APA
YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH? Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk
menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah
yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Ayah selalu tanya," Telefon
lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."
Semasa
kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa
sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu
menanyakan apa yg kita lakukan seharian.. Saat kita sakit atau demam, ayah
sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah
bagitau jangan minum air sejukk?? "
Tapi
tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin
untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak
boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi
ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah dipercayai,
ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar
kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan
rasa sangat risau.. ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2
terjadi dekat kita bila keluar lewat malam? Setelah kita dewasa, ayah telah
menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan
macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi..tanpa
menolak, beliau memenuhinya..
Saat
kamu berjaya..ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan
untukmu..ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat
tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman
dia terhadap kita? Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk
mengambil kita dari ayah..ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan
akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan
kita..ayah pun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke
belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun
berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakan lah putera
puteri kecilku yang manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya
akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk
menjenguk.
Deng
an rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita… itulah
pengorbanan seorang ayah.. apakah kita masih belum sedar? Masih memandang
kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? Percayalah.. .dia orang yang
paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan
kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita…kita
cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.. Tahukah kita yang kita telah berlaku
tidak adil terhadap ayah?? Apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita
berikan dekat ibu? Kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium
kamu??
# fikir-fikirkan lah.. ayah
dan ibu adalah segala-galanya.. janganlah sesekali abaikan mereka dan jangan
sesekali membenci mereka. Apabila anda ditegur atau dimarahi kerana teguran
mereka untuk kebaikan kita semua...sayangilah mereka semasa mereka masih ada di
dunia ini...:')
No comments:
Post a Comment