Tuesday, March 25, 2014

Video pesawat mungkin ditembak oleh jet


Tersebar di alam siber sejak beberapa hari lalu sebuah video radar yang dimuatnaik ke youtube memaparkan pergerakan MH370 dari KLIA ke titik ia hilang dan di dalam video itu juga didapati terdapatnya pesawat jet yang bergerak hampir selari dengan MH370. 

Di dalam video berkenaan juga didapati di satu ketika, jet yang bergerak di sebelah timur pesawat MH370 itu telah bergerak dengan lebih laju dan tiba-tiba jet itu "hilang" dari peta sebelum terputus hubungan pesawat MH370 dengan radar.

Satu hal yang serius ditimbulkan oleh video berkenaan apakah jet itu digunakan untuk menembak pesawat MH370? Dan jika ditembak kargonya, oleh kerana disitu terdapatnya bateri lithium ion, sudah pastinya ia meletup dan terbakar yang menyebabkan pesawat itu tidak lagi terkawal apabila gas beracun telah memenuhinya. Tembakan itu juga adalah dikatakan untuk menghuru-harakan radar.

Teori kebakaran pesawat ini pernah GB bangkitkan di SINI.

PAS kecam keras hukuman mati ke atas 529 ahli Ikhwanul Muslimin


Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengecam dengan sekeras-kerasnya keputusan sebuah mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli-ahli Ikhwanul Muslimin termasuklah terhadap Mursyid Am Ikhwan Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang di reka cipta. Ini dilihat sebagai salah satu tindakan mendadak secara keras ke atas pergerakan Ikhwanul Muslimin.
 
Kes ini melibatkan perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh. Apa yang berlaku menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi.
 
Kami menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi politik yang telah mendokong dan menyertai piliharanya dalam sistem demokrasi di Mesir.
 
Kami menggesa badan kerjasama antarabangsa seperti PBB, Liga Arab dan OIC mencontohi tindakan Afrika yang menggantung keahlian Mesir sebagai anggota kesatuan Afrika kerana menceroboh demokrasi dan secara jelas membunuh rakyatnya sendiri.
 
PAS mengutuk perancangan terlaknat ini. Walaupun berlainan geografi, namun kita tetap bersolidariti dengan saudara-saudara seangkatan kita di Mesir. Inilah realiti cabaran kita, gerakan Islam akhirnya pasti menjadi sasaran utama golongan pengkhianat.
 
Insiden ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya boleh berkembang menjadi krisis yang lebih besar dan berterusan termasuk ke peringkat antarabangsa kerana Terusan Suez di Mesir merupakan antara laluan utama perkapalan dunia. Jika krisis dalaman yang boleh mengganggu perjalanan kapal sudah tentu keperluan utama seperti makanan dan minyak akan tersekat dan memberikan impak terhdap pasaran dunia.
 
Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Sementara itu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Dr Mohammed Morsi kelmarin.

Kronologi kehilangan penerbangan MH370 (Updated)


Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang masuk hari ke-13 hari ini, mungkin terungkai tidak lama lagi.

Petunjuk terbaru ialah dua objek yang dikesan menerusi imej satelit Australia di bahagian selatan Lautan Hindi, dilaporkan mungkin serpihan pesawat yang hilang pada 8 Mac bersama-sama 239 orang di dalamnya.

Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:

8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

*8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Bharu, Kelantan. 

MH370: Salam Takziah, keluarga kru dan penumpang


Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Berakhir kisah cemas pesawat ‪#‎MH370‬ selama lebih dua minggu. Pohon doa agar semua mangsa dirahmati Allah. Juga pohon ketabahan dan kesabaran buat anggota keluarga mangsa.


Monday, March 24, 2014

AZIZAH angkat sumpah Adun, 7 April depan


Walaupun dibayangi peristiwa kehilangan pesawat MH370, PKR berjaya mendapat kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang apabila berjaya meningkatkan peratusan undinya, walaupun majoritinya kurang berbanding pilihan raya umum lalu di samping berjaya menembusi kubu kuat Umno di kawasan majoriti Melayu.


Dalam PRK Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya meningkatkan jumlah undinya kepada 59.43% berbanding 57.99% daripada jumlah undi keseluruhan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Thursday, March 20, 2014

MH370 - Day 13


Pasukan Austalia menjalankan operasi memeriksa kawasan di kawasan selatan Lautan Hindi selepas satelitnya mengesan dua objek yang disyaki sebagai bahagian kapal terbang di lokasi tersebut.



Ia dikesan pada kedudukan 2,500 kilometer dari barat daya Perth di pantai barat negara itu, kata pengurus besar badan tersebut John Young dalam sidang media yang diikuti melalui Internet.

Ditanya sekiranya objek tersebut kelihatan seperti bahagian kapal terbang, Young berkata: "Apa yang kita cari ialah pengesahan bahawa ia milik pesawat itu atau tidak"

The search of MH370 - Day 13





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...