Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, selain pernah menuntut di Maktab Mahmud, pada tahun 1959-1965. Almarhum berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.
Almarhum
pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan
pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1983-1984
dan 1986-1995.
Almarhum
mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England, kemudiannya bergiat aktif di
Malaysia pada tahun 1986.
Almarhum
pernah diamanahkan sebagai Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS
Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat, selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga Mei 2013), Setiausaha
Perhubungan PAS Kedah dan mewakili PAS ke Majlis Perundingan Ekonomi Negara
(Mapen) pada 1989. Almarhum pernah menjadi Pengarah Urusan Harakah.
Almarhum
Ustaz Azizan, 69, yang meninggal dunia jam 11.10 pagi tadi di wad ICU Hospital
Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebelum ini dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang
(HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah
Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun
kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat
jangkitan kuman.
Hujung
bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula
menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan,
bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.
Almarhum
merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Datuk Seri Mahdzir Khalid selepas
PAS dan Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Negeri Kedah atas kemenangan
dalam Pilihan raya Umum ke-12, pada 2008.
Upacara
mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah telah diadakan di hadapan Sultan
Abdul Halim Muadzam Shah di Wisma Darul Aman pada jam 3.40 petang, 9 Mac 2008.
Pada
16 Julai 2008, almarhum telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah
(SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Pada
1 Jun 2013, almarhum merupakan antara penerima darjah kebesaran, bintang dan
pingat Persekutuan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan
Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang menerima Darjah Panglima Setia
Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
Almarhum
memenangi Dun Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai Dun Sala) mulai 1995 hingga
2013 mengalahkan calon Barisan Nasional.
Pada
Pilihan raya Umum ke-13 lalu, almarhum menang dengan memperolehi 13,294 undi
dengan majoriti 2,774 berbanding tiga lagi pencabarnya dalam pertandingan empat
penjuru.
Almarhum
meninggalkan dua orang isteri, Puan Sri Faekah Syeikh Hamzah dan dan Shamsiah
Shafie dengan 14 orang anak.
No comments:
Post a Comment