Thursday, June 3, 2010

Amirul is 7 (Part 2)

Di antara 4 orang anak kami, Amirul Hakimi dikatakan sebagai anak yang paling menguji iman dan kesabaran (setakat ini). Anak lelaki pertama, sememangnya pengalaman membesarkannya setakat 7 tahun ini adalah satu anugerah dan nikmat, juga ujian daripada Allah SWT.

Bagi saya, Amirul begitu  advance dalam menunjukkan tentrumnya sejak dahulu lagi, terutamanya kepada saya sendiri. Bukan sedikit insiden yang memeningkan kepala dan membuntukan fikiran serta tindakan. Kelemahan saya, kerap kali saya buntu memikirkan apa yang perlu dan wajar dibuat bilamana dia mempamerkan tentrumnya.
Amirul pernah terjatuh dari sofa dan kepalanya terhantuk di kaki besi akuarium.di rumah kami semasa berusia 2 tahun. Hentakan yang amat kuat di kepala, sehinggakan pemeriksaan x-ray terpaksa dilakukan kerana bimbang luka di bahagian dalam kepala. Alhamdulillah tiada kecederaan di bahagian dalam.

Bergolek-golek sambil menangis kemarahan di shopping complex memang menjadi salah satu rutinnya di antara umur 2-4 tahun. Beberapa kali pin tudung saya patah kerana ditarik kuat olehnya apabila kehendaknya untuk menaiki escalator di shopping complex tidak dituruti. Mujurlah kakaknya, Sarah memegang tudung dan membetulkan tudung saya cepat-cepat sebelum terbarai kerana pada ketika itu saya mendukung Ariff yang masih kecil.

Belum lagi cerita tentang bagaimana Amirul menukar gear kereta yang sedang saya pandu ke gear 'reverse' di tengah-tengah highway. Terhenjut-henjut kereta kami di tengah jalan sambil kesemua anak-anak lain di  dalam kereta menjerit ketakutan. Dalam keadaan panik dan takut, saya memberhentikan kereta di tepi jalan sambil beristighfar.


Amirul juga pernah hilang dari pandangan kami di dalam Masjidil Haram sewaktu kami menunaikan umrah pada tahun 2005 dahulu.  Panik dan sedih,  bercampur-baur di dalam hati semasa cuba mencarinya di antara waktu maghrib dan isyak. Sebaik azan isyak berkumandang iaitu selepas 10 minit mencari, saya terlihat Amirul berdiri di sebatang tiang sambil tangannya berpaut pada tiang tersebut menikmati 'air-cond' yang keluar dari bilah-bilah tiang. Beliau berpusing ke belakang dan apabila terlihat saya, terus berkata, "Ibu dah azan" dengan selamba.
Alhamdulillah, sejak bersekolah di tahun 1, temper tentrumnya semakin berkurangan. Walaupun kadangkala ada juga insiden yang menguji kesabaran dan menduga iman, namun perubahan positif dapat kami lihat sedikit demi sedikit, dan apa yang penting, kami perlu lebih bersabar sambil berdoa agar Amirul bakal membesar menjadi anak yang soleh, cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...