Mula mengikuti World Cup sejak 1982 di Espana ketika Rossi menjaringkan hattrik menentang Brazil, kemudian menyelusup bawah pagar demi tidak melepaskan peluang menyaksikan kehebatan tangan Maradona pada 1986. 1992 menyaksikan Brazil dikecewakan Argentina tetapi dengan bantuan Romario dapat juga menjuarai piala dunia menerusi penalti pada 1994 manakala tandukan orang Algeria, Zidane dengan komprehensif sekali menewaskan Ronaldo & the gang 1998 walau ketika itu kena standby dengan susu Sarah, kalau tak terbangun pulak baby 4 bulan tu.
The Phenomenon masih melakar sejarah di Jepun pada 2002 tetapi world cup 2006 di Germany kurang seronoknya kerana ancaman bertugas di Johor ketika itu.
World Cup 2010 di benua Afrika dengan maskot Zakumi - za: south africa - kumi: ten - menyaksikan Brazil akan sekali lagi menjulang piala dunia, kalau tak pun Spain. Argentina dengan Messinya seperti biasa akan tersangkut di QF atau paling jauh ke semi. France seperti biasa akan bermula lembap akan sampai ke semi bersama-sama Germany tetapi team yang paling memboringkan, England yang terlebih-lebih hype, pasti akan tersangkut di QF.
No comments:
Post a Comment