Showing posts with label Hajar. Show all posts
Showing posts with label Hajar. Show all posts

Monday, November 7, 2016

Bittaufiq wannajah - Hajar @ SPM 2016


"Ya Allahkhususnya kepada anak kami Siti Hajar, anak-anak ikhwan kami Hawa & Shahir dan anak2 muslimin yang lain amnya yang akan menduduki peperiksaan dan yang sedang mendudukinya dan yang sudah mendudukinya, KUATKAN INGATAN MEREKA, lapangkan dada mereka, TENANGKAN HATI MEREKA, tajamkan pemikiran mereka, MUDAHKAN MEREKA MEMAHAMI SOALAN dan mudahkan mereka menjawab soalan, JADIKAN ILMU MEREKA BERMANFAAT buat mereka dan dapat MENEBUS DIRI MEREKA DI AKHIRAT KELAK. Amiin"

Bittaufiq wannajah
---------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pelajar tingkatan lima sekolah menengah di seluruh negara mula menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 hari ini.

Bahasa Melayu Kertas 1 membuka tirai peperiksaan penting itu yang berlangsung sehingga 6 Disember melibatkan 434,535 calon berdaftar itu.

Kementerian Pendidikan berkata 3,732 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara dan 32,220 petugas peperiksaan dilantik untuk mengendalikannya.

Ibu bapa dan guru serta wakil Jabatan Pendidikan negeri dilihat memberi kata-kata semangat kepada calon SPM sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan dengan diiringi bacaan doa.

Friday, October 17, 2014

Sanah helwah Dik..


10 Days had passed since 7 October and Hajar is 15, sanah helwah altho belated. And by this time adik had just completed the all important Form 3 exam, the new exam format PT3. Surely there's a lot of reasons to be happy and to be thankful to Allah.


Monday, May 5, 2014

Tahniah Siti Hajar


Hampir 3 tahun sejak Hajar mula memasuki pertandingan khat Amal Islami KAMIL, dulu peringkat daerah, di tahun 6 Seri Al Huda (http://rusnanin.blogspot.com/2011/05/hajar-amal-islami.html). Kini di tingkatan tiga SAMTSAS, Sabak Bernam, Hajar meneruskan tradisi SRIAH dalam khat, kali ini di peringkat negeri Selangor untuk kali kedua berturut-turut.

KAMIL 2014 peringkat negeri diadakan di SAM Bandar Baru Salak Tinggi dua minggu lepas, mewakili sekolah dan Zon 1. Acara khat telah diadakan pada Jumaat dan kami sempat ke sana pada Sabtu sekadar untuk melontarkan sedikit sokongan moral.


Thursday, April 17, 2014

Lunch at Aroma Hijrah





Sabtu lepas Alhamdulillah sempat merasa nasi mandy, kabsah & maqlabah di Aroma Hijrah, TTDI Jaya, SA. Jauh sikit tapi much better dari segi rasa & harga banding dengan nasi arab di Greenwood asalkan tak ambik dessert ice cream cake yang regenye 6 riyal satu tu..

Tuesday, October 9, 2012

7 Okt dan Hajar pun 13

Siti Hajar genap 13 tahun pada 7 Oktober lepas. Kali ni kek birthday diterbangkan ke Sabak Bernam SAMTSAAS - sekolah baru Hajar sejak melangkah ke alam sekolah menengah.

Hajar macam seperti selalunya, tenang dan bersahaja walaupun sebenarya dia terkejut juga dengan kehadiran kami secara tiba-tiba di asramanya.
 
Kami berdoa dan berharap Hajar membesar menjadi anak yang solehah, terus cekal, tabah dan yakin pada diri sendiri, berusaha menjadi hambaNya yang dirahmati dan diberkati sepanjang hidup di sini dan di sana nanti.. InsyaAllah...Sannah Helwah Siti Hajar binti Hasbullah. Happy Birthday, Hajar, we love you each day and proud to have you as our daughter.

Friday, January 27, 2012

Sarah is fourteen


Sarah dah pun 14 tahun hari ni tapi itu mengikut gregorian calender. Kalau dikira ikut taqwim Hijriah, Sarah yang lahir pada 28 Ramadhan 1428 dah pun berumur 14 tahun 5 bulan.

Hmm dah 14 tahun lebih tentunya ada banyak kenangan terutama yang mengusik jiwa lebih-lebih lagi dengan pemergian Atuk bulan lepas. Memori 12-13 tahun lepas ketika Sarah dan Hajar bersama-sama Atuk - dua cucu perempuan yang paling close - datang dengan vivid dan jelas sekali. Masa makan di Naili's awal 2010 Atuk pernah mengisytiharkan - inilah keluarga kita - bersama semenjak lahirnya Sarah.


Kebersamaan ketika mengerjakan Umrah pada 1999 dan 2005 dengan kesempatan menziarahi makam Nabi Syuib di Jordan. Bermalam di chalet-chalet Besut 2002, ke makam Mahsuri, Langkawi 2003 dan memanjat Banjaran Titiwangsa ke Strawberry Park, Cameron 2004. Kesanggupan Atuk memerah kudrat menjaga Sarah, Hajar, Amirul & Ariff ketika kami menunaikan fardu Haji pada 2008.

Hari ini dan hari-hari lain yang berlalu dan akan datang - kepiluan, kesedihan tidak putus-putus tibanya. Ya Allah, kerinduan ini hanya memungkinkan satu perkara - berhenti sejenak dari bersuka ria - melayan hadirnya Atuk dalam mimpi-mimpi yang saling berkunjungan.

Sarah sudah jauh di mata. Hajar lagi jauh di hujung mata. Atuk pula pergi tak kembali. Ya Allah Engkau kasihani Atuk, cucuri rahmat ke atas rohnya, sebagaimana Atuk dulu mengasihani Sarah dengan sepenuhnya. Jangan kau lupa wahai Sarah, hadiahkan Al Fatihah kepada Atuk bila-bila masa teringatkannya. Itulah pesan abah sebagai penawar kerinduan yang paling mujarab.

Wednesday, November 23, 2011

Tahniah Siti Hajar


Alhamdulillah wa syukru lillah.

Anak kedua kami Hajar berjaya mendapat 4A 1B (Sains) dalam UPSR baru ni. Ini dah kira lebih baik dari ramalan kami sebelum ini.

Tapi adik rupanya lebih cemerlang dalam PSRA  - berjaya mendapat Mumtaz, 95%. Cuma sedikit tersasar dari target 97% untuk ke Sambest bersama kakak.

Tahniah dik.

Tuesday, September 13, 2011

Hajar @ UPSR starting today

Untuk anak kedua kami Siti Hajar, selamat menduduki perperiksaan UPSR bermula hari ini 13 September 2011 dan PSRA bermula minggu hadapan.

Buatlah yang terbaik dan sedaya upayamu manakala selebihnya bertawakkal kepada Allah, Pemberi kejayaan.

Ingatlah pesanan ini: bacalah surah Alam Nasyrah ketika mula memasuki kelas dan ketika menunggu bermulanya perperiksaan. Bersolawat ketika terlupa. Bersyukur dengan menyebut Alhamdulillah bila selesai menjawab semua soalan.

Doa ibu dan abah mengiringi kejayaanmu.


Pesan Cikgu Mala: "Selamat menempuh peperiksaan UPSR kepada semua murid, diharapkan mereka dapat menjawab soalan dengan penuh semangat, berkeyakinan untuk memenuhi harapan ibu bapa dan guru-guru," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Normala Sudirman adalah Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat yang juga merupakan bekas guru dan lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala berkata, di samping mengejar kecemerlangan akademik, pelajar-pelajar juga harus mengutamakan kecemerlangan akhirat dengan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian.

Monday, June 20, 2011

Hajar @ Amal Islami Daerah Gombak

Hajar juara Khat T2(P) Daerah Gombak
Semalam, 19 Jun 2011, telah berlangsung program Amal Islami JAIS, KAMIL 2011 peringkat daerah di SRAI Sg Chincin, Gombak. SRI Al Huda @ KAFA Integrasi Bt 11 menghantar pemenang dari Zon Selayang dalam pertandingan Marhaban, Syarahan B Arab dan Khat.

Alhamdulillah, Siti Hajar muncul juara Khat T2(P) Daerah Gombak manakala Sofwah Adilin pulak di tempat kedua T2(L). SRIAH juga mendapat tempat pertama bagi Marhaban dan Syarahan B Arab.
Latihan Khat bimbingan Ust Mahama di sekolah Sabtu malam
Terima kasih juga dipanjangkan kepada Ust Mahama yang begitu bersemangat membimbing dan memberi dorongan kepada Hajar dalam memperbaiki & menghalusi seni khat.

Khat yang ditampal di notis board sekolah
Peringkat seterusnya: Negeri Selangor yang akan diadakan pada bulan hadapan.

Wednesday, April 27, 2011

Hajar @ MAP Training



Weekend lepas 16 & 17 April giliran Siti Hajar ke kursus Motivasi Alihan Pelajar MAP Training di Wisma Belia. Minggu sebelum tu Hajar spent dua hari di sekolah perkhemahan perdana pelajar beruniform. Sibuk & kepenatan, namun Hajar kelihatan tabah dan tak mengeluh pun tambah lagi terpaksa bergerak secara solo sekarang ni. Kena keluar dari bayang-bayang kakak.

So far so good, Hajar nampak cool & steady. Keep it up dik, no pressure from us, it’s all on you. All the best!

Thursday, October 7, 2010

Adik is Eleven

Mei 2005, menuju ke Makkah Al Mukarramah

Adik kini 11 tahun semakin ceria maklumlah perperiksaan UPKK pun dah selesai hari ni. Rasanya baru lagi masukkan entry birthday adik tahun lepas. Baca sini.

Thursday, January 28, 2010

Sarah is 12

28 Ramadhan 1418. Siti Sarah lahir di hospital kampung, Kampung Baru Medical Centre bersamaan 27 Januari 1998. Menjelang Syawal ketika itu, suasana di hospital begitu tenang, lengang dan mendamaikan. Kami beraya bertiga untuk pertama kali.

March 1998. Sarah kembali ke Sri Gombak dan bermulanya saat berkongsi kasih dengan keluarga kak Siti. Terima kasih kak Siti untuk tribute selamat ulangtahun SARAH 2701. Ingatan istimewa dan jasa baik keluarga kak Siti telah pun kami abadikan dengan Sarah dan Hajar masih selesa dengan panggilan Mama untuk mama kak Siti, walau sudah tidak sebumbung lagi sejak 7 tahun dahulu.

20 September 1998. Sarah turut bersama lebih 100 ribu yang lain ke Dataran Merdeka memulakan era reformasi.

Wednesday, November 18, 2009

Murid Cemerlang ke UK

Ahad lepas jadual memang padat. Paginya perlu berada di dewan serbaguna Taman Melati kerana ihtifal PASTI Amirul serta majlis graduasi. Itu dari pukul 8.30 sampai 11.45 pagi. Amirul dapat pingat gangsa sebab tak terdaya nak beat dua budak pempuan yang sekelas tapi dapat jugak jadi murid cermerlang. Ok lah tu sebagai reward dapatlah pergi zoo..

Thursday, October 22, 2009

Syukran.....Titian Wahyu, Mentor Mentee EMAS

Majlis Ihtifal Mentor Mentee Emas dan jamuan makan malam hari sabtu lepas 17/10/09 telah berjaya dilaksanakan hasil penat lelah jawatankuasa EMAS Bereau, Titian Wahyu, UIAM di CAC. Ucapan terima kasih memang tidak memadai untuk ibu bapa sampaikan kepada mentor (pelajar Kelab Titian Wahyu UIAM) kerana sepanjang tahun 2009 ini mereka telah banyak menyumbangkan tenaga dan  masa untuk mendidik anak-anak SERI Al- Huda.


Setiap program yang dilaksanakan (kebanyakannya di UIA) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Modul yang diketengahkan merangkumi 3 subjek akademik utama iaitu E - English, MA - Matematik dan S- Sains tetapi disampaikan dalam suasana  lebih santai dan lebih banyak aktiviti luar, eksperimen...


   dan sebagainya menjadikan anak-anak SERI Al-Huda tak sabar-sabar untuk menyertainya pada setiap program yang telah ditetapkan tarikhnya dalam taqwim sekolah. Tak terkata saya bila meneliti  ucapan Puan Martinelli pada malam tersebut yang beliau benar-benar menghargai pihak ibu bapa yang memberikan kerjasama kepada Titian Wahyu, sedangkan kami, ibu bapa hanya menghantar anak-anak kami dengan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM15/- untuk program yang berlangsung seharian, kadang-kala sehingga malam. Apa yang pasti, anak-anak SERI Al-Huda benar-benar seronok menyertai program ini, namun bagi saya apa yang penting, anak-anak ini dapat mencontohi mentor-mentor mereka  membahagikan masa dengan efisyen di antara tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar dan aktiviti berpersatuan .











Memang tidak mudah melaksanakan semuanya dalam masa yang sama.Kerja kursus, assignment , aktiviti persatuan @ kelab, usrah dan sebagainya perlu dilakukan semuanya pada masa yang sama. Kadang kala rakan-rakan lain dah hampir siap dengan tugasan masing-masing , tetapi pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti berpersatuan baru hendak mengumpulkan maklumat dan mencari bahan untuk tugasan tersebut ,akhirnya terpakasa berjaga malam sehingga tidak cukup tidur bagi melaksanakan tuntutan yang diamanahkan (sekadar mengenang kembali pengalaman dulu), tentu ada persamaan dengan adik-adik mentor kita. Sebab tu,  saya yakin mentor-mentor di dalam Titian Wahyu ini adalah "mentor" yang sebenarnya, mentor bagi anak-anak SERI Al-Huda meniti pengalaman hidup dalam usaha mereka mencari dan membina keyakinan diri sebagai pelajar Islam yang mana tujuan ke menara gading bukan sekadar menuntut ilmu di bidang yang dikhususkan semata-mata,tetapi untuk melengkapi diri dengan seberapa banyak ilmu duniawi dan ukhrawi sebagai bekalan hidup sepanjang hayat dan bekalan akhirat. 
Bukan semua remaja seusia mentor-mentor  ini yang sanggup meluangkan masa dengan kanak-kanak Tahun 4 dan 5. Anak-anak SERI Al-Huda  hmmmm.....bukan semuanya mendengar kata dan menigkut arahan , banyak insiden sepanjang program yang saya dengar menguji kesabaran   mentor-mentor  terutamanya di kalangan mentor perempuan. Walaubagaimanapun, semua cabaran tersebut dapat ditangani  dengan berhemah dan rasional, justeru saya yakin, keikhlasan mereka membimbing mentee masing-masing merupakan nadi utama yang menyumbang kepada kejayaan program ini. Terima kasih mentor Adrian, Shahrir (pengarah program), Farhan, Dalila, Ainun (Setiausaha), Aliya, Nadia (Non), Nadia Mohd,  Haneesah

dan yang lain-lainnya (tidak dapat menyebut kesemuanya) kerana sanggup melayan kerenah anak-anak Seri Al-Huda.  Kami doakan semua mentor-mentor sukses dalam exam yang bakal tiba dan berjaya di dunia akhirat. Syukran Jaziilan...   (untuk bacaan selanjutnya-emas-iium.blogspot.com)

Thursday, October 8, 2009

Adik is 10

Masih segar diingatan, ketika ibu telah memasuki labor room lepas zohor, abah menunggu di dalam bilik ward KBMC sedekad yang lepas, sambil mengulangi ayat-ayat dari Yusuf dan Maryam mendoakan kesejahteraan untuk ibu dan anak. Abah melangkah ke masjid Kampong Baru menyahut panggilan Asar dan kembali menunggu tapi sianak kecil ini masih nyenyak beradu di rahim. Sesekali abah ke bilik bersalin menenangkan ibu yang kesakitan contraction, doktor bertugas pun tak kelihatan.
Bayi kecil ini abah azan dan iqamahkan sambil dibacakan ayat-ayat dari As Sharah. Esok, abah daftarkan dan bermulalah perjalanan Siti Hajar.

Back to the future, adapun selepas dua Ramadhan menyambut detik 7 Oktober ini berbuka di naili's, kini ibu belikan kek untuk dijamu bersama rakan di Seri Al Huda. Abah seperti biasa hanya memerhati dari jauh...






Sementara tu, tengok selaidshow:

<//embed>

p/s 
Apo la pakndak ni..seb baik dah buat correction...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...