-------------------------------------------
Seorang peguam kanan dan anaknya, yang juga seorang peguam, menjadi tumpuan ekoran pendedahan terbaru oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan berhubung apa yang didakwa berlaku berkaitan dengan akuan bersumpah (SD) kedua bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Ini telah
didedah dalam satu siri pendedahan oleh Deepak, yang mendakwa terlibat
mendapatkan PI Bala membuat SD kedua, selepas menandatangani SD pertama yang
mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita
warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.