Good luck kakak, we are praying for your success. Just do your best and let God the rest.
-------------------------------------------------
Sebanyak 462,940 calon menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
terakhir, di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara, hari ini.Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM), peperiksaan itu akan berlangsung selama lima hari berakhir 9 Oktober.
Mengikut pecahan,
sebanyak 430,146 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah
agama bantuan kerajaan manakala calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain
KPM (6,024 orang), calon sekolah menengah agama negeri (9,906 orang ) dan calon
sekolah swasta (13,637 orang).
Tinjauan Bernama di sekitar sekolah di bandar raya ini pada hari pertama peperiksaan mendapati, seawal jam tujuh pagi ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk menduduki peperiksaan dan ada di antara mereka yang mahu menunggu di sekolah untuk solat hajat dan membaca surah Yasin sehingga anak mereka selesai menjawab peperiksaan. - Bernama
Sementara itu, calon
persendirian 1,008 orang dan calon sekolah menengah agama rakyat 2,219 orang.
PMR yang
diperkenalkan sejak 1992 akan dimansuhkan mulai tahun depan.
Tinjauan Bernama di sekitar sekolah di bandar raya ini pada hari pertama peperiksaan mendapati, seawal jam tujuh pagi ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk menduduki peperiksaan dan ada di antara mereka yang mahu menunggu di sekolah untuk solat hajat dan membaca surah Yasin sehingga anak mereka selesai menjawab peperiksaan. - Bernama
No comments:
Post a Comment