Showing posts with label Atuk. Show all posts
Showing posts with label Atuk. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

Mana Mak?


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Friday, September 20, 2013

Ayah


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH? Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Ayah selalu tanya," Telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."

Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.. Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? "

Friday, January 27, 2012

Sarah is fourteen


Sarah dah pun 14 tahun hari ni tapi itu mengikut gregorian calender. Kalau dikira ikut taqwim Hijriah, Sarah yang lahir pada 28 Ramadhan 1428 dah pun berumur 14 tahun 5 bulan.

Hmm dah 14 tahun lebih tentunya ada banyak kenangan terutama yang mengusik jiwa lebih-lebih lagi dengan pemergian Atuk bulan lepas. Memori 12-13 tahun lepas ketika Sarah dan Hajar bersama-sama Atuk - dua cucu perempuan yang paling close - datang dengan vivid dan jelas sekali. Masa makan di Naili's awal 2010 Atuk pernah mengisytiharkan - inilah keluarga kita - bersama semenjak lahirnya Sarah.


Kebersamaan ketika mengerjakan Umrah pada 1999 dan 2005 dengan kesempatan menziarahi makam Nabi Syuib di Jordan. Bermalam di chalet-chalet Besut 2002, ke makam Mahsuri, Langkawi 2003 dan memanjat Banjaran Titiwangsa ke Strawberry Park, Cameron 2004. Kesanggupan Atuk memerah kudrat menjaga Sarah, Hajar, Amirul & Ariff ketika kami menunaikan fardu Haji pada 2008.

Hari ini dan hari-hari lain yang berlalu dan akan datang - kepiluan, kesedihan tidak putus-putus tibanya. Ya Allah, kerinduan ini hanya memungkinkan satu perkara - berhenti sejenak dari bersuka ria - melayan hadirnya Atuk dalam mimpi-mimpi yang saling berkunjungan.

Sarah sudah jauh di mata. Hajar lagi jauh di hujung mata. Atuk pula pergi tak kembali. Ya Allah Engkau kasihani Atuk, cucuri rahmat ke atas rohnya, sebagaimana Atuk dulu mengasihani Sarah dengan sepenuhnya. Jangan kau lupa wahai Sarah, hadiahkan Al Fatihah kepada Atuk bila-bila masa teringatkannya. Itulah pesan abah sebagai penawar kerinduan yang paling mujarab.

Friday, December 30, 2011

Kasih Sayang Atuk


Flashback... Ogos 1999 ... Atuk mendukung Sarah sambil mengelilingi Kaabah. Sarah yang baru menjangkau 1 tahun 8 bulan pada masa tu memang lincah, pantang kami lepa, pasti dia akan hilang dari pandangan. Risau benar Atuk kalau-kalau Sarah hilang di celah-celah jemaah Umrah pada ketika itu. 

Begitu Atuk...  tidak pernah rasa susah demi kasih sayang kepada cucu-cucunya. Bagi saya, kasih sayang Atuk kapada cucu-cucunya melimpah-ruah.Belum pernah saya lihat atau dengar Atuk mengeluh kerana kepenatan melayan kerenah cucu-cucu beliau, malahan Atuk sendiri yang akan menawarkan diri untuk berbuat apa sahaja demi kebahagiaan cucu-cucunya. 

Kemuncak kasih sayang Atuk yang tidak mungkin saya lupa ialah berangkatnya kami menunaikan  Ibadat Haji pada musim Haji 2008 sekaligus meninggalkan anak-anak  bawah jagaan Atuk...memang keputusan yang amat berat bagi saya sebagai seorang ibu... tetapi Atuk memberi semangat dan meyakinkan bahawa Allah akan memudahkan segala urusan , usaha, tawakal dan doa, semua akan berjalan lancar.

Dari Allah kita  datang, kepada Allah kita dikembalikan.... 

Ya Allah... Sinarilah kubur Allahyarham Haji Abu Talib dengan cahaya Mu,
                  Lapangkanlah kuburnya, jenganlah engkau sempitkan,
                  Tempatkanlah arwah bersama Salafussoleh
                  Ringankan hisabnya ,
                  Masukkanlah  beliau ke dalam syurga, jauhilah beliau dari azab api neraka.

Tuesday, December 13, 2011

Abah dalam kenangan

Hj Abu Talib Murah, 1358 - 1433. Foto 25 Okt 2008.
Abah lahir pada hari Isnin, 19 Rejab 1358 bersamaan 4 September 1939. Abah lahir tanpa ayah di sisi dan kini, Selasa 10 Muharram 1433 bersamaan 6 Disember 2011 abah pergi untuk selama-lamanya tanpa ditemani anak-anak di sisi.

Aku bergegas ke hospital manakala menerima panggilan jam 11.16 malam dari wad 8. Staff nurse memberitahu abah nazak. Aku tidak menjangkakan apa-apa yang lebih menyedihkan dari ini mungkin kerana aku baru sahaja menziarahi abah lepas maghrib tadi. Waktu itu aku tidak mendapati apa-apa tanda jelas yang abah sedang berada di hujung perjalanannya. Abah sedang tidur. Keadaan fizikal memang merunsingkan. Tetapi beginilah keadaan abah sejak dua minggu dulu. Aku catatkan dalam FB permerhatianku ini.

Setibanya aku di wad 8 jam 11.40 dari kejauhan kulihat langsir menutupi katil. Terus aku dekati seperti biasa dan ternampak ada dua tiga misi yang yang sedang menguruskan abah. Mungkin tukar cadar atau baju fikirku. Aku berundur dan berjalan ke arah kaunter nurse. Sabar menunggu sehingga misi-misi tu selesai baru aku akan tengok keadaan abah. Suasana begitu tenang dan aman ketika itu. Dalam langkahan ke tujuh Dr Malik menyapaku dan memberitahu berita sedih ini. Aku memandang tepat ke arahnya kemudian pandangan kualihkan ke langsir katil. Kaki terasa longlai. Aku melangkah perlahan-lahan ke kerusi. Baru tiga jam tadi aku menatap wajahnya. Kini abah tiada lagi.

Di sinilah akhirnya. Berakhir juga derita yang ditanggung. Bersih tanpa dosa dan noda. Di sinilah juga bermulanya hidup abah di alam barzakh, sedang berdiri di salah satu pintu syurga.

Abah, untukmu aku hadiahkan Al Fatihah.

Sunday, September 5, 2010

Atuk is 73

Irbid, Jordan 4 June 2005
Atuk, Hj Abu Talib sudah menjangkau 73 tahun mengikut tahun Hijriah. Lahir pada hari Isnin, 19 Rejab 1358 atau bersamaan 4 September 1939. Kita yang sudah biasa dengan tahun masihi menyambut birthday Atuk pada hari ini.

Hudaibiah, 29 Mei 2005
Atuk sememangnya begitu rapat dengan anak-anak kami bermula dengan Sarah yang pernah didukungnya sambil tawaf dan saie ketika mengunjungi Tanah Suci pada 1999. Ketika Umrah 2005 kami bersama-sama mencari Amirul yang hilang dari pandangan mata.

4 Feb 2006, doa untuk Ariff
Yang pastinya, kehadiran cucu-cucu semuanya 'diproses' Atuk dari tahnik sampailah ke menanam urinya.

22 Julai 2010, doa untuk Hadi
Atuk & Amirul, imej 27 April 2004

Gua Ashabul Kahfi, Jordan, 4 June 2005
Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan kedua-dua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami ketika kami masih kecil. Amin Ya Rabbal Alamiin.
7 April 2006, Amirul bermalam di BA

Thursday, June 3, 2010

Amirul is 7 (Part 2)

Di antara 4 orang anak kami, Amirul Hakimi dikatakan sebagai anak yang paling menguji iman dan kesabaran (setakat ini). Anak lelaki pertama, sememangnya pengalaman membesarkannya setakat 7 tahun ini adalah satu anugerah dan nikmat, juga ujian daripada Allah SWT.

Bagi saya, Amirul begitu  advance dalam menunjukkan tentrumnya sejak dahulu lagi, terutamanya kepada saya sendiri. Bukan sedikit insiden yang memeningkan kepala dan membuntukan fikiran serta tindakan. Kelemahan saya, kerap kali saya buntu memikirkan apa yang perlu dan wajar dibuat bilamana dia mempamerkan tentrumnya.
Amirul pernah terjatuh dari sofa dan kepalanya terhantuk di kaki besi akuarium.di rumah kami semasa berusia 2 tahun. Hentakan yang amat kuat di kepala, sehinggakan pemeriksaan x-ray terpaksa dilakukan kerana bimbang luka di bahagian dalam kepala. Alhamdulillah tiada kecederaan di bahagian dalam.

Bergolek-golek sambil menangis kemarahan di shopping complex memang menjadi salah satu rutinnya di antara umur 2-4 tahun. Beberapa kali pin tudung saya patah kerana ditarik kuat olehnya apabila kehendaknya untuk menaiki escalator di shopping complex tidak dituruti. Mujurlah kakaknya, Sarah memegang tudung dan membetulkan tudung saya cepat-cepat sebelum terbarai kerana pada ketika itu saya mendukung Ariff yang masih kecil.

Belum lagi cerita tentang bagaimana Amirul menukar gear kereta yang sedang saya pandu ke gear 'reverse' di tengah-tengah highway. Terhenjut-henjut kereta kami di tengah jalan sambil kesemua anak-anak lain di  dalam kereta menjerit ketakutan. Dalam keadaan panik dan takut, saya memberhentikan kereta di tepi jalan sambil beristighfar.


Amirul juga pernah hilang dari pandangan kami di dalam Masjidil Haram sewaktu kami menunaikan umrah pada tahun 2005 dahulu.  Panik dan sedih,  bercampur-baur di dalam hati semasa cuba mencarinya di antara waktu maghrib dan isyak. Sebaik azan isyak berkumandang iaitu selepas 10 minit mencari, saya terlihat Amirul berdiri di sebatang tiang sambil tangannya berpaut pada tiang tersebut menikmati 'air-cond' yang keluar dari bilah-bilah tiang. Beliau berpusing ke belakang dan apabila terlihat saya, terus berkata, "Ibu dah azan" dengan selamba.
Alhamdulillah, sejak bersekolah di tahun 1, temper tentrumnya semakin berkurangan. Walaupun kadangkala ada juga insiden yang menguji kesabaran dan menduga iman, namun perubahan positif dapat kami lihat sedikit demi sedikit, dan apa yang penting, kami perlu lebih bersabar sambil berdoa agar Amirul bakal membesar menjadi anak yang soleh, cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat.

Monday, October 26, 2009

Vitex

Mendengar bacaan tekanan darah tinggi abah 199/101 dengan pulse 89 memang menakutkan. Sekonyong-konyong teringat entri Nani berkenaan testimoni seorang pengidap darah tinggi yang lepas. Baca sini.

Dalam usia mencecah 70 tahun tekanan setinggi speed Raikkonen ketika mengambil selekoh pastinya berisiko lebih tinggi. Walaupun tadi abah beria-ia menunjukkan ubat doktor yang dapat membantu tapi kesakitan menanggung...



kesan amat jelas. IsyaAllah esok akan didapatkan Vitex dan Omega 3, yang lebih dipercayai untuk membantu menurunkan tekanan darah kembali ke normal sekitar 140/90. Harap lepas ni abah akan menjadi sebahagian dari testimoni.

Tanda-tanda awal sakit darah tinggi adalah seperti berikut:-

a) Sakit bahagian kepala
b) Mata merah
c) Sakit dan tegang di bahagian tengkuk
d) Kesemutan di kaki dan tangan

Sekiranya tidak diatasi, penderita akan menghadapi masalah berikut:-

a) Stroke atau lumpuh kaki dan tangan
b) Rabun hingga mengakibatkan buta
c) Lemah jantung
d) Ginjal rosak dan tidak berfungsi
e) Pecah pembuluh darah hingga mengakibatkan koma, gangguan saraf dan lumpuh

Dos-amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul pada waktu malam.

Thursday, October 15, 2009

Toksu Kota Singa

Kunjungan saudara jauh dari Kota Singa sememangnya ditunggu tambah pula dalam Syawal yang mulia. Toksu Kassim, kini 80 tahun merupakan bapa saudara abah yang bongsu menetap selamanya di negeri yang ada F1 waktu malam. Menurut abah, ini merupakan kunjungan Toksu ke KL yang ketiga sebelumnya 1987 dan 1989.

Kesempatan berhubung melalui telefon dengan Toksu pada petang Sabtu membolehkan kami membuat sedikit persediaan sementelahan abah juga ternanti-nanti kedatangan Toksu selepas 20 tahun.



Pagi Ahad, kami meneruskan program seperti biasa manakala abah pergi pekena roti canai, keluar dari 7.30 pagi tapi tak balik-balik.  2 jam kemudian selepas puas abah keluar masuk telefon sana telefon sini kerana jangkanya tiba pukul 9.30 Toksu akhirnya tiba sekitar 12.00 tengahari bersama maktam Maznah, anak ketiga Toksu dihantar oleh keluarga pakngah Udin, sepupu abah.


Toksu bertolak malam Sabtu dengan Senandung Malam Keretapi Tanah Melayu (satu-satunya Melayu yang tinggal - itupun dah dishortkatkan jadi KTM ), tiba di KL 5.00 pagi dijemput oleh pakngah Udin. Toksu's next destination katanya ke rumah anaknya yang bongsu, Sani di Sri Petaling dan akan berlepas pulng ke Singapura pada malam.


Sebelum pulang Toksu tak lupa memberikan duit raya untuk cucu yang berempat tapi dengan adanya Faiz, nampak gaya kena sharelah sorang 10 dollar. Opps, duit singapore tu, jadi sorang 20 inggit la kot.

Wednesday, October 14, 2009

Deja Vu

The deja vu of being knocked-off the bike again has been realised this morning just in front of abah's workplace. Pesan orang-orang tua ketika berpergian, kalau jatuh nanti bangun sendiri. Setengah jam selepas ke tempat kerja abah kembali dalam menahan kesakitan dan bergegas kemudiannya ke klinik.

After the dressing, abah simply said that this was already expected and just padan muka. Abah said he took big risk going to work day in day out for the past 7 days and accept God's way of telling there is no point to cross your father no matter whether you are in the truth. Ni baru sikit je peringatan yang diterima.

Alhamdulillah, no serious injury. Hopefully the lesson is learned and take his time off to reflect and bermuhasabah diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...