Sunday, September 23, 2012

Friday, September 21, 2012

Himpunan sejuta umat 21 Sept 2012


Demo sedang berlangsung sekarang di US Embassy, Jalan Tun Razak. Siaran langsung di sini www.ustream.tv.

Amanat TG Nik Aziz:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah SAW. Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.
...
Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun. Di dalam masa yang sama, ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Wednesday, September 12, 2012

Felda oh Felda

Setakat 1.00 hari ni 11 Sept, saham Felda di paras RM4.58 se unit
Felda's Publicity department is said to have spent a total of RM494,560 on prime minister Najib Razak’s Hari Raya greeting cards, said whistleblower group National Felda Settlers’ Children association chairman Mazlan Aliman. Read more here.

FGVHB - Bukti peneroka dikhianati makin terserlah - Maka pada tarikh puaka 28 Jun 2012 tercatatlah di dalam sejarah Malaysia satu lagi pengkhianatan besar oleh pemimpin Melayu ke atas umat Melayu. Kali ini dalam bentuk penggadaian tanah perladangan yang telah diusahakan peneroka Felda berabad-abad lamanya bersama-sama dengan rangkaian perniagaan yang dibina di atas biaya wang peneroka kepada kapitalis rakus yang tidak pernah mencurah barang setitik keringat pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah ladang luas terbentang. Baca lagi di sini.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa peneroka yang terpaksa membuat pinjaman bagi membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) kini mengalami kerugian.

Pengerusinya Mazlan Aliman mendakwa, pengurus bank yang dirujuk persatuan itu menyatakan bahawa harga saham pada RM4.70 merupakan had di mana peneroka akan mula mengalami kerugian.
Penasihat ekonomi ANAK Dr. Rosli Yaakob pula menjelaskan perkara itu disebabkan dividen pada tahap harga berkenaan tida mencukupi untuk menampung pinjaman yang dibuat peneroka.

Tuesday, September 11, 2012

Ini kerja Najib tika saham Felda merudum

Iqwal: lagu Anak Kampung
Tatkala peneroka Felda mula menangis menanggung kerugian kejatuhan saham, Najib & Rosmah bergumbira menyanyikan lagu "Anak Kampung" dengan Iqwal sebab janji dah pun ditepati.

Harakahdaily: Video klip yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datik Seri Rosmah Mansor menari dan menyanyi di majlis Aidilditri beliau kini mula mendapat tarikan ramai. Video klip yang turut memaparkan Datuk Seri Rais Yatim dan isteri mula disebarkan melalui Youtube tetapi dengan link yang terhad. "This video is unlisted. Only those with the link can see i".

Ia memaparkan bagaimana seorang penyanyi baru, Iqwal Hafiz menyanyi lagu "Anak Kampung" dengan diiringi tarian oleh Najib, isteri dan rakan-rakannya. Untuk menonton video ini, sila klip di sini. Namun selepas disiarkan Harakahdaily, link ke laman itu telah dikeluarkan oleh pemiliknya.

Namun ia boleh dilihat di sini pula.

Monday, September 10, 2012

World in green

Flouresecnt bulb moon by Chinese artist, Wang Yuyang
Man-made technology is great, but Mother Nature is the greatest inventor of them all -- and scientists are discovering new ways to take advantage of the tools found in nature. Take, for example, a team of researchers from Vanderbilt University who developed a solar cell using the photosynthetic protein found in spinach.

Saturday, September 8, 2012

iPhone 5 - It's almost here


Following weeks and rumors of speculation, Apple has announced a media event for Wednesday, September 12th. Above is the invitation that reads “it’s almost here” (via Peter Ha). Obviously, the huge ’5 shadow seems to indicate that the new iPhone will be called the ‘iPhone 5.

Friday, September 7, 2012

Saham FGV jatuh bawah paras psikologi


Harga saham syarikat perladangan gergasi Felda, Global Ventures Holdings Bhd (FGV), telah jatuh di bawah paras psikologi RM5, apabila ditutup pada harga RM4.77 hari ini, dan dijangka mencetuskan satu lagi pusingan debat mengenai kontroversi penyenaraiannya Jun lalu.

Harga sahamnya telah berlanjutan merosot sejak pertengahan bulan Julai - dengan berkisar sekitar paras RM5 dalam tempoh sebulan lalu.

Bagaimanapun, saham FGV merosot 15 sen kepada RM4.85 selepas dibuka pada harga RM5 dalam dagangan awal pagi Rabu.

Tuesday, September 4, 2012

Antara pijak gambar & kencingkan gambar


Satu Malaysia kecoh. Semua menteri termasuk Prof UMNO komen cakap pembangkang pijak gambar DS Najib. Kalau orang BN buat takpa pula ye. Agak-agak keluar tak gambar 2 tu kat dalam TV.
Yang pasti: 

1) Aku mengutuk sesiapa yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

2) Aku juga mengutuk mereka yang telah kencing gambar Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz.

Aku mengutuk semua lambang-lambang perbuatan rendah akhlak ini. Anda pula bagaimana? Adakah anda bersetuju akan perkara nombor 1 dan buat-buat tak tahu akan hal nombor 2 tersebut?
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...