Benarkah lahirnya nabi ulul azmi, Isa Ibnu Maryam pada 25 Disember, 2009 atau 2010 tahun yang lalu? Saya meraguinya. Al Quran surah Maryam ayat ke 25 memerintahkan Maryam supaya mengegarkan pohon kurma yang berada di sisinya untuk mendapatkan rutob (kurma segar) untuk makanan sebaik sahaja Isa Ibnu Maryam dilahirkan. Tapi boleh ke pohon kurma berbuah dalam bulan Disember yang bersalji?
Biasanya kurma akan masak ranum dalam musim panas atau selewat-lewatnya musim luruh bagi negeri-negeri yang mempunyai empat musim termasuk negeri-negeri beriklim mediterranean seperti Palestine. Maka di lembah Baitul Laham, tempat di mana ulamak sepakat mengatakan tempat lahirnya Nabi Isa AS (Jesus), atau di Nazareth, mengikut orang-orang Kristian, peristiwa masak ranumnya kurma supaya mudah disunting oleh Maryam pastinya berlaku lebih awal dari musim sejuk. Kalau kita imbas peristiwa penangkapan musuh nombor wahid Amerika, Saddam Hussein yang hanya dihebohkan pada Disember 2003, terdapat keraguan tarikh sebenar arwah Saddam ditangkap dan siasatan bebas menunjukkan bahawasanya arwah Saddam sebenarnya telah ditangkap 2-3 bulan sebelum itu. Ini mungkin benar dan dapat dikenalpasti dengan pemerhatian teliti pada gambar lokasi 'lubang tikus' yang berlatarbelakangkan kebun kurma di Tikrit walaupun terdapat penafian sebenarnya dia telah dibelot oleh saudara sendiri dan diberi dadah untuk ditangkap oleh askar Amerika.