Alhamdulillah, selesai episod separuh akhir Imam Muda musim kedua. Tahniah kepada Imam Muda Nazrul dan Imam Muda Hassan kerana berjaya melangkah ke episod kemuncak minggu hadapan. Walaubagaimanapun, kehebatan kelima-lima Imam Muda di episod separuh akhir tadi tidak dapat dinafikan. Masing-masing ada kelebihan tersendiri, kelebihan beberapa markah dan rezeki sahaja yang membezakan layak atau tidak layak untuk ke episod kemuncak. Doa dan harapan, semuga program ini bakal diteruskan di masa-masa akan datang dan dapat mengenengahkan lebih ramai anak muda yang berilmu, beramal dan berakhlak Islam. Sedikit sebanyak terubat kerisauan hati bila tengok masih ramai remaja Islam yang berperibadi seperti Imam Muda ini. Sesungguhnya dunia ini hanya akan terbangun apabila remaja-remajanya berilmu dan berakhlak.....Wallahualam