Pas
memang mempunyai aktivis di peringkat akar umbi yang dihormati termasuk usaha
berterusan membina kekuatan cawangannya melalui aktiviti parti. Orang Pas
bekerja siang dan malam tanpa meminta apa-apa kepada pemimpin mereka.
Perjuangan untuk mencapai cita-cita parti adalah budaya dalam Pas.
Kita
para Naqib dan pemimpin cukup hebat menukillan hadis dan ayat Al Quran menanam
semangat juang. Aktivis dan wira Pas yang tidak didendang tak perlu menghafal
hadis untuk menceritakan keikhlasan mereka, mereka tunjukkan dengan pengorbanan
mereka. Entah berapa masa yang dihabiskan dan duit ringgit yang diinfaqkan, ini
tidak termasuk maki hamun orang kampung kerana kesetiaannya bersama Pas.
Suara
mereka adalah suara barakah yang memberikan kita kepimpinan kekuatan untuk
terus bernafas di pesada parti. Apa sahaja mereka turuti demi kesetiaan kepada
perjuangan.
Namun
mereka juga bukan robot dan mesin, mereka ada rasa, perasaan dan emosi. Sekali
terluka emosi kerana berasa mereka ditipu oleh orang atas lukanya dalam dan
panjang. Cakap kita dan tindakan kita sebagai pemimpin semua diperhati oleh
mereka.
Tiba-tiba
mereka dikejutkan dengan goncangan di Selangor malah mereka juga terkejut
konsensus bersama PR yang mereka sokong dan mereka angkat tangan di dua
muktamar hancur berkecai. Lebih mereka pelik mengapa kebaikan kepada parti
melalui PR tidak dipertahankan malah dibiarkan terus tenggelam depan mata
mereka di Selangor.
Mereka
berfikir dan berfikir apakah tidak ada tindakan menyelamatkan keadaan sedangkan
mereka tak terdaya hanya mampu melihat dan merayu tolonglah buat sesuatu.
Rintihan
suara ini saat bahtera PR di Selangor sedang tenggelam bertukar menjadi marah
kepada kita kerana kita melengahkan keadaan. Mereka menuntut kerana mereka
mengundi kita di muktamar, jangan berkata wala' kerana mereka tidak pandai
ceramah tentang wala' tetapi mereka hidup dengan wala' korban harta malah diri
kerana wala' Tiba masanya kita pula mendengar suara mereka dan rintihan mereka.
Mereka sedang berteriak malah ada yang marah "Selamatkan PR! Selamatkan
PR!".
Apakah
keasyikan kita mengatur di balik tabir menjadikan kita tidak mendengar rintihan
ini? Ataukah kita berasa kita tahu semuanya dan mereka hanya perlu wala' pada
kehebatan kita?
Catitan
ini saya coretkan setelah menerima berbagai panggilan dari akar umbi yang
sebahagiannya dengan penuh hormat merayu supaya PR di Selangor diselamatkan.
Mereka bukan orang Selangor tetapi dari berbagai negeri kerana sayang dan mahu
wala' pada Pas kepada konsensus bersama PR. Saya hampir menitiskan air mata
mendengar suara mereka dan saya hanya berkata: "saya faham dan berkat doa
kalian, Pas akan terus bangkit" Teringat saya akan lagu Pas di hujungnya:
"BERPEDOMANKAN AL QURAN DAN SUNNAH, SUBURLAH HIDUPNYA DAN PASTI
BERBUAH"
Mujahid
Yusof Rawa
AJK
Pas Pusat
16/8/14sumber
No comments:
Post a Comment