Monday, September 20, 2010

UPSR 2010


Untuk anak sulung kami Siti Sarah, selamat menduduki perperiksaan UPSR bermula esok 21 September 2010 dan PSRA bermula minggu hadapan.

Buatlah yang terbaik dan sedaya upayamu manakala selebihnya bertawakkal kepada Allah, Pemberi kejayaan.

Ingatlah pesanan ini: bacalah surah Alam Nasyrah ketika mula memasuki kelas dan ketika menunggu bermulanya perperiksaan. Bersolawat ketika terlupa. Bersyukur dengan menyebut Alhamdulillah selesai menjawab semua soalan.

Doa ibu dan abah mengiringi kejayaanmu.

Wednesday, September 8, 2010

'Eid Mubarak 1431H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah: 185)

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan al-Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin diucapkan kepada pengunjung Nani's Place yang dihormati terutamanya kepada Atuk dan Uwan di TDS, Tok di Seremban, Paklong dan keluarga di Melaka, Pakngah dan keluarga di BBS, Paknjang dan keluarga di Gombak, Pakndak dan keluarga di KD, Pakteh dan keluarga di KD, Pakcik dan keluarga di Subang, Maklong Faridah dan keluarga di Sri Damansara, Pakngah Penang dan keluarga di Seberang Jaya dan Maklang dan keluarga di Seremban.
 
Tidak ketinggalan pak-pak saudara dan mak-mak saudara serta saudara-mara dan sahabat handai yang lain.

Tuesday, September 7, 2010

Hadi - Aku bukan Yuna

CT & Hadi
Itu Siti Fatimah dukung Hadi, bukan Yuna Decorate. CT is the first granddaughter and i remember her visit to this very house 18 years ago or so was with a bang. She just didn't like to come here. Itu dulu laa.. 20 years later a lot has changed. Meet the second and the twenty sixth. Read what she wrote in http://azzahrahh.blogspot.com/2010/08/kecilcomelgeramtembam.html.

Monday, September 6, 2010

Ayam organik HPA - daun mambu ganti vaksin

Pastikan rendang raya kali ini menggunakan ayam organik Radix
Umat Islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk, ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Sunday, September 5, 2010

Atuk is 73

Irbid, Jordan 4 June 2005
Atuk, Hj Abu Talib sudah menjangkau 73 tahun mengikut tahun Hijriah. Lahir pada hari Isnin, 19 Rejab 1358 atau bersamaan 4 September 1939. Kita yang sudah biasa dengan tahun masihi menyambut birthday Atuk pada hari ini.

Hudaibiah, 29 Mei 2005
Atuk sememangnya begitu rapat dengan anak-anak kami bermula dengan Sarah yang pernah didukungnya sambil tawaf dan saie ketika mengunjungi Tanah Suci pada 1999. Ketika Umrah 2005 kami bersama-sama mencari Amirul yang hilang dari pandangan mata.

4 Feb 2006, doa untuk Ariff
Yang pastinya, kehadiran cucu-cucu semuanya 'diproses' Atuk dari tahnik sampailah ke menanam urinya.

22 Julai 2010, doa untuk Hadi
Atuk & Amirul, imej 27 April 2004

Gua Ashabul Kahfi, Jordan, 4 June 2005
Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan kedua-dua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami ketika kami masih kecil. Amin Ya Rabbal Alamiin.
7 April 2006, Amirul bermalam di BA

Friday, September 3, 2010

Lychee sodap ni


Bestnya..especially yang dalam tin kuning tu. Tapi:
KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include:

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Astaghfarlah kita banyak2. Entah berapa kilo dan benda2 ni espsecially buah Lychee tu yg dah kita telan dgn begitu lazat.Tau-tau adalak campur benda2 haramtu..Tak tau nak makan apa dah. macam2 lani..makan biscuti ada melamine.. makan buah2 dlm tin ada extract khinzirlah.

Apapun kita hati2lah jgn beli dan suapkan ke mulut kita dan anak2. Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website http://www.halaljakim.gov.my/.

HARAP DIHEBAHKAN & BOIKOT ........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...