Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Monday, August 17, 2015

Persoalan ‘Dominasi PAS dan Melayu Islam’


Dalam tulisan saya sebelum ini, saya telah rumuskan bahawa punca perbalahan dalaman PAS baru baru ini adalah ketidak-selesaan pimpinan utama terhadap keadaan PAS yang tidak dominan dalam PR. Akan tetapi saff pimpinan AJK PAS Pusat lama terlalu pro-PR dan tidak melihat persoalan ini sebagai masalah yang mewajarkan PAS keluar dari PR. Begitu juga sikap kebanyakan ahli pada ketika itu dilihat terlalu pro-PR. Maka suasana ini ditangani dengan diubah saff pimpinan dengan yang lain dan dikeruhkan hubungan PAS dan PR supaya ahli PAS turut mempertikaikan PR.

Memandangkan persoalan ‘dominannya PAS’ begitu utama sehingga menyebabkan PAS berpecah, adalah amat penting untuk semua, lebih-lebih lagi ahli PAS, memahami persoalan ini dengan baik dan jelas. Jika tidak, maka ianya bakal mengundang perbalahan sekali lagi pada masa hadapan, lebih-lebih lagi sekiranya pembentukan kerajaan bersama PR di peringkat Pusat menjadi satu realiti.

‘DOMINANNYA PAS’ KE ATAS PR

Bagi saya, isu ‘dominannya PAS’ ke atas PR sememangnya merupakan isu penting. PAS perlu memimpin dan tidak ‘dipimpin’. Tetapi persoalannya, adakah kepimpinan itu semestinya mengambil bentuk ‘dominasi’ seperti yang berlaku di antara UMNO dan BN? Tidakkah ‘kepimpinan bersama’ dan ‘kerajaan melalui konsensus’ memadai?

Melalui kaedah ‘memimpin bersama’ dan ‘kerajaan melalui konsensus’, persoalan ‘dominasi’ mana-mana pihak ke atas pihak lain dalam PR sudah terhalang. Melalui kaedah ini, persetujuan perlu diperolehi dari parti yang mempunyai jumlah kerusi terkecil sekalipun sebelum sesuatu dasar dapat dilaksanakan. Yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak pula tidak boleh melakukan sesuka-hati. Pendek kata, dengan adanya kaedah ini, tidak mungkin sesuatu dilakukan tanpa persetujuan semua, termasuk persetujuan PAS!

Tidakkah itu memadai sebagai ‘jaringan keselamatan’ untuk semua parti yang terlibat dalam PR? Semestinya semua parti risau akan kemungkinan mereka didominasi dan pandangan mereka tidak diambil kira. Itulah sebabnya dipilih kaedah dan pendekatan sebegini.

Sunday, September 28, 2014

Akar umbi PAS bising bersuara. Apa pemimpin buat? Yg teruk mereka di bawah


Pas memang mempunyai aktivis di peringkat akar umbi yang dihormati termasuk usaha berterusan membina kekuatan cawangannya melalui aktiviti parti. Orang Pas bekerja siang dan malam tanpa meminta apa-apa kepada pemimpin mereka. Perjuangan untuk mencapai cita-cita parti adalah budaya dalam Pas.

Kita para Naqib dan pemimpin cukup hebat menukillan hadis dan ayat Al Quran menanam semangat juang. Aktivis dan wira Pas yang tidak didendang tak perlu menghafal hadis untuk menceritakan keikhlasan mereka, mereka tunjukkan dengan pengorbanan mereka. Entah berapa masa yang dihabiskan dan duit ringgit yang diinfaqkan, ini tidak termasuk maki hamun orang kampung kerana kesetiaannya bersama Pas.

Suara mereka adalah suara barakah yang memberikan kita kepimpinan kekuatan untuk terus bernafas di pesada parti. Apa sahaja mereka turuti demi kesetiaan kepada perjuangan.

Namun mereka juga bukan robot dan mesin, mereka ada rasa, perasaan dan emosi. Sekali terluka emosi kerana berasa mereka ditipu oleh orang atas lukanya dalam dan panjang. Cakap kita dan tindakan kita sebagai pemimpin semua diperhati oleh mereka.

Friday, September 26, 2014

PAS 'menang boo, jawatan tergadai'


PAS tidak percaya kemerosotan undinya di Pengkalan Kubor angkara tiada sokongan Pakatan Rakyat. Bagi pemimpinnya Tuan Ibrahim Tuan Man, penambahan majoriti BN disebabkan gula-gula politik dan pengundinya dari luar daerah yang tidak kembali ke Kelantan.

Kerusi ini kembali ke tangan PAS atas alasan PKR tiada jentera di situ; lagi pula ia "dipinjamkan" kepada sekutunya. Demikian hujah PAS sewaktu PKR di Kelantan dan Terengganu berasa disisihkan dalam gabungan itu.

PAS percaya jika ia bertanding, ia boleh mengurangkan majoriti BN di kubu kuat Umno itu. Namun, akhirnya kerusi yang ditagihnya tidak membawa kesan positif, sebaliknya menjadi beban pula.

Apa pun hujahnya, seperti disuarakan oleh naib presiden PAS, ia tidak dapat mengelakkan tanggapan umum bahawa kemerosotan itu juga boleh disandarkan pada reputasi PAS dan Pakatan yang tercalar dalam krisis Selangor.
PAS juga dilihat tidak istiqamah dengan keputusan awalnya dalam krisis menteri besar - walaupun muktamar di tengah-tengah krisis tersebut berslogankan 'Terus Beristiqamah'.

Presidennya Abdul Hadi Awang mengambil tiga keputusan yang "pelik" – daripada mencalonkan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali kepada "akur keputusan istana" tetapi kemudian mencalonkan wakil-wakil rakyatnya sendiri.

Friday, September 5, 2014

Jangan kerana tergigit lidah, gigi dicabut atau lidah dipotong

Oleh Subky Abdul Latif
Apabila PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar. Masing-masing ada sebabnya. Apabila PKR/DAP setuju memberi 1 nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih 2 nama seperti yang dikehendaki istana.

Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri. Di samping banyak disepakati tetapi tidak semua boleh dipersetujui semua. Dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.

Maka setiap kerabat Pakatan wajar belajar hakikat ini.

Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR. Jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat Umno.

Thursday, April 17, 2014

Nik Aziz 'terkilan' pasal Karpal


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat 'sedikit terkilan' kerana Karpal Singh yang maut dalam nahas pagi ini, tidak sempat untuk diberikan pemahaman tentang hudud.

Ini ekoran hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memfailkan bil persendirian di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan.

"Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud," tulis bekas menteri besar Kelantan itu dalam Facebook.

"Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan Karpal Singh.

"Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali," tulis Nik Aziz.

Tuesday, March 25, 2014

PAS kecam keras hukuman mati ke atas 529 ahli Ikhwanul Muslimin


Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengecam dengan sekeras-kerasnya keputusan sebuah mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli-ahli Ikhwanul Muslimin termasuklah terhadap Mursyid Am Ikhwan Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang di reka cipta. Ini dilihat sebagai salah satu tindakan mendadak secara keras ke atas pergerakan Ikhwanul Muslimin.
 
Kes ini melibatkan perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh. Apa yang berlaku menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi.
 
Kami menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi politik yang telah mendokong dan menyertai piliharanya dalam sistem demokrasi di Mesir.
 
Kami menggesa badan kerjasama antarabangsa seperti PBB, Liga Arab dan OIC mencontohi tindakan Afrika yang menggantung keahlian Mesir sebagai anggota kesatuan Afrika kerana menceroboh demokrasi dan secara jelas membunuh rakyatnya sendiri.
 
PAS mengutuk perancangan terlaknat ini. Walaupun berlainan geografi, namun kita tetap bersolidariti dengan saudara-saudara seangkatan kita di Mesir. Inilah realiti cabaran kita, gerakan Islam akhirnya pasti menjadi sasaran utama golongan pengkhianat.
 
Insiden ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya boleh berkembang menjadi krisis yang lebih besar dan berterusan termasuk ke peringkat antarabangsa kerana Terusan Suez di Mesir merupakan antara laluan utama perkapalan dunia. Jika krisis dalaman yang boleh mengganggu perjalanan kapal sudah tentu keperluan utama seperti makanan dan minyak akan tersekat dan memberikan impak terhdap pasaran dunia.
 
Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Sementara itu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Dr Mohammed Morsi kelmarin.

Thursday, September 26, 2013

Belasungkawa: Ustaz Azizan


Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, selain pernah menuntut di Maktab Mahmud, pada tahun 1959-1965. Almarhum berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.

Almarhum pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1983-1984 dan 1986-1995. 

Thursday, May 2, 2013

5 Panduan untuk pengundi atas pagar (fence sitters)

Manifesto Pakatan Rakyat

Fikri Harun

1. Masa untuk kita sebagai pemegang saham Malaysia - memilih pasukan pentadbiran yang boleh kita harapkan untuk memulangkan keuntungan pelaburan kita - hampir tiba beberapa hari saja lagi.

2. 222 kerusi Parlimen di seluruh Malaysia akan diduduki oleh pilihan majoriti kita, membentuk pasukan pentadbir Malaysia yang baru (ke-13). 165 daripadanya adalah di Semenanjung Malaysia.

3. Memilih bukanlah perkara mudah apatah lagi jika pilihannya pelbagai, dan kau di atas pagar.

JPM bawa ribuan warga asing masuk untuk mengundi

Gambar di KLIA pagi ini - penuh dengan warga asing - semua datang melancong waktu negara nak adakan PRU13?

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri dan beberapa agensi kerajaan terlibat dalam operasi membawa masuk ribuan penduduk dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia untuk mengundi.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya  mempunyai bukti berhubung kemasukan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan sewa khas.

Pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kenaikan mendadak kemasukan
warga asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam dan juga dari Indonesia melalui Pelabuhan Klang.

Tiba tiba Jempol boleh dimenangi PAS

Pekan Bahau, Parlimen Jempol, malam tadi - dari FB https://www.facebook.com/pages/MohamadSabu-Official/100953840043211

JEMPOL: Kerusi Parlimen Jempol sebelum ini menjadi kubu kuat BN kerana Jempol memiliki bilangan Felda yang banyak antaranya di Dun Palong (Felda Palong) dan Dun Serting (Felda Serting, Raja Alias).

Di bawah Parlimen Jempol, hanya satu kerusi sahaja yang berjaya ditembusi Pakatan Rakyat, dimana DAP menang di Dun Bahau melalui Teo Kok Seong dan kali ini pastinya akan dapat dikekalkan walaupun ditentang oleh Dr Yew Mee Fa (MCA).

Jempol adalah sebuah kawasan Parlimen yang memiliki lebih 50 peratus pengundi Felda, dan hanya satu sahaja Dun di bawah Jempol iaitu Bahau yang meraikan kepelbagaian pengundi.

Bahau dikuasai DAP sejak beberapa pilihan raya lalu.

Namun pada kali ini, selepas penamaan calon pada 20 April lalu, Parlimen Jempol tiba-tiba sahaja menjadi tumpuan selepas menyaksikan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) dicalonkan PAS untuk menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Anwar dedah dokumen penerbangan pengundi hantu hari ini

Keadaan di KLIA mengikut seorang saksi - rakyat Burma dan Bangla dilihat beratur memasuki negara mengikut laporan FB ini. Mereka memakai topi BN dan juga dilindungi polis? - http://www.kedahlanie.info/2013/05/siapa-yang-dok-berlegar-di-klia-tolong.html
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendedahkan senarai syarikat penerbangan yang  dipercayai digunakan Umno BN untuk membawa masuk warga asing bagi mengundi  pada PRU 13.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  gagal memberi sebarang jawapan atas dakwaan yang dibuat. Saya memiliki segala dokumen syarikat penerbangan yang terlibat dan akan mendedahkannya semasa sidang media esok,” katanya dipetik TV Selangor pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Dagang, di sini pagi tadi.

Thursday, April 25, 2013

AJK surau dipecat sebab benar Dato Husam berta'ruf


Dato Paduka Hj Husam Bin Musa menulis... pada 20hb. April, 2013 saya telah menunaikan solat Isyak' di Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11.

Selepas selesai tunai solat, saya telah mengambil sedikit masa berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut.

Hari ini saya diberitahu bahawa Pengerusi dan Bendahari Surau tersebut telah dipanggil mengadap Ketua Pengarah JAWI di Pejabatnya pagi tadi.

Dan seterusnya saya diberitahu bahawa SEMUA AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 telah DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut.

Saya mohon pada semua Sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, Penduduk2 Putrajaya dan Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya Politik Sempit begini ditamatkan pada 5hb. Mei, 2013.

Tuesday, April 23, 2013

Wallpaper terbaik! Grafik menarik Pakatan Rakyat untuk PRU13

Di sini disertakan poster grafik terbaik ciptaan "Pejuang-pejuang Rakyat" dari seluruh negara. Kredit kepada semua designer2 terbabit.









Zamri calon P119 Titiwangsa dedah Projek IC di Kg Baru


Calon PAS P119 Titiwangsa, Ahmad Zamri mendedahkan tindakan khianat di mana IC telah diberikan kepada warga asing pada minggu lepas.

Monday, April 22, 2013

Mat Taib isytihar sertai PAS



KUALA LUMPUR: "Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13.

Bekas MB Selangor di majlis Pakatan Rakyat


BATANG KALI - Kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh dekat sini, yang diadakan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung,  mengejutkan banyak pihak.

Thursday, April 18, 2013

Surat terbuka kepada khadam politik



Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

1.    Di zaman Rasulullah SAW berdakwah dan berjihad, Islam bukan sahaja menghadapi musuh di kalangan ahli kitab, tetapi juga dari kalangan mereka yang berilmu berkenaan Islam dan kenabian Muhammad SAW. Mereka ini juga ikut serta menentang Islam secara terbuka, atau bersembunyi di belakang kalangan munafiqin (yang berpura-pura Islam) atau mempengaruhi orang-orang Islam yang lemah imannya.

2.    Kumpulan ini sanggup menentang Islam kerana terlalu terpengaruh dengan harta dan pangkat yang mudah dicapai. Mereka ini bersedia melakukan apa sahaja yang terdekat dan cepat tanpa memikirkan akibatnya. Walau pun mereka percaya benarnya Islam dan mulianya Rasulullah SAW  dengan sifat yang terpuji dan akhlak yang luhur, tetapi kemenangan Islam dianggap payah dan mungkin mustahil . Apatah lagi mereka memikirkan bahawa akhirat terlalu jauh, lalu memilih jalan yang mudah, dekat dan tidak mencabar.

3.    Kalaulah seorang tokoh seperti Rasulullah SAW pun menghadapi jenis manusia yang begitu rupa, maka di zaman umat yang menyambung perjuangannya tentulah lebih banyak lagi, mungkin dengan cara dan sifat yang berlainan. 

Wednesday, April 17, 2013

Aminulrasyid’s kin files RM50m suit, heats up battle for Shah Alam

Aminulrasyid's mother, Norsiah Mohamad (left), and sister Nor Azura Amzah look on during a press conference outside the High Court in Shah Alam April 17, 2013. — Picture by Choo Choy
SHAH ALAM, April 17 ― The family members of Aminulrasyid Amzah filed a RM50 million “unlawful killing” lawsuit against the police and the government today, in a case that could reignite public anger among voters here over how the schoolboy was shot 21 times by police in 2010.

Flanked by incumbent PAS MP Khalid Samad, the family’s decision to sue will provide Pakatan Rakyat (PR) fodder in the campaign for Shah Alam, now a major focus of Election 2013 after Barisan Nasional (BN) named controversial Islamic firebrand Zulkifli Noordin as its candidate there yesterday.

Friday, April 12, 2013

Bicara cinta TG Dato' Nik Abdul Aziz


SHAH ALAM - Sinar Harian yang membawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi program Bicara Minda awal minggu ini, akan mengetengahkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi program Bicara Cinta Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Isnin ini.

Bersempena program itu, buku berjudul Bicara Ini Demi Ilahi yang mengisahkan kepimpinan Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan itu akan turut dilancarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...