Setakat 1.00 hari ni 11 Sept, saham Felda di paras RM4.58 se unit |
FGVHB - Bukti peneroka dikhianati makin terserlah - Maka pada tarikh puaka 28 Jun 2012 tercatatlah di dalam sejarah Malaysia satu lagi pengkhianatan besar oleh pemimpin Melayu ke atas umat Melayu. Kali ini dalam bentuk penggadaian tanah perladangan yang telah diusahakan peneroka Felda berabad-abad lamanya bersama-sama dengan rangkaian perniagaan yang dibina di atas biaya wang peneroka kepada kapitalis rakus yang tidak pernah mencurah barang setitik keringat pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah ladang luas terbentang. Baca lagi di sini.
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa peneroka yang terpaksa membuat pinjaman bagi membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) kini mengalami kerugian.
Pengerusinya Mazlan Aliman mendakwa, pengurus bank yang dirujuk persatuan itu menyatakan bahawa harga saham pada RM4.70 merupakan had di mana peneroka akan mula mengalami kerugian. Penasihat ekonomi ANAK Dr. Rosli Yaakob pula menjelaskan perkara itu disebabkan dividen pada tahap harga berkenaan tida mencukupi untuk menampung pinjaman yang dibuat peneroka.