Jam
6.30 petang.
Mak
berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik
dari sekolah agama.
Ayah
baru balik dari sawah.
Ayah
tanya Mak, “Along mana?’
Mak
jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah
tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak
jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah
tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak
jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah
tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak
jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak
jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana
keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua
puluh tahun kemudian
Jam
6.30 petang
Ayah
balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah
tanya Along, “Mana Mak?”
Along
sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah
tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah
menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah
tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah
menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah
tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh
menjawab, “Entah.”
Ateh
terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah
tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang
tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah
tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang
Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak
ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata
dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang
mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba
adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak
balik!!”
Tersentap
hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu
anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan
tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka
akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main
bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu
tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang
anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin
anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir
anak-anak Mak .
Ayah
berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja
sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak
selalu mengadu sakit lutut.
Dari
jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi
payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit
dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk
anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai
di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak
buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan
kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh
kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah
yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak
seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak
akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima
buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak
tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta
warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak
yang ini.
Baju
mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak
berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk
ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak
letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci
pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan
kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak
sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa
menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak
Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya
itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh
koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi
hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya
anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah
suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas
Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh
koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak
sudah bukan pada Mak lagi.
Mak
hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah
tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan
berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah
temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan
anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah
yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah
tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di
kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili
api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah
tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab,
"Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak
berangkat."
Mak
minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab
hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar
salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau
Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang
datang jemput Mak.
Mak
tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah,
“Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri
apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan
sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka
sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak
mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak
faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh,
Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah
mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada
suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh
koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa
tahun kemudian
Mak
Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik
yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini
Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam
isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.
Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara.
Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat
anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil
dulu.
Mak
pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar.
Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone
berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak
faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati
anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan
kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak
tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang
sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah
sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana
Along?", "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana
Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".
Hanya
Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak
pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana
anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa
di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah
sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak
perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik ,
"Mana mak?" "
Kereta
merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik
mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta
merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu,
"Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita
jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah,
ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun
dari kereta Ateh..
Terketar-ketar
ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah
tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan
"Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir
usia.
Sebuah
cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata
orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.
Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali
ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat
pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.
Berapa
kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
No comments:
Post a Comment