Showing posts with label HPA. Show all posts
Showing posts with label HPA. Show all posts

Monday, July 18, 2016

HPA- Mencari Yang Halal Itu Fardhu








  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat-sahabat di alam maya. Sudah agak lama tak publish pos di blog ini. Terleka di wall Fb dan Whatsapp gamaknya. Lupa bukan bermakna tidak sayang, leka bukan bermakna benci, namun kesempatan untuk duduk mengadap PC semakin terbatas. Saban hari menunggu peluang untuk menulis di blog kesayangan ni, namun.... Ontahlah. Mungkin saya perlu review bab pengurusan masa semula. Doakan ye, saya dapat urus masa dengan lebih efisyen. 

'PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA' - tagline HPA yang baru. Seronok betul tengok penjenamaan semula dan program-program yang dirancang oleh Syarikat MLM patuh shariah ini. Sebagai ahli lama yang dah semakin lemau (huhu) rasa teruja semula nak bergabung secara aktif dan mulakan langkah baru (walaupun saya orang lama).

InshaAllah saya akan kongsi manfaat produk HPA di dalam blog ini ataupun fb saya, sebagai rujukan diri sendiri dan pengunjung-pengunjung blog ini. Semoga bermanfaat.

#mencariyanghalaitufardhu
#produkhalaltanggungjawabbersama

Sunday, February 19, 2012

HPA City di Shah Alam- Radix Fried Chicken di Shah Alam 2010



Berita terkini: comment dari Radix Fried Chicken - Hari Isnin, 20/02/2012 RFC Shah Alam akan dibuka.
-----------------------------------
HPA terajui Radix Fried Chicken. Terkini RFC telahpun bersetuju membuka sebuah cawangan di Shah Alam dan dijangka akan dibuka pada tahun depan (2010). Nampaknya dapatlah saya dan rakan-rakan di Lembah Klang merasa RFC yang sekian lama disebut-sebut oleh sahabat di sebelah utara Semenanjung.

Sunday, July 31, 2011

Billboard Radix di PLUS highway

 PAPAN IKLAN HPA DI LEBUHRAYA UTARA – SELATAN:

HPA HQ telah memasang Papan Iklan HPA di sepanjang lebuhraya utara selatan. Gambar di bawah adalah Papan Iklan HPA di Lebuhraya Antara Tol Bangi dan Tol Kajang.

Tuesday, March 29, 2011

HPA in World Halal Froum, KLCC


HPA Di World Halal Forum di KLCC pada 4 & 5 April 2011:
Layari: http://www.worldhalalforum.org/main.html

Radix Mocha

Produk Baru HPA: Radix Mocha
Harga Pengedar RM22.00 dan 6NM


Monday, March 28, 2011

Kunjungan hormat adinda Sultan Selangor

Lawatan singkat Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Pasaraya Halal HPA pada 23hb March 2011.

Baginda Sultan Selangor adalah anak sulung. Adik-beradik yang lain ialah Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah (Tengku Panglima Diraja Selangor), Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar), Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.

Wednesday, February 23, 2011

Harga baru produk HPA

Koko Minda untuk merangsang perkembangan otak dan amat sesuai untuk anak-anak yang bersekolah
Harga Senarai baru produk HPA 2011.
# Download excel: http://hpa.com.my/produk/harga2011.xls
# Melihat terus di web: http://www.hpa.com.my/produk
Berkuatkuasa 1hb Feb 2011. Harap maklum

Kenaikkan harga produk-produk ini disebabkan oleh kenaikan harga kos bahan mentah dan tenaga kerja.

Monday, September 6, 2010

Ayam organik HPA - daun mambu ganti vaksin

Pastikan rendang raya kali ini menggunakan ayam organik Radix
Umat Islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk, ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Wednesday, June 23, 2010

Perasmian Melaka Halal Hub dan HPA Halal Mart





Alhamdulillah, pada 21 Jun 2010 adalah satu detik bersejarah bagi semua pengedar HPA. Halal Hub Melaka di Serkam diterajui oleh HPA Industries Sdn. Bhd (anchor) yang akan menaungi 150 IKS negeri Melaka.

Perasmian Halal Hub Melaka dan HPA Halal Mart serta logo MHH telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam (Ketua Menteri Melaka). Halal Hub Melaka adalah merupakan Halal Hub Pertama di Malaysia. Seramai 500 tetamu turut hadir dari pelbagai jabatan kerajaan termasuk PJS-PJS dan pengedar HPA seluruh negara.

Turut hadir Pengarah Urusan HPA, Tn. Hj. Ismail, PU2 – Tn. Hj. Fisal dan GM-GM terdiri drp En. Rosli, En. Abd. Ghani, Pn. Rashidah dan lain-lain.

En. Zainal Abu iaitu Pengarah Eksekutif Perbadanan Kerajaan Negeri Melaka mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada warga HPA yang menyahut seruan kerajaan sama-sama menerajui indutri halal negara di mana urusniaga produk halal dunia bernilai USD3 billion.

 

Sunday, March 21, 2010

Terengganu Kite 2

Kami check-out dari Permai Inn pukul 1.30 menuju ke Taman Tamaddun Islam, Pulau Duyung. Singgah sebentar di Pusat Jualan HPA yang juga terdapat homestay di tingkat atas bangunan kedai empat tingkat. Next time kalau ke Ganu lagi mungkin boleh stay di sini.

Makan nasi kukus ayam kampung dulu di kedai lot tepi sekali yang kabornya baru 3 hari bukak. Ok jugak sampaikan Ariff minta extra drumstick makan dalam keta.

Tuesday, March 2, 2010

Harian Metro - RFC @ Shah Alam

Salah satu restoran RFC
Oleh Zainuddin Zain (hmetro.com.my) | 24-02-10
 HPA Industries Sdn Bhd, syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini yang terkenal dengan produk jenama Radix, yakin 2010 akan menjadi tahun kebangkitannya di Indonesia dengan pembukaan lebih banyak cawangan di republik itu.

Selain itu, kejayaan menjalin usaha sama dengan sebuah pesantren di Bandung untuk projek ladang ternakan ayam organik dan jagung untuk makanan ternakan itu akan merealisasikan pembukaan pertama restoran Radix Fried Chicken (RFC) di Indonesia.

RFC yang terkenal dengan menu ayam organik dan rempah berherba tanpa bahan kimia kini dibuka di Alor Setar selain Lagenda Heights dan Bandar Laguna di Sungai Petani, Kedah.

Restoran makanan segera itu juga dibuka di Melaka dan Kluang, Johor manakala cawangan lain yang akan menyusul dalam tempoh terdekat ialah Shah Alam, Selangor.

Thursday, February 18, 2010

Radix Fried Chicken @ Melaka

Khas untuk orang Melaka! RFC Melaka telah mula beroperasi pada 15/2/2010. Bertempat di Mydin Mall, Ayer Keroh, Melaka. Lokasi yang strategik ini bakal menjadi tumpuan umum bagi pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke Bandar Melaka dan selepas pergi menziarahi buaya-buaya di Taman Buaya. Ianya terletak di tingkat satu Mydin Mall dan bersebelahan surau dan escalator. Radix Fried Chicken sebagai menu utama di samping minuman air berkarbonat yang menjadi trademark HPA iaitu radix sarsi, radix cola, oren, strawberi dan anggur merupakan sajian pilihan utama pengunjung. Di samping itu, ais krim toyyibah juga menjadi menu pilihan terutama bagi kanak-kanak.

RFC sebenarnya telah memberikan saingan yang tidak kurang hebatnya (terutamanya di sebelah utara Semenanjung Malaysia) kepada restoran makanan segera yang telah lama bertapak di Malaysia. Tidak hairanlah tahun lepas sahaja pihak restoran terbabit yang tidak berpuas hati dengan kemajuan RFC telah meminta agar RFC menukar warna logo kepada warna selain daripada warna merah. Macamlah warna merah tu hak milik mutlak sesiapa. Walaubagaimanapun, besar harapan saya agar dapat berkunjung ke sana dalam masa terdekat ini bagi melihat dan merasai sendiri RFC yang sebenarnya, InsyaAllah. HPA terus maju..

Tuesday, January 19, 2010

Menara HPA, Impian jadi kenyataan

menara hpa

Menara ini letaknya  di Sek.13 Shah Alam. Kini hampir 50% usaha HPA untuk memiliki Menara HPA setinggi 12 tingkat di Sek.13 Shah Alam ini sedang berjalan iaitu melibatkan proses jual beli anggaran  RM60 juta. Sebagai ahli HPA, saya turut merasa bangga atas kejayaan HPA memiliki bangunannya sendiri . Menara ini adalah lambang keutuhan empayar HPA yang tidak dapat dinafikan lagi. Semuanya berkat usaha pendukungnya dan ahli-ahli HPA memajukan rawatan perubatan herba sejak ia ditubuhkan 15 tahun yang lalu. Sama-sama kita berdoa kepada Allah yang maha kuasa moga usaha untuk memartabatkan produk keluaran umat Islam terus beroleh kejayaan.

Friday, January 8, 2010

Kowahida Serah Zakat

KOWAHIDA SERAH ZAKAT RM250K KEPADA PERKIM Kelantan


serah zakat2
Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) telah menyerahkan sumbangan zakatnya bagi tahun 2007 dan 2008 berjumlah RM250,000.00 kepada PERKIM Negeri Kelantan pada 30 Disember 2009. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi KOWAHIDA, Mohd Faisol Abd Rahman kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya di Kota Bharu.

Friday, December 11, 2009

Pengakuan Chef Hotel 5 Bintang

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 ptg, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, To' Ki dan 2 orang chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang halal atau tidak makanan yang dihidangkan di hotel 5 bintang.

Salah seorang chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu di dalam restoran 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan ( Melayu, masakan barat dan 3 bahagian yang lain. Setiap satu dapur diketuai oleh seorang Eksekutif Chef dan setiap resepi yang dimasak dan dihidangkan adalah hak mutlak eksekutif chef. Ini bermakna tiada orang lain yang berhak memberi komen tentang resepi yang telah ditetapkan oleh eksekutif chef.

Saturday, December 5, 2009

Pasaran Sardin HPA

Sudah sekian lama saya tidak membeli sardin dalam tin walaupun anak-anak mendesak hendak makan sandwich sardin. Sandwich sardin memang menjadi kegemaran anak-anak terutamanya Sarah dan Hajar, tetapi saya lebih rela tidak membelinya memandangkan kandungan bahan pengawet yang tinggi di dalam sardin tin. Sejak dulupun memang seringkali saya  berfikir berkali-kali sebelum membelinya namun, sejak lebih faham dan lebih peka tentang pemakanan halallan thoyyibah, saya mengambil keputusan untuk beralih kepada sandwich selain daripada sardin.

Gerun saya memikirkan bila terbaca tentang satu artikel yang menyatakan  kandungan bahan pengawet dalam sardin tin boleh menyebabkan orang yang sihat walafiat dijangkiti asma, manakala orang yang didiagnos asma akan diserang asma sejurus selepas memakannya.


Alhamdulillah, kerisauan saya tidak berpanjangan. Kini HPA telah pun mengeluarkan sardin dalam tinnya sendiri. Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehinggakan dalam waktu yang singkat sahaja,  hampir kesemua cawangan HPA telah kehabisan stok sardin tin. Antara pembelinya yang menghabiskan stok tersebut sudah tentulah  kami sekeluarga.

Insya Allah HPA juga bercadang untuk mengusahakan produk lain dalam bentuk tin iaitu ayam, lembu, bilis dan daging kambing.

Bersama-sama kita mendoakan HPA akan lebih inovatif dan kreatif dalam menyelesaikan masalah pemakanan umat Islam di Malaysia juga di   peringkat yang lebih global, Amiin.

Monday, November 23, 2009

Senggugut

Senggugut merupakan sakit ketika kedatangan haid. Bagi pesakit senggugut, mereka akan mengalami kesakitan di bahagian rahim kebiasaannya 2 @ 3 hari sebelum tarikh bermulanya kitaran haid dan sakit ini akan berterusan sehingga selesainya kitaran haid pada bulan tersebut. Bayangkan bagi pesakit yang biasanya mengalami kitaran selama 7 hari atau 10 hari, bermakna mereka terpaksa menanggung situasi sebegini sekurang-kurangnya 14 hari dalam masa sebulan. Ini bermakna pesakit senggugut terpaksa menanggung kesakitan lebih kurang separuh daripada masa hidupnya, sehinggalah mereka putus haid. Begitulah kepayahan dan rumitnya masalah senggugut bagi wanita yang mengalaminya.

Walaubagaimanapun, di bawah ini adalah sinergi bagi menawar penyakit senggugut yang telah turun temurun diamalkan, tetapi didalam bentuk kapsul sebagai alternatif rawatan mengikut kaedah perawatan  JAWI yang diketengahkan oleh HPA.

Friday, November 20, 2009

Radix Koko is set for outerspace experiment


A pair of spacewalking astronauts, Michael Foreman and Dr. Robert Satcher Jr., hustled through antenna and cable work outside the International Space Station.

In the meantime Malaysia's youngest astronaut, Ariff is getting ready to join them at the ISS. Still fresh from the UK visit, Ariff will be taking a concocted Radix Koko with him for the outerspace experiment to test whether the Radix Koko can be safely consumed without any change in substance and of course, in the bottle.

Saturday, October 31, 2009

RADIX PIZZA HOUSE

4031865110_8202036ab1


Satu lagi sejarah telah pun dilakar oleh HPA.

Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah. Waktu perniagaan  adalah sama seperti rangkaian restoren HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam.

Kita seharusnya berbangga dan bersama-sama dengan HPA kerana usaha ini akan mengembang dan meningkatkan lagi ekonomi ummah.

Produk yang BERKAT akan mendapat KEREDAHAAN dari ALLAH. Insya’Allah…




Monday, October 26, 2009

Vitex

Mendengar bacaan tekanan darah tinggi abah 199/101 dengan pulse 89 memang menakutkan. Sekonyong-konyong teringat entri Nani berkenaan testimoni seorang pengidap darah tinggi yang lepas. Baca sini.

Dalam usia mencecah 70 tahun tekanan setinggi speed Raikkonen ketika mengambil selekoh pastinya berisiko lebih tinggi. Walaupun tadi abah beria-ia menunjukkan ubat doktor yang dapat membantu tapi kesakitan menanggung...



kesan amat jelas. IsyaAllah esok akan didapatkan Vitex dan Omega 3, yang lebih dipercayai untuk membantu menurunkan tekanan darah kembali ke normal sekitar 140/90. Harap lepas ni abah akan menjadi sebahagian dari testimoni.

Tanda-tanda awal sakit darah tinggi adalah seperti berikut:-

a) Sakit bahagian kepala
b) Mata merah
c) Sakit dan tegang di bahagian tengkuk
d) Kesemutan di kaki dan tangan

Sekiranya tidak diatasi, penderita akan menghadapi masalah berikut:-

a) Stroke atau lumpuh kaki dan tangan
b) Rabun hingga mengakibatkan buta
c) Lemah jantung
d) Ginjal rosak dan tidak berfungsi
e) Pecah pembuluh darah hingga mengakibatkan koma, gangguan saraf dan lumpuh

Dos-amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul pada waktu malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...