Showing posts with label TG Hj Hadi. Show all posts
Showing posts with label TG Hj Hadi. Show all posts

Friday, September 26, 2014

PAS 'menang boo, jawatan tergadai'


PAS tidak percaya kemerosotan undinya di Pengkalan Kubor angkara tiada sokongan Pakatan Rakyat. Bagi pemimpinnya Tuan Ibrahim Tuan Man, penambahan majoriti BN disebabkan gula-gula politik dan pengundinya dari luar daerah yang tidak kembali ke Kelantan.

Kerusi ini kembali ke tangan PAS atas alasan PKR tiada jentera di situ; lagi pula ia "dipinjamkan" kepada sekutunya. Demikian hujah PAS sewaktu PKR di Kelantan dan Terengganu berasa disisihkan dalam gabungan itu.

PAS percaya jika ia bertanding, ia boleh mengurangkan majoriti BN di kubu kuat Umno itu. Namun, akhirnya kerusi yang ditagihnya tidak membawa kesan positif, sebaliknya menjadi beban pula.

Apa pun hujahnya, seperti disuarakan oleh naib presiden PAS, ia tidak dapat mengelakkan tanggapan umum bahawa kemerosotan itu juga boleh disandarkan pada reputasi PAS dan Pakatan yang tercalar dalam krisis Selangor.
PAS juga dilihat tidak istiqamah dengan keputusan awalnya dalam krisis menteri besar - walaupun muktamar di tengah-tengah krisis tersebut berslogankan 'Terus Beristiqamah'.

Presidennya Abdul Hadi Awang mengambil tiga keputusan yang "pelik" – daripada mencalonkan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali kepada "akur keputusan istana" tetapi kemudian mencalonkan wakil-wakil rakyatnya sendiri.

Tuesday, April 23, 2013

Wallpaper terbaik! Grafik menarik Pakatan Rakyat untuk PRU13

Di sini disertakan poster grafik terbaik ciptaan "Pejuang-pejuang Rakyat" dari seluruh negara. Kredit kepada semua designer2 terbabit.









Monday, April 22, 2013

Mat Taib isytihar sertai PAS



KUALA LUMPUR: "Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13.

Thursday, April 18, 2013

Surat terbuka kepada khadam politik



Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

1.    Di zaman Rasulullah SAW berdakwah dan berjihad, Islam bukan sahaja menghadapi musuh di kalangan ahli kitab, tetapi juga dari kalangan mereka yang berilmu berkenaan Islam dan kenabian Muhammad SAW. Mereka ini juga ikut serta menentang Islam secara terbuka, atau bersembunyi di belakang kalangan munafiqin (yang berpura-pura Islam) atau mempengaruhi orang-orang Islam yang lemah imannya.

2.    Kumpulan ini sanggup menentang Islam kerana terlalu terpengaruh dengan harta dan pangkat yang mudah dicapai. Mereka ini bersedia melakukan apa sahaja yang terdekat dan cepat tanpa memikirkan akibatnya. Walau pun mereka percaya benarnya Islam dan mulianya Rasulullah SAW  dengan sifat yang terpuji dan akhlak yang luhur, tetapi kemenangan Islam dianggap payah dan mungkin mustahil . Apatah lagi mereka memikirkan bahawa akhirat terlalu jauh, lalu memilih jalan yang mudah, dekat dan tidak mencabar.

3.    Kalaulah seorang tokoh seperti Rasulullah SAW pun menghadapi jenis manusia yang begitu rupa, maka di zaman umat yang menyambung perjuangannya tentulah lebih banyak lagi, mungkin dengan cara dan sifat yang berlainan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...