkahwinan


 Entry saya pada kali ini sebenarnya adalah hasil tulisan Ustaz Hasrizal, ustaz paling popular di arena web dan dunia siber buat masa ni. Banyak entry ustaz Hasrizal di dalam  "saifulislam.com" yang meninggalkan kesan pada diri saya dan rakan-rakan yang lain.Melalui tulisannya , Ustaz Hasrizal mampu menarik minat pembaca untuk memikirkan semula tanggungjawab kita di dunia sementara ini,sekaligus membuka minda pengunjung "saifulislam.com" untuk memikirkan semula sejauh mana kita telah menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan olehNya. Banyak lagi artikel menarik yang  dimuatkan di dalam blog mahupun facebook ustaz, namun saya memilih "Erti Sebuah Perkahwinan" kerana walaupun telah berkali-kali membacanya, namun belum pernah timbul rasa jemu, bahkan ada ketikanya air mata saya akan mengalir dengan sendirinya bila mengenangkan perjalanan kehidupan diri sendiri sebagai isteri kepada suami, ibu kepada anak-anak, anak kepada ibu bapa, adik kepada kakak-kakak dan tugas-tugas saya yang lain sebagai jiran dan sebagainya. Adakah tanggungjawab tersebut telah dilaksanakan?????

 Di bawah ini adalah nukilan ustaz Hasrizal sebagai pembuka hati dan minda buat  sahabat dan diri saya sendiri memikir dan menilai kembali diri sendiri. Wallahualam

INI TULISAN USTAZ HASRIZAL
Baca ye......

Bulan ini, sudah lima tahun saya berumahtangga, bergelar suami kepada seorang isteri. Sungguh pantas masa berlalu. Sudah separuh dekad, saya dan isteri menempuh kehidupan yang penuh dengan pelbagai teladan dan sempadan.

Saturday, October 31, 2009

RADIX PIZZA HOUSE

4031865110_8202036ab1


Satu lagi sejarah telah pun dilakar oleh HPA.

Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah. Waktu perniagaan  adalah sama seperti rangkaian restoren HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam.

Kita seharusnya berbangga dan bersama-sama dengan HPA kerana usaha ini akan mengembang dan meningkatkan lagi ekonomi ummah.

Produk yang BERKAT akan mendapat KEREDAHAAN dari ALLAH. Insya’Allah…




Thursday, October 29, 2009

Udo Naik Haji (Updated 8 Nov)

SMS yang diterima abah petang tadi dari Madinah, Uda akan bergerak ke Mekah hari ni.  Maknanya dah lapan hari usia gambar bawah ni yang diambil masa datang kenduri Sabtu lepas.



Kesempatan berjumpa Hj Zainal beberapa hari yang lepas, dengan senyum lebar aku diberitahu beliau akan berangkat pada 11 November bersama-sama group 15 orang bakal haji hajjah. Ok lah tu, Alhamdulillah, aku cakap sebab baru tiga empat hari sebelum tu, beliau masih lagi pening kepala sebab belum dapat confirmation dari TH. Masatu adalah menteri yang kena bangang sebab tak luluskan kuota..
 
-------------------------------------------

Uda & Mak Uda singgah ke rumah tengah hari tadi dari Jemapoh membawa khabar gembira tatkala panggilan Kaabah telah tiba. Kedatangan Uda disambut abah dan seperti biasa memberi beberapa panduan ketika di Tanah Suci nanti. Aku tiba agak lewat tapi sempat dibrief oleh Uda yang akan berangkat bersama sekumpulan staf POS Malaysia hari Ahad ni. Di sana nanti bertugas hingga 8 Zulhijjah, sehari sebelum wukuf dan cuti sampai 16 Zulhijjah.

Seexcited aku dulu, Uda menjemput datang kenduri hari Sabtu ni lepas asar dan berpesan supaya diberitahu abang di BM. Gambar ni aku abadikan kerana terkenangkan Uda yang lipat baring dengan aku aku sekali terbaring 33 tahun dulu, betul-betul depan rumah makcik yang menjadi mertua sorang abang aku lagi. Itu dulu, sekarang adik mak yang bongsu ni akan menunaikan haji. Pesan aku jangan cerita pasal mancing je udahle...

So mike mike yang baca ni especially yang seven brothers tu, take note & datang kenduri Uda nanti, since abah pun gamaknya akan pergi.





From My Pictures

Tuesday, October 27, 2009

Perompak Celik IT

Sebagai peringatan kepada semua, dari pengalaman seorang mangsa rompakan. Perompak kini lebih celik IT sebab dah pandai minta login dan password Maybank2u. Kejadian ini terdapat beberapa persamaan dengan kes yang baru saya dengar semalam di sebuah apartment di Serdang.

Sama-sama beringat arr..sebab Melayu mudah lupa..

“Saya terpaksa mengambil beberapa hari cuti kecemasan kerana pada malam semalam iaitu pada kira-kira 12.30 malam (hari Isnin malam Selasa 20 Oct 2009), rumah saya telah dimasuki oleh 3 orang lelaki berbangsa Melayu (berusia 20an). Saya diikat tangan ke belakang, ditanggal pakaian dan diambil gambar sebagai ugutan. Sekiranya saya melaporkan kepada phak polis mereka akan menyebarkan gambar tersebut.

Kemudian mereka meminta wallet saya. Saya dipaksa memberikan pin number ATM (both maybank & cimb). Mereka menyepak/terajang bila no pin yg saya berikan "salah". (kerana ada gang mereka yg pergi ke ATM). Saya di"hostage" oleh 3 orang lelaki sementara yg lain ke ATM. Malangnya ATM mesin tidak boleh digunakan selepas pukul 12 tgh malam. Mereka terpaksa menunggu hingga pukul 6 pagi baru keluar dari rumah saya. Sementara menunggu, setiap sudut rumah saya digeledah.


Mereka juga meminta saya password & id internet banking (maybank2u) kerana mereka ternampak bil2 yg telah saya bayar menggunakan maybank2u. Walaupun dipukul saya berjaya menipu yg transaksi tersebut dibuat menggunakan computer pejabat dan password dilock dalam komputer tersebut. Sekiranya saya melihat atau bersuara, mereka memukul kepala atau menendang saya. Walaupun pada mulanya saya berjaya membuka ikatan tangan, tetapi sukar utk bertindak kerana bimbang mereka akan lebih ganas kerana salah seorang dari mereka memegang pisau yg diambil dari dapor. Bila mereka sedar ikatan tangan saya terbuka, saya dipukul lagi dan diikat semua ke hadapan. Semasa kejadian saya di atas katil dan tidak dibenarkan bergerak.

 Lebih kurang pukul 5.45 pagi, saya diarahkan meminum secawan air (rasa coklat, tapi pahit). Meraka kata "kami hendak keluar sekarang. Minum dan baring". Saya hanya tersedar dari tidor pada pukul 3 petang, dalam keadaaan "terhoyong hayang" seperti mabuk. Handphone, laptop telah hilang. Talian telefon rumah semua dipotong wayar. Dalam keadaaan separuh sedar, saya tidak dapat menghubungi sesiapa kerana semua nombor disimpan dalam handphone.

Selepas menyambung semula wayar telefon yg dipotong, saya secara tidak sedar menelifon 999. Dan 30 minit kemudian 2 orang pegawai polis datang. Mereka melihat saya seperti "mabok", mereka tidak benarkan saya memandu ke balai, sebaliknya mengikut mereka. Tiba di balai saya terkejut kerana jam dinding "4 petang".

 Selepas itu baru saya sedar mengapa mereka memberi minuman tersebut, supaya memberi masa kepada mereka mengeluarkan semua duit dalam account bank saya. Mereka juga menggunakan credit card utk membeli barang. Saya sempat mencetak statement maybank2 "today's transaction".

 Selain handphone, laptop, mereka juga mengambil kad pengenalan dan lesen memandu, Meraka memaksa saya memberikan nama ibu (utk tujuan pengesahah online oleh pikah bank). Beberapa barangan peribadi lain juga diambil.

 Oleh sebab itu , saya memerlukan beberapa hari utk membuat kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM, pemeriksaan doktor etc. Saya hanya boleh dihubungi menggunakan 03-6156xxx (rumah) atau email. Sekarang saya tidak mempunyai card credit utk membeli handphone dengan segera, insya allah selepas selesai saya akan beli.

 Jumlah kerugian hampir 20 ribu:
  1. Cash di rumah rm1500 - rm1800
  2. Maybank account RM 7500 (6 kali dikeluarkan kerana limit yg tinggi) & transfer account dan pembelian melalui cash card
  3. Credit card rm 3,000 (setakat pagi tadi sebelum dilaporkan)
  4. ATM CIMB rm 3,000 (nasib baik limited 3000 per day)
  5. Accessories, jam, pen, pakaian (blazer) dalam rm 3,000
Tetapi saya bersyukur kerana tidak di "apa apakan" hanya dipukul/terajang/tendang. Saya merayu kepada mereka, saya bagi apa yg mereka minta cuba jangan apa apakan saya. Setakat ini hanya tangan kanan saya yg bengkak dari sakit. Ramai yg tanya macam mana mereka masuk. Mereka mencapai kunci yg digantung didinding. (tersorok)

 Beberapa pengajaran yg saya dapat:

1. Jangan simpan lebih dari satu atm card atau credit card dalam wallet
2. jangan simpan lebih dari 500 dalam saving or cash account yg ada atm card
3. Jangan melawan ketika kejadian. (saya seperti sudah jangka akan berlaku, kerana minggu lepas saya berbual dengan Puan Rus & Maaris pasal kejadian pecah rumah."


Monday, October 26, 2009

Vitex

Mendengar bacaan tekanan darah tinggi abah 199/101 dengan pulse 89 memang menakutkan. Sekonyong-konyong teringat entri Nani berkenaan testimoni seorang pengidap darah tinggi yang lepas. Baca sini.

Dalam usia mencecah 70 tahun tekanan setinggi speed Raikkonen ketika mengambil selekoh pastinya berisiko lebih tinggi. Walaupun tadi abah beria-ia menunjukkan ubat doktor yang dapat membantu tapi kesakitan menanggung...



kesan amat jelas. IsyaAllah esok akan didapatkan Vitex dan Omega 3, yang lebih dipercayai untuk membantu menurunkan tekanan darah kembali ke normal sekitar 140/90. Harap lepas ni abah akan menjadi sebahagian dari testimoni.

Tanda-tanda awal sakit darah tinggi adalah seperti berikut:-

a) Sakit bahagian kepala
b) Mata merah
c) Sakit dan tegang di bahagian tengkuk
d) Kesemutan di kaki dan tangan

Sekiranya tidak diatasi, penderita akan menghadapi masalah berikut:-

a) Stroke atau lumpuh kaki dan tangan
b) Rabun hingga mengakibatkan buta
c) Lemah jantung
d) Ginjal rosak dan tidak berfungsi
e) Pecah pembuluh darah hingga mengakibatkan koma, gangguan saraf dan lumpuh

Dos-amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul pada waktu malam.

Thursday, October 22, 2009

Syukran.....Titian Wahyu, Mentor Mentee EMAS

Majlis Ihtifal Mentor Mentee Emas dan jamuan makan malam hari sabtu lepas 17/10/09 telah berjaya dilaksanakan hasil penat lelah jawatankuasa EMAS Bereau, Titian Wahyu, UIAM di CAC. Ucapan terima kasih memang tidak memadai untuk ibu bapa sampaikan kepada mentor (pelajar Kelab Titian Wahyu UIAM) kerana sepanjang tahun 2009 ini mereka telah banyak menyumbangkan tenaga dan  masa untuk mendidik anak-anak SERI Al- Huda.


Setiap program yang dilaksanakan (kebanyakannya di UIA) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Modul yang diketengahkan merangkumi 3 subjek akademik utama iaitu E - English, MA - Matematik dan S- Sains tetapi disampaikan dalam suasana  lebih santai dan lebih banyak aktiviti luar, eksperimen...


   dan sebagainya menjadikan anak-anak SERI Al-Huda tak sabar-sabar untuk menyertainya pada setiap program yang telah ditetapkan tarikhnya dalam taqwim sekolah. Tak terkata saya bila meneliti  ucapan Puan Martinelli pada malam tersebut yang beliau benar-benar menghargai pihak ibu bapa yang memberikan kerjasama kepada Titian Wahyu, sedangkan kami, ibu bapa hanya menghantar anak-anak kami dengan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM15/- untuk program yang berlangsung seharian, kadang-kala sehingga malam. Apa yang pasti, anak-anak SERI Al-Huda benar-benar seronok menyertai program ini, namun bagi saya apa yang penting, anak-anak ini dapat mencontohi mentor-mentor mereka  membahagikan masa dengan efisyen di antara tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar dan aktiviti berpersatuan .











Memang tidak mudah melaksanakan semuanya dalam masa yang sama.Kerja kursus, assignment , aktiviti persatuan @ kelab, usrah dan sebagainya perlu dilakukan semuanya pada masa yang sama. Kadang kala rakan-rakan lain dah hampir siap dengan tugasan masing-masing , tetapi pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti berpersatuan baru hendak mengumpulkan maklumat dan mencari bahan untuk tugasan tersebut ,akhirnya terpakasa berjaga malam sehingga tidak cukup tidur bagi melaksanakan tuntutan yang diamanahkan (sekadar mengenang kembali pengalaman dulu), tentu ada persamaan dengan adik-adik mentor kita. Sebab tu,  saya yakin mentor-mentor di dalam Titian Wahyu ini adalah "mentor" yang sebenarnya, mentor bagi anak-anak SERI Al-Huda meniti pengalaman hidup dalam usaha mereka mencari dan membina keyakinan diri sebagai pelajar Islam yang mana tujuan ke menara gading bukan sekadar menuntut ilmu di bidang yang dikhususkan semata-mata,tetapi untuk melengkapi diri dengan seberapa banyak ilmu duniawi dan ukhrawi sebagai bekalan hidup sepanjang hayat dan bekalan akhirat. 
Bukan semua remaja seusia mentor-mentor  ini yang sanggup meluangkan masa dengan kanak-kanak Tahun 4 dan 5. Anak-anak SERI Al-Huda  hmmmm.....bukan semuanya mendengar kata dan menigkut arahan , banyak insiden sepanjang program yang saya dengar menguji kesabaran   mentor-mentor  terutamanya di kalangan mentor perempuan. Walaubagaimanapun, semua cabaran tersebut dapat ditangani  dengan berhemah dan rasional, justeru saya yakin, keikhlasan mereka membimbing mentee masing-masing merupakan nadi utama yang menyumbang kepada kejayaan program ini. Terima kasih mentor Adrian, Shahrir (pengarah program), Farhan, Dalila, Ainun (Setiausaha), Aliya, Nadia (Non), Nadia Mohd,  Haneesah

dan yang lain-lainnya (tidak dapat menyebut kesemuanya) kerana sanggup melayan kerenah anak-anak Seri Al-Huda.  Kami doakan semua mentor-mentor sukses dalam exam yang bakal tiba dan berjaya di dunia akhirat. Syukran Jaziilan...   (untuk bacaan selanjutnya-emas-iium.blogspot.com)

Sunday, October 18, 2009

E-Codes that contain Pig Fats

You are what you eat..

E100s are generally colours
E200s - E282  are mainly preservatives and acids
E300 - E341 are mainly antioxidants and acid regulators
E400s include emulsifiers, stabilisers, thickeners,anti caking agents, release agents and baking agents

All Muslims or non pork eaters should check the ingredients of the items in our daily use and match it with the following list of E-codes

 Ingredients with Pig Fats are:-

E100, E110, E120, E140, E141, E153,
E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,
E323, E326, E327, E334, E335, E336, E337,
E422, E430, E431-E436, E440, E470-E478, E482-E483, E491-E495
E570, E572, E631, E635,
E904 

Courtesy
Dr. M Amjad Khan (Medical Research Institute, United States)
Dr. M Liaqat (PhD Food Biochemistry ) MA Consulting UK


Saturday, October 17, 2009

Radix Koko

Jom tengok video Radix Koko. Kalau nak clear lagi sila tune in ke TV9.




Kami dah bertukar macam transformer ke Radix Koko. Meilo2 dah tak main. Tunggu apa lagi, sertai kami sekarang. Emailkan pesanan anda, baru RM18 sekilo, mahal sikit dari meilo, tapi kitakan nak bantu produk Muslim?


Thursday, October 15, 2009

Toksu Kota Singa

Kunjungan saudara jauh dari Kota Singa sememangnya ditunggu tambah pula dalam Syawal yang mulia. Toksu Kassim, kini 80 tahun merupakan bapa saudara abah yang bongsu menetap selamanya di negeri yang ada F1 waktu malam. Menurut abah, ini merupakan kunjungan Toksu ke KL yang ketiga sebelumnya 1987 dan 1989.

Kesempatan berhubung melalui telefon dengan Toksu pada petang Sabtu membolehkan kami membuat sedikit persediaan sementelahan abah juga ternanti-nanti kedatangan Toksu selepas 20 tahun.



Pagi Ahad, kami meneruskan program seperti biasa manakala abah pergi pekena roti canai, keluar dari 7.30 pagi tapi tak balik-balik.  2 jam kemudian selepas puas abah keluar masuk telefon sana telefon sini kerana jangkanya tiba pukul 9.30 Toksu akhirnya tiba sekitar 12.00 tengahari bersama maktam Maznah, anak ketiga Toksu dihantar oleh keluarga pakngah Udin, sepupu abah.


Toksu bertolak malam Sabtu dengan Senandung Malam Keretapi Tanah Melayu (satu-satunya Melayu yang tinggal - itupun dah dishortkatkan jadi KTM ), tiba di KL 5.00 pagi dijemput oleh pakngah Udin. Toksu's next destination katanya ke rumah anaknya yang bongsu, Sani di Sri Petaling dan akan berlepas pulng ke Singapura pada malam.


Sebelum pulang Toksu tak lupa memberikan duit raya untuk cucu yang berempat tapi dengan adanya Faiz, nampak gaya kena sharelah sorang 10 dollar. Opps, duit singapore tu, jadi sorang 20 inggit la kot.

Wednesday, October 14, 2009

Deja Vu

The deja vu of being knocked-off the bike again has been realised this morning just in front of abah's workplace. Pesan orang-orang tua ketika berpergian, kalau jatuh nanti bangun sendiri. Setengah jam selepas ke tempat kerja abah kembali dalam menahan kesakitan dan bergegas kemudiannya ke klinik.

After the dressing, abah simply said that this was already expected and just padan muka. Abah said he took big risk going to work day in day out for the past 7 days and accept God's way of telling there is no point to cross your father no matter whether you are in the truth. Ni baru sikit je peringatan yang diterima.

Alhamdulillah, no serious injury. Hopefully the lesson is learned and take his time off to reflect and bermuhasabah diri.

Monday, October 12, 2009

Kalimah "ALLAH" dalam minuman Kopi Radix

SUBHANALLAH


SUBHANALLAH... pada 6 Julai 2009 anak kepada sahabat HPA Zabidah Bt Man (Salak Tinggi) iaitu bendahari komuniti Nilai telah menemui objek kalimah Allah di dalam kopi Radix HPA

Pada jam lebih kurang 6.20 pagi anak perempuan Pn. Zabidah iaitu Nurul Atiqah Habidin (17 thn) telah membancuh kopi Radix untuk sarapan adik beliau (Mohd. Afiq Hafizuddin Habidin-11 thn) yang dikatakan kurang menggemari kopi radix. Selepas itu, Nurul terus menaiki bas untuk kesekolah lebih kurang jam 6.30 pagi.

Manakala Mohd. Afiq yang diminta oleh ibunya minum kopi radix tersebut, tiba-tiba memanggil ibunya kerana melihat objek kalimah Allah (6.50 pagi) pada buih kopi Radix. Lantas Pn. Zabidah bergegas dan terkejut terus memanggil suaminya (Habidin Mat) dan mereka sempat merakamkan gambar seperti yang kita lihat di atas.

Pn. Zabidah, selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya membancuh kopi radix dengan kaedah mengacau kopi radix arah lawan jam dan membaca selawat syifa'. Beliau sehingga menitiskan airmata dengan kejadian yang berlaku dan dikatakan barulah Mohd. Afiq menggemari kopi Radix.

Subhanallah, inilah yang dikatakan keberkatan bulan Rejab dan secara kebetulan mereka sekeluarga berpuasa sunat Rejab kecuali Mohd. Afiq.

Sumber: gambar diambil dari PJS Habibah Yusoff

Subhanallah, inilah kebesaran Allah...

Kita sebagai ahli keluarga HPA perlu meneruskan penyatuan hati untuk memasarkan produk halal dan baik ketengah masyarakat sebagi satu amanah dan tuntutan fardhu kifayah demi membangunkan ekonomi ummah. 
Dipetik dari blog Group Sahabat Network

Gula, Manismu membunuh






  Sumber maklumat di atas diperolehi daripada buku terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang bertajuk "Mengesan Gula Tersembunyi Dalam Makanan".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...