Showing posts with label Uwan. Show all posts
Showing posts with label Uwan. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

Mana Mak?


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Friday, September 20, 2013

Ayah


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH? Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Ayah selalu tanya," Telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."

Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.. Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? "

Saturday, February 2, 2013

Uwan 70, Ariff 7

Selamat Hari Jadi buat Hajah Zainab binti Ahmad (70) & Amirul Ariff bin Hasbullah (7). Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kasih sayang Mu buat ibu mertuaku agar dapat beliau meneruskan hidup dengan tenang dan damai. Ya Allah, jadikanlah Amirul Ariff anak yang soleh yang bakal menolong kami meraih syurgaMu. Selamat Hari Lahir Uwan dan Ariff.



Thursday, February 2, 2012

Uwan & Amirul Ariff - setahun lagi


Uwan Hjh Zainab - setahun lagi dilanjutkan usia menuju kematangan. 
Amirul Ariff - setahun lagi meninggalkan usia muda menuju kedewasaan.
Kita kira ikut kalendar hijri - klik sini http://www.islamicfinder.org/Uwan lahir pada: Selasa 26 MuHarram 1362 A.H. bermakna Uwan dah 71 tahun 2 bulan. Ariff lahir pada: Khamis 3 MuHarram 1427 A.H. bermakna Ariff dah 6 tahun 2 bulan.

Untuk Uwan diharapkan semoga sentiasa tabah dan tenang selalu mengharungi hari-hari mendatang tanpa Abah di sisi. Kekadang Uwan akan menitipkan dua tiga halaman dari sebegitu tebal lembaran kisah kehidupan lebih lima dekad dengan arwah Abah. Semestinya tidak semudah itu untuk dilupakan.

Wednesday, February 2, 2011

Onyang 91, Uwan 68, Ariff 5

Ariff, Amirul, Sarah, Hadi, Uwan & Onyang on 020211
Kalau Onyang pun lahir pada tarikh ni, 2 Februari, maknanya tarikh lahirnya pada Isnin, 11 Jamadil Awal 1338, dah 94 tahun. Uwan pulak Selasa, 26 Muharram 1362, 70 tahun. Ariff lahir hari Khamis, 3 Muharram 1427.
Kek sponsored by Atuk

Friday, August 13, 2010

1Purnama Amirul Hadi

Esok huaa..dah sebulan pun..
Hari ni 3 Ramadhan 1431. Begitu pantas masa berlalu. Kini Amirul Hadi telah genap sepurnama bulan qamariah. Telah sepurnama juga abah dan ibu dengan bantuan atuk dan uwan bertungkus lumus menguruskan urusan seharian.
Hadi..sleeping like a baby
Esok 14 Ogos bersamaan 4 Ramadhan 1431 Amirul Hadi akan kembali ke KBMC untuk first appointment.

mana atuk..

Thursday, June 3, 2010

Amirul is 7 (Part 2)

Di antara 4 orang anak kami, Amirul Hakimi dikatakan sebagai anak yang paling menguji iman dan kesabaran (setakat ini). Anak lelaki pertama, sememangnya pengalaman membesarkannya setakat 7 tahun ini adalah satu anugerah dan nikmat, juga ujian daripada Allah SWT.

Bagi saya, Amirul begitu  advance dalam menunjukkan tentrumnya sejak dahulu lagi, terutamanya kepada saya sendiri. Bukan sedikit insiden yang memeningkan kepala dan membuntukan fikiran serta tindakan. Kelemahan saya, kerap kali saya buntu memikirkan apa yang perlu dan wajar dibuat bilamana dia mempamerkan tentrumnya.
Amirul pernah terjatuh dari sofa dan kepalanya terhantuk di kaki besi akuarium.di rumah kami semasa berusia 2 tahun. Hentakan yang amat kuat di kepala, sehinggakan pemeriksaan x-ray terpaksa dilakukan kerana bimbang luka di bahagian dalam kepala. Alhamdulillah tiada kecederaan di bahagian dalam.

Bergolek-golek sambil menangis kemarahan di shopping complex memang menjadi salah satu rutinnya di antara umur 2-4 tahun. Beberapa kali pin tudung saya patah kerana ditarik kuat olehnya apabila kehendaknya untuk menaiki escalator di shopping complex tidak dituruti. Mujurlah kakaknya, Sarah memegang tudung dan membetulkan tudung saya cepat-cepat sebelum terbarai kerana pada ketika itu saya mendukung Ariff yang masih kecil.

Belum lagi cerita tentang bagaimana Amirul menukar gear kereta yang sedang saya pandu ke gear 'reverse' di tengah-tengah highway. Terhenjut-henjut kereta kami di tengah jalan sambil kesemua anak-anak lain di  dalam kereta menjerit ketakutan. Dalam keadaan panik dan takut, saya memberhentikan kereta di tepi jalan sambil beristighfar.


Amirul juga pernah hilang dari pandangan kami di dalam Masjidil Haram sewaktu kami menunaikan umrah pada tahun 2005 dahulu.  Panik dan sedih,  bercampur-baur di dalam hati semasa cuba mencarinya di antara waktu maghrib dan isyak. Sebaik azan isyak berkumandang iaitu selepas 10 minit mencari, saya terlihat Amirul berdiri di sebatang tiang sambil tangannya berpaut pada tiang tersebut menikmati 'air-cond' yang keluar dari bilah-bilah tiang. Beliau berpusing ke belakang dan apabila terlihat saya, terus berkata, "Ibu dah azan" dengan selamba.
Alhamdulillah, sejak bersekolah di tahun 1, temper tentrumnya semakin berkurangan. Walaupun kadangkala ada juga insiden yang menguji kesabaran dan menduga iman, namun perubahan positif dapat kami lihat sedikit demi sedikit, dan apa yang penting, kami perlu lebih bersabar sambil berdoa agar Amirul bakal membesar menjadi anak yang soleh, cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat.

Wednesday, February 3, 2010

Ariff is 4 & Uwan is 67


Amirul Ariff kini 4 tahun. Keletahnya memang menghiburkan. Penat macam manalah pun. Kalau masa boleh dihentikan. Biar Ariff sentiasa 4 tahun. 2008: Wajah ini amat dirindui tika kami jauh di tanah suci.


Uwan, Hjh Zainab kini 67 tahun. Kalau masa boleh dikebelakangkan. Walau dua tahun cuma. 2008: Uwan kami tinggalkan bersama Ariff, Amirul, Hajar, Sarah, Atuk. Sejak berpergian dan pulang kini. Tiada henti kami terus berdoa. Semoga uwan kembali seperti dulu. Allah Maha Kuasa. Kasihanilah kedua ibu bapa kami. Sebagaimana mereka mengasihani. Ketika kami seperti Ariff, Amirul, Hajar, Sarah. Amiin.

Friday, January 15, 2010

Uwan and B'yond

Seusai installer Astro mengupgrade astro analog ke b'yond tengaharinya, Uwan, Hajjah Akidah Abdul Hamid tiba lagi untuk ke sekelian kalinya ke rumah petang semalam. Uwan dijemput oleh brother Haris yang pulang ke kampung bersama abah, mak and future astronaut, Ariff (baru-baru ni Amirul pun cakap nak jadi angkasawan jugak).

Dalam usia mencecah b'yond 90 tahun (lahir 1920), Uwan kelihatan masih bertenaga walau jelas wajahnya yang dimamah usia. Baru sebulan lepas kami mendapat panggilan dari abah, Uwan demam dan dikejarkan ke hospital KP tapi suspen tu tak berpanjangan (kami sedang bersiap-siap ke SP masa tu) andak Sulan cuma membawa Uwan ke klinik. Semalam Uwan mengadu lantai simen rumah baru yang dibina di tapak runtuhan (ciss!) rumah pusaka terlalu sejuk menyebabkan kaki kebas dan kejang, so mungkin itu punca orang tua tu demam. Uwan kini hanya pasrah dan retreat ke rumah usang saki baki rumah pusaka lama dulu.

Baca entri dari kacamata halym di sini. Soalnya, apa tujuan rumah baru tu dibuat?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...