Thursday, April 26, 2012

ABIM sokong BERSIH 3.0


Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyeru golongan "pencinta kebenaran" supaya turut sama menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya Amidi Abdul Manan turut menyatakan sokongan ke tuntutan yang dikemukakan oleh penganjur perhimpunan itu.

"Abim menyeru setiap rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan agar sama-sama turun secara aman untuk menghadiri Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, untuk sama-sama menzahirkan keprihatinan mereka terhadap masa depan negara yang tercinta ini," katanya.

Katanya lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu bersikap lebih proaktif dan serius dalam menangani aduan dan juga tuntutan oleh gabungan pertubuhan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH 2.0) itu.

"Kegagalan berbuat demikian hanya akan mengeruhkan suasana politik semasa serta bakal menjejaskan peranan pilihan raya umum ke-13 sebagai wahana pengurusan perbezaan pendapat serta aliran politik secara harmoni dan berkesan," katanya.

Wednesday, April 25, 2012

Auntie Bersih seru golongan tua sokong BERSIH 3.0

Anne Ooi, yang lebih dikenali sebagai 'Auntie BERSIH', menggesa golongan tua keluar beramai-ramai Sabtu ini bagi menyokong desakan BERSIH bagi pilihan raya yang bersih dan adil.

Dalam klip video yang disiarkan di Facebook Ahad lepas, Anne, 66, menyeru mereka bangkit menyokong perhimpunan tersebut.

Tuesday, April 10, 2012

Kisah Pengundi Hantu di Marang


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7Niq0UisWtQ73GtZLH_m970HeV93fcUnjFwUKhyphenhyphenutQdzg_APjpBEsSSowWDM_q8pv7i3JmqIpuWPGpkDg-bfePvAUNRTdTZXu2TBgAOnd5bh8asgpzqnIOpvWURx2M4hiOFhsc-xrNSg4/s1600/Pengundi+Hantu+Marang.jpg
Pada Pilihanraya 1990, Timbalan Yang Dipertua PAS (skrg Presiden PAS), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memenangi kerusi Parlimen Marang dgn majoriti 116 undi.

Rupanya, Haji Hadi sepatutnya kalah dlm pilihanraya tersebut kerana terdapat lebih 3000 pengundi hantu yang didatangkan dari beberapa buah kilang sekitar Parlimen Pekan. Pada hari mengundi, kira2 200-300 orang telah berjaya dihalang dari mengundi oleh petugas2 PAS. Kira2 12 buah teksi serta 2-3 buah bas berjaya ditahan dari mengundi. Sekiranya pengundi2 hantu dari Pekan tersebut tidak ditahan, nescaya Tuan Guru Haji Hadi akan kalah di kerusi Parlimen Marang pada tahun 1990 itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...