Showing posts with label Sarah. Show all posts
Showing posts with label Sarah. Show all posts

Friday, March 11, 2016

Amirul joins the SAMBESTarian


4 Februari 2016 - Hari ini Amirul mendaftar diri di Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) meneruskan persekolahan dalam Tingkatan 1, kelas Al Jazari. Amirul menggantikan kakak, Sarah yang baru menghabiskan alam persekolahan usai SPM 2015. Semenjak awal 2011, sekolah ini sudah menjadi seperti playground bagi Amirul, Ariff & Hadi tiap kali melawat kakak hampir saban minggu. 

Imej 7 Februari 2012
Allah menentukan Amirul menyambung pelajaran secondarynya di sini dan rutin lawatan mingguan continues..

Pencapaian akademik Amirul tidaklah satu level dengan kakak tapi subjek-subjek Islami Amirul memang strong dan belum cerita lagi aktiviti coconya.

Monday, November 2, 2015

Bittaufiq wannajah - Sarah @ SPM 2015


"Ya Allah, kepada anak kami Siti Sarah, khususnya dan anak2 muslimin yang lain amnya yang akan menduduki peperiksaan dan yang sedang mendudukinya dan yang sudah mendudukinya, KUATKAN INGATAN MEREKA, lapangkan dada mereka, TENANGKAN HATI MEREKA, tajamkan pemikiran mereka, MUDAHKAN MEREKA MEMAHAMI SOALAN dan mudahkan mereka menjawab soalan, JADIKAN ILMU MEREKA BERMANFAAT buat mereka dan dapat MENEBUS DIRI MEREKA DI AKHIRAT KELAK. Amiin"

Bittaufiq wannajah
---------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bermula di seluruh negara hari ini didahului subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2.

Sejumlah 440,682 calon berdaftar untuk peperiksaan itu yang berlangsung di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh sehingga 8 Disember.



Wednesday, October 2, 2013

Sarah menduduki PMR bermula hari ni


Good luck kakak, we are praying for your success. Just do your best and let God the rest.

-------------------------------------------------
Sebanyak 462,940 calon menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terakhir, di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara, hari ini.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM), peperiksaan itu akan berlangsung selama lima hari berakhir 9 Oktober.

Wednesday, April 10, 2013

Sultan Selangor perkenan rasmikan SAMBEST - sekolah Sarah



SUBANG JAYA, 4 APRIL : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kegembiraan apabila bilangan masyarakat Islam yang menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama semakin meningkat.

Baginda bertitah, permintaan yang semakin tinggi saban tahun itu jelas menunjukkan bahawa sekolah aliran agama mula mendapat kepercayaan daripada masyarakat di negeri ini.


Titah baginda, sekolah aliran agama bukan sahaja bakal melahirkan pelajar Islam yang berdedikasi dan berhemah tinggi bagi memartabatkan agama Islam, malah kelak akan memenuhi permintaan institusi pengajian tinggi Islam yang terdapat di negara ini.

Monday, March 26, 2012

Tahniah SPM 2011

Tahniah pada semua yang berjaya dengan cemerlang menjawab soalan-soalan SPM yang amat payah. Soalan yang senang tentunya soalan yang dah bocor. Soalan spot dari Munkar & Nakir.

Berikut keputusan perperiksaan SAMBEST www.sambest.my:

Keputusan SPM
2011
%
2010 
 %
11A
41
22.28
48
25.13
10A
24
14.04
24
12.57
9A
17
9.24
18
9.42
8A
19
10.33
22
11.52
7A
25
13.59
28
14.66
6A
36
19.57
27
7.85
5A
13 
7.07
15
2.62
4A
7
3.80
5
1.57
3A
2
1.09
3
0.00
2A
0
0.00
0
0.52
1A
0
0.00
1
0.00
Total
184
100% 
191
100%


Gred Purata Sekolah 2011
1.68
Gred Purata Sekolah 2010
1.62

1.
kedudukan ke-6 Negeri Selangor 
2.
Terbaik Daerah Petaling Perdana 
3.
3 Calon murid mendapat  9A+ [Sekolah]


Tahniah Puteri Nur Diana Mokhtar, Raudhah Hamdan & Afiqah Hamzah - semoga lebih cemerlang lagi di peringkat yang lebih tinggi. Tapi ingat soalan spot tu..jadilah bijak di sana juga.

Friday, January 27, 2012

Sarah is fourteen


Sarah dah pun 14 tahun hari ni tapi itu mengikut gregorian calender. Kalau dikira ikut taqwim Hijriah, Sarah yang lahir pada 28 Ramadhan 1428 dah pun berumur 14 tahun 5 bulan.

Hmm dah 14 tahun lebih tentunya ada banyak kenangan terutama yang mengusik jiwa lebih-lebih lagi dengan pemergian Atuk bulan lepas. Memori 12-13 tahun lepas ketika Sarah dan Hajar bersama-sama Atuk - dua cucu perempuan yang paling close - datang dengan vivid dan jelas sekali. Masa makan di Naili's awal 2010 Atuk pernah mengisytiharkan - inilah keluarga kita - bersama semenjak lahirnya Sarah.


Kebersamaan ketika mengerjakan Umrah pada 1999 dan 2005 dengan kesempatan menziarahi makam Nabi Syuib di Jordan. Bermalam di chalet-chalet Besut 2002, ke makam Mahsuri, Langkawi 2003 dan memanjat Banjaran Titiwangsa ke Strawberry Park, Cameron 2004. Kesanggupan Atuk memerah kudrat menjaga Sarah, Hajar, Amirul & Ariff ketika kami menunaikan fardu Haji pada 2008.

Hari ini dan hari-hari lain yang berlalu dan akan datang - kepiluan, kesedihan tidak putus-putus tibanya. Ya Allah, kerinduan ini hanya memungkinkan satu perkara - berhenti sejenak dari bersuka ria - melayan hadirnya Atuk dalam mimpi-mimpi yang saling berkunjungan.

Sarah sudah jauh di mata. Hajar lagi jauh di hujung mata. Atuk pula pergi tak kembali. Ya Allah Engkau kasihani Atuk, cucuri rahmat ke atas rohnya, sebagaimana Atuk dulu mengasihani Sarah dengan sepenuhnya. Jangan kau lupa wahai Sarah, hadiahkan Al Fatihah kepada Atuk bila-bila masa teringatkannya. Itulah pesan abah sebagai penawar kerinduan yang paling mujarab.

Friday, December 30, 2011

Kasih Sayang Atuk


Flashback... Ogos 1999 ... Atuk mendukung Sarah sambil mengelilingi Kaabah. Sarah yang baru menjangkau 1 tahun 8 bulan pada masa tu memang lincah, pantang kami lepa, pasti dia akan hilang dari pandangan. Risau benar Atuk kalau-kalau Sarah hilang di celah-celah jemaah Umrah pada ketika itu. 

Begitu Atuk...  tidak pernah rasa susah demi kasih sayang kepada cucu-cucunya. Bagi saya, kasih sayang Atuk kapada cucu-cucunya melimpah-ruah.Belum pernah saya lihat atau dengar Atuk mengeluh kerana kepenatan melayan kerenah cucu-cucu beliau, malahan Atuk sendiri yang akan menawarkan diri untuk berbuat apa sahaja demi kebahagiaan cucu-cucunya. 

Kemuncak kasih sayang Atuk yang tidak mungkin saya lupa ialah berangkatnya kami menunaikan  Ibadat Haji pada musim Haji 2008 sekaligus meninggalkan anak-anak  bawah jagaan Atuk...memang keputusan yang amat berat bagi saya sebagai seorang ibu... tetapi Atuk memberi semangat dan meyakinkan bahawa Allah akan memudahkan segala urusan , usaha, tawakal dan doa, semua akan berjalan lancar.

Dari Allah kita  datang, kepada Allah kita dikembalikan.... 

Ya Allah... Sinarilah kubur Allahyarham Haji Abu Talib dengan cahaya Mu,
                  Lapangkanlah kuburnya, jenganlah engkau sempitkan,
                  Tempatkanlah arwah bersama Salafussoleh
                  Ringankan hisabnya ,
                  Masukkanlah  beliau ke dalam syurga, jauhilah beliau dari azab api neraka.

Thursday, January 27, 2011

Sarah is 13

The child was born,
parents were blessed
and... I am so lucky to have you as my daughter.

You grow sweeter with each passing year,
you are my one true treasure,
and... I am so proud to have you as my daughter.

I see a little more of me in you
in each passing year,
you've been a wonderful daughter and slowly turn to be my true friend
but.. most of all,
no matter how many birthdays come and go,
you'll  always be my little girl.

Happy 13th Birthday to our daughter,


Sannah Helwah ya Siti Sarah...

Tuesday, January 11, 2011

Sarah joins the SAMBESTarian


Tarikh: 5 Januari 2004. Sarah sudah bersedia dengan menyandang beg kuning untuk memulakan alam persekolahan walau masih secara informal. Kakak akan memasuki kelas  6 tahun Tadika Islam Nurul Yakin di TDS.  Pada hujung tahunnya, kakak berjaya mendapat tempat pertama keseluruhan dan bermulalah detik-detik kegemilangan bagi kami sekeluarga. Jejak-jejak yang ditinggalkan di akademia nampaknya sudah mula disusuri, dipelopori oleh kakak.


Tarikh: 2 Januari 2011. Fast forward 7 years. Hari ini sungguh kakak akan mula tinggal berjauhan dari kami. Tak jauh sangat pun, cuma 30 minit perjalanan melalui NPE, New Pantai Expressway ke USJ 5, Subang Jaya. Tapi satu lembaran baru akan bermula kerana hari ini, Ahad, kakak akan mendaftar diri di Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) meneruskan persekolahan dalam Tingkatan 1, kelas Al Farabi. Seperti dijangka, Sarah seorang sahaja dari SERI Al-Huda yang menyambung persekolahan ke SAM Bestari, walaupun seramai 5 orang mendapat tawaran ke sini. Sekali lagi kakak gusar, kami segera menenangkannya dengan alasan nanti dapat kawan baru... alasan umum yang diberi oleh ibu bapa lain. Ini satu milestone dalam diari akademik kakak sekaligus mengembalikan nostalgia hampir 30 tahun lampau. Sedar tak sedar kini satu persatu lipatan sejarah dan pengalaman lama dirungkai pantas oleh derupan langkah kakak.



Monday, September 20, 2010

UPSR 2010


Untuk anak sulung kami Siti Sarah, selamat menduduki perperiksaan UPSR bermula esok 21 September 2010 dan PSRA bermula minggu hadapan.

Buatlah yang terbaik dan sedaya upayamu manakala selebihnya bertawakkal kepada Allah, Pemberi kejayaan.

Ingatlah pesanan ini: bacalah surah Alam Nasyrah ketika mula memasuki kelas dan ketika menunggu bermulanya perperiksaan. Bersolawat ketika terlupa. Bersyukur dengan menyebut Alhamdulillah selesai menjawab semua soalan.

Doa ibu dan abah mengiringi kejayaanmu.

Thursday, January 28, 2010

Sarah is 12

28 Ramadhan 1418. Siti Sarah lahir di hospital kampung, Kampung Baru Medical Centre bersamaan 27 Januari 1998. Menjelang Syawal ketika itu, suasana di hospital begitu tenang, lengang dan mendamaikan. Kami beraya bertiga untuk pertama kali.

March 1998. Sarah kembali ke Sri Gombak dan bermulanya saat berkongsi kasih dengan keluarga kak Siti. Terima kasih kak Siti untuk tribute selamat ulangtahun SARAH 2701. Ingatan istimewa dan jasa baik keluarga kak Siti telah pun kami abadikan dengan Sarah dan Hajar masih selesa dengan panggilan Mama untuk mama kak Siti, walau sudah tidak sebumbung lagi sejak 7 tahun dahulu.

20 September 1998. Sarah turut bersama lebih 100 ribu yang lain ke Dataran Merdeka memulakan era reformasi.

Tuesday, November 24, 2009

MAP Training

Ahad lepas macam Ahad yang sebelum tu agak sibuk dengan program dari pagi sampai ke malam. Selepas hantar Sarah ke MAP Training untuk kursus hari kedua bermula 8 pagi terus ke UIA menghadiri majlis graduasi pelajar Tahun 6 Sekolah Sri Al Huda. Tengahari pekena nasi ayam di Al Awal dan terus ke IKEA pulak. Pukul 5 kena berada di Wisma Belia, majlis penutup program Motivasi Alihan Pelajar oleh pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi, di mana majlis penutup ini perlu dihadiri oleh ibubapa.

Program MAP ni walaupun diadakan selepas exam akhir tahun yang budak2 dah pun dapat result masing-masing tambah pulak baru start cuti sekolah tapi sambutan amat menggalakkan. Ahad lepas peserta termasuk Sarah lebih 240 orang dan mengikut Dr Asmadi, selepas 15 tahun lebih 80 ribu telah mengikuti program MAP. Kayalah kau Dr ooi.

Apapun alihan paradigma kesan dari motivasi yang diberikan oleh Dr Asmadi dan tenaga pengajar yang lain is remained to be seen. Perubahan ketara memang boleh dilihat sekiranya peserta tu memang bermasalah tapi nak getting from better to best tu perlukan proper guidance dari mak bapak jugak.

Thursday, November 19, 2009

Tahniah - Terror ni

Tahniah untuk anak kami Siti Sarah kerana mendapat 8A bagi perperiksaan UPKK. Telah bermula satu ujian selepas ini banyak lagi dan pastinya ujian terakhir adalah satu ujian yang telah pun bocor soalannya.


Tidak lupa untuk Puteri Delaila kerana berjaya mengsurprisekan kami dengan 3A dalam UPSR.


Lagi tak lupa untuk Ali yang lagi terror dengan 5A pulak dalam UPSR.


Tak ingat pulak kalau Paktam ado kecek nok beri 10 riyal sore untuk satu A.. (ado ko?)

Wednesday, November 18, 2009

Murid Cemerlang ke UK

Ahad lepas jadual memang padat. Paginya perlu berada di dewan serbaguna Taman Melati kerana ihtifal PASTI Amirul serta majlis graduasi. Itu dari pukul 8.30 sampai 11.45 pagi. Amirul dapat pingat gangsa sebab tak terdaya nak beat dua budak pempuan yang sekelas tapi dapat jugak jadi murid cermerlang. Ok lah tu sebagai reward dapatlah pergi zoo..

Thursday, October 22, 2009

Syukran.....Titian Wahyu, Mentor Mentee EMAS

Majlis Ihtifal Mentor Mentee Emas dan jamuan makan malam hari sabtu lepas 17/10/09 telah berjaya dilaksanakan hasil penat lelah jawatankuasa EMAS Bereau, Titian Wahyu, UIAM di CAC. Ucapan terima kasih memang tidak memadai untuk ibu bapa sampaikan kepada mentor (pelajar Kelab Titian Wahyu UIAM) kerana sepanjang tahun 2009 ini mereka telah banyak menyumbangkan tenaga dan  masa untuk mendidik anak-anak SERI Al- Huda.


Setiap program yang dilaksanakan (kebanyakannya di UIA) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Modul yang diketengahkan merangkumi 3 subjek akademik utama iaitu E - English, MA - Matematik dan S- Sains tetapi disampaikan dalam suasana  lebih santai dan lebih banyak aktiviti luar, eksperimen...


   dan sebagainya menjadikan anak-anak SERI Al-Huda tak sabar-sabar untuk menyertainya pada setiap program yang telah ditetapkan tarikhnya dalam taqwim sekolah. Tak terkata saya bila meneliti  ucapan Puan Martinelli pada malam tersebut yang beliau benar-benar menghargai pihak ibu bapa yang memberikan kerjasama kepada Titian Wahyu, sedangkan kami, ibu bapa hanya menghantar anak-anak kami dengan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM15/- untuk program yang berlangsung seharian, kadang-kala sehingga malam. Apa yang pasti, anak-anak SERI Al-Huda benar-benar seronok menyertai program ini, namun bagi saya apa yang penting, anak-anak ini dapat mencontohi mentor-mentor mereka  membahagikan masa dengan efisyen di antara tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar dan aktiviti berpersatuan .











Memang tidak mudah melaksanakan semuanya dalam masa yang sama.Kerja kursus, assignment , aktiviti persatuan @ kelab, usrah dan sebagainya perlu dilakukan semuanya pada masa yang sama. Kadang kala rakan-rakan lain dah hampir siap dengan tugasan masing-masing , tetapi pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti berpersatuan baru hendak mengumpulkan maklumat dan mencari bahan untuk tugasan tersebut ,akhirnya terpakasa berjaga malam sehingga tidak cukup tidur bagi melaksanakan tuntutan yang diamanahkan (sekadar mengenang kembali pengalaman dulu), tentu ada persamaan dengan adik-adik mentor kita. Sebab tu,  saya yakin mentor-mentor di dalam Titian Wahyu ini adalah "mentor" yang sebenarnya, mentor bagi anak-anak SERI Al-Huda meniti pengalaman hidup dalam usaha mereka mencari dan membina keyakinan diri sebagai pelajar Islam yang mana tujuan ke menara gading bukan sekadar menuntut ilmu di bidang yang dikhususkan semata-mata,tetapi untuk melengkapi diri dengan seberapa banyak ilmu duniawi dan ukhrawi sebagai bekalan hidup sepanjang hayat dan bekalan akhirat. 
Bukan semua remaja seusia mentor-mentor  ini yang sanggup meluangkan masa dengan kanak-kanak Tahun 4 dan 5. Anak-anak SERI Al-Huda  hmmmm.....bukan semuanya mendengar kata dan menigkut arahan , banyak insiden sepanjang program yang saya dengar menguji kesabaran   mentor-mentor  terutamanya di kalangan mentor perempuan. Walaubagaimanapun, semua cabaran tersebut dapat ditangani  dengan berhemah dan rasional, justeru saya yakin, keikhlasan mereka membimbing mentee masing-masing merupakan nadi utama yang menyumbang kepada kejayaan program ini. Terima kasih mentor Adrian, Shahrir (pengarah program), Farhan, Dalila, Ainun (Setiausaha), Aliya, Nadia (Non), Nadia Mohd,  Haneesah

dan yang lain-lainnya (tidak dapat menyebut kesemuanya) kerana sanggup melayan kerenah anak-anak Seri Al-Huda.  Kami doakan semua mentor-mentor sukses dalam exam yang bakal tiba dan berjaya di dunia akhirat. Syukran Jaziilan...   (untuk bacaan selanjutnya-emas-iium.blogspot.com)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...