Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Tuesday, April 23, 2013
Zamri calon P119 Titiwangsa dedah Projek IC di Kg Baru
Calon PAS P119 Titiwangsa, Ahmad Zamri mendedahkan tindakan khianat di mana IC telah diberikan kepada warga asing pada minggu lepas.
Monday, December 17, 2012
Peguam kanan, anak dikaitkan dengan SD2 Bala
-------------------------------------------
Seorang peguam kanan dan anaknya, yang juga seorang peguam, menjadi tumpuan ekoran pendedahan terbaru oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan berhubung apa yang didakwa berlaku berkaitan dengan akuan bersumpah (SD) kedua bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Ini telah
didedah dalam satu siri pendedahan oleh Deepak, yang mendakwa terlibat
mendapatkan PI Bala membuat SD kedua, selepas menandatangani SD pertama yang
mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita
warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Thursday, April 26, 2012
ABIM sokong BERSIH 3.0
Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyeru golongan "pencinta kebenaran" supaya turut sama menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.
Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya Amidi Abdul Manan turut menyatakan sokongan ke tuntutan yang dikemukakan oleh penganjur perhimpunan itu.
"Abim menyeru setiap rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan agar sama-sama turun secara aman untuk menghadiri Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, untuk sama-sama menzahirkan keprihatinan mereka terhadap masa depan negara yang tercinta ini," katanya.
Katanya lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu bersikap lebih proaktif dan serius dalam menangani aduan dan juga tuntutan oleh gabungan pertubuhan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH 2.0) itu.
"Kegagalan berbuat demikian hanya akan mengeruhkan suasana politik semasa serta bakal menjejaskan peranan pilihan raya umum ke-13 sebagai wahana pengurusan perbezaan pendapat serta aliran politik secara harmoni dan berkesan," katanya.
"Kegagalan berbuat demikian hanya akan mengeruhkan suasana politik semasa serta bakal menjejaskan peranan pilihan raya umum ke-13 sebagai wahana pengurusan perbezaan pendapat serta aliran politik secara harmoni dan berkesan," katanya.
Wednesday, April 25, 2012
Auntie Bersih seru golongan tua sokong BERSIH 3.0
Anne Ooi, yang lebih dikenali sebagai 'Auntie BERSIH', menggesa golongan tua keluar beramai-ramai Sabtu ini bagi menyokong desakan BERSIH bagi pilihan raya yang bersih dan adil.
Dalam klip video yang disiarkan di Facebook Ahad lepas, Anne, 66, menyeru mereka bangkit menyokong perhimpunan tersebut.
Dalam klip video yang disiarkan di Facebook Ahad lepas, Anne, 66, menyeru mereka bangkit menyokong perhimpunan tersebut.
Friday, March 9, 2012
Imam BERSIH lagi
Imam "BERSIH" Hoslan |
Pemuda PAS mensasarkan RM20,000 kutipan derma bagi tabung membantu keluarga Hoslan Hussin, imam yang dihukum penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah berikutan tindakannya melemparkan selipar ke arah panel hakim.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, tabung bertujuan meringankan beban anggota keluarganya itu juga akan diedarkan ke seluruh negara.
"Sumbangan itu akan dibuat berterusan sehingga Hoslan dikeluarkan daripada penjara. Kita beri bantuan ini bukan kerana dia imam tetapi atas dasar kemanusiaan.
"Bantuan ini bagi menjaga kebajikan anak-anaknya. Dia mempunyai anak-anak yang ramai, masih kecil dan bersekolah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Thursday, March 8, 2012
Imam Bersih 2.0 kena jel setahun
PETALING JAYA: A former imam who threw his slippers at Federal Court judges during a proceeding last month has been jailed a year for contempt of court.
Hoslan Husin appeared in the court at 9.35am Thursday for a show cause proceeding as to why he should not be cited for contempt before the same panel of judges who heard his earlier case.
Thursday, February 23, 2012
Imam "BERSIH 2.0" baling kasut ke arah hakim
Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.
Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan. Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.
Imam berkenaan, Hoslan Hussain, yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.Difahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang.
Subscribe to:
Posts (Atom)