Thursday, June 28, 2012

Kelebihan Nisfu Syaaban


El Paso, USA

Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَتَدْرُونَ لِمَ سُمِّيَ شَعْبَانَ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ِلأَنَّهُ يَتَشَعَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ.

Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.

Firman Allah,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ.

Yang bermaksud, Pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Al-Dukhaan: 4

‘Ikrimah dan sebahagian ulamak tafsir menjelaskan bahawa perkataan malam pada ayat ini bermaksud malam nisfu syaaban.
                                           
Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.

Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini…sehinggalah terbitnya fajar.

(Riwayat Ibnu Majah)

Monday, June 25, 2012

Era baru di Mesir


Rakyat Mesir beramai-ramai sujud syukur di Dataran Tahrir sejurus selepas Dr Muhammad Mursi, Pemimpin Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) diisytiharkan pemenang pusingan kedua pemilihan presiden.

Keputusan rasmi pemilihan presiden Mesir
Sejarah tercipta - runtuhnya pemerintahan Firaun era moden. Adakah PRU 13 juga akan mencipta sejarah yang lebih hebat di Malaysia dengan runtuhnya kerajaan Mahafiraun.



Sunday, June 17, 2012

Majlis Amal Hi-Tea Seri Al-Huda Di Hatiku


BismillahirRahman nir Rahim...

Majlis Amal Hi Tea Seri Al-Huda akan diadakan pada hari Sabtu 30 Jun 2012 bertempat di Restoran Nelayan Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha pihak sekolah menjana dan menambah kutipan dana bagi tujuan penubuhan Kompleks Pendidikan Seri Al-Huda.

D samping menikmati "Hi-Tea", para penderma akan disajikan dengan pelbagai acara menarik antaranya sesi bersama Ustaz Don Daniyal (semalam dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di Malaysia) dan sesi bersama Chef Ismail. Di samping itu, slot hiburan nasyid bersama Kumpulan Zaidan juga akan memeriahkan suasana juga aktiviti lelongan dan jualan amal di perkarangan restoran turut diadakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...