20 tahun berlalu dan kini berpeluang bertemu semula AMN di Kuala Terengganu. Terima kasih AMN melapangkan masa mengunjungi kami di Permai Inn, KT tempohari. Walaupun AMN berkeras menyuruh kami mengunjunginya dan bermalam di rumah beliau, namun berbanyak maaf kerana tidak dapat memenuhi jemputan mung, lagipun pada hari yang sama AMN akan menerima kunjungan saudara mara lain dari Kelantan. InsyaAllah jika berkesempatan berkunjung lagi keTerengganu rumah mung di Rusila bakal menjadi destinasi utama kami.
Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Monday, March 29, 2010
Terengganu Kite 3 - Kawang Lame
Tuesday, February 23, 2010
Pengalaman Pahit itu Mahal Harganya
Kisah yang dipaparkan di bawah ini adalah kisah sebenar seorang kenalan. Tidak pernah menjangka yang kehidupan beliau semasa kecil begitu sukar sehinggalah membaca kisah ini di dalam blog beliau. Melihatkan peribadi beliau yang begitu sederhana walaupun memegang jawatan yang tidak kurang hebatnya kini, rasa insaf dan bersyukur dengan nikmat Allah makin menjulang tinggi. Benarlah, pengalaman pahit itu mahal harganya, tidak mampu dimiliki oleh sesiapa jua, kerana pengalaman pahit itulah yang mengajar dan menentukan arah kehidupan setiap di antara kita. Sesusah manapun kehidupan kita, yang lebih penting diingati adalah, perjalanan kehidupanlah yang menentukan arah destinasi kita ke akhirat kelak. Semuga kisah yang dipetik dari blogs.iium.edu.my/martinelli menjadi pengajaran buat diri sendiri dan rakan-rakan lain.
"Rasanya seolah2 baru semalam dipimpin ibu berjalan di permatang sawah sambil membacakan seayat demi seayat surah2 lazim untuk saya hafal. Setiap hari saya menemani ibu menjaga padi dari di makan burung. Sehinggalah suatu hari, sedang asyik bermain2 dalam bendang, kedengaran panggilan ibu, “Li, cepat balik. Kita nak bertolak petang ni. Kenderaan dah dapat”. Saya tidak menyangka itulah kali terakhir saya merasa nikmat bebas bermain di sawah padi dengan teman2 sekampung. Selepas itu bermulalah perjalanan kami bertiga, ibu, kakak dan saya mencari ayah yang tidak pernah saya temui. Ibu sering menceritakan kisah sedihnya saat melahirkan saya tanpa kehadiran ayah . Waktu itu kakak kedua saya yang baru berumur 4 tahun pula sedang sakit tenat. Sehari selepas saya lahir, kakak meninggal dalam pangkuan nenek. Kata ibu, semasa melihat jari2 tangan kakak yang sedang memeluk leher nenek sudah menjadi biru tanda2 dia dalam nazak, ibu mendekatinya dan sempat berbisik ke telinga kakak, “Hanim, Mak relakan Hanim pergi. Tunggu mak dan abah di syurga nanti,ye” Selepas itu kakak terus menarik nafas terakhir. Ibu berusaha keras menahan perasaan kehilangan anak yang sedang lincah dan comel tanpa suami untuk berkongsi. Hanya 9 tahun selepas itu ibu berusaha keras mencari ayah.

Sunday, November 15, 2009
Cik Yah ke Makkah
Khuatir tidak dapat mengucapkan selamat berangkat kepada Cik Yah kuih koci, saya singgah di warungnya petang semalam. Belumpun sempat saya menghulurkan tangan, cik yah segera memeluk saya erat sambil mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana tahun ini tiba gilirannya dan suaminya menunaikan ibadah haji setelah menunggu giliran bertahun-tahun. Saya segera meminta maaf kerana tidak berkesempatan menghadiri kenduri doa selamat di rumahnya pada Ahad lepas. Jelas di raut wajah Cik Yah kegembiraan yang sukar dibayangkan, tidak lagi sugul seperti 2 minggu lalu di mana pada ketika itu Cik Yah masih belum mendapat surat pengesahan dari Tabung Haji tentang keberangkatannya ke Tanah Suci. Surat tersebut diperolehi genap 10 hari sebelum beliau berlepas menaiki KT 66 terus menuju ke Mekah, berpakaian ihram di rumahnya dan berniat ihram di miqat yang ditetapkan di dalam pesawat. Cik Yah salah seorang tetamu Allah daripada 26 ribu jemaah haji Malaysia yang bakal mengerjakan haji pada musim haji 1430. Semuga perjalanannya ke Tanah suci bersama-sama dengan jemaah haji lain sentiasa di bawah lindungan Allah dan berjaya menunaikan Rukun Islam ke 5 dengan sempurna, dan memperolehi haji mabrur, Insya Allah. Kepada rakan-rakan yang lain- Kak Alijah dan suami, Kak Zainab dan suami serta rakan-rakan yang menyembunyikan pemergian kalian ke tanah suci, selamat berangkat, semuga dilindungi dan dirahmati olehNya selalu dan bakal memperolehi Haji Mabrur. |
Subscribe to:
Posts (Atom)