Add caption |
Updated Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan Limpah KurniaNya, atlet-atlet SERI Al Huda telah berjaya memperoleh beberapa buah pingat sempena dengan Majlis Ihtifal Sukan Kebangsaan SERI/SEMI YTP kali ke-15 yang diadakan pada 13 Mac yang lalu. Berikut adalah pingat yang dimenangi oleh mereka:-
IHTIFAL SUKAN KEBANGSAAN SERI/SEMI YTP KALI KE-15 akan diadakan pada 13 hingga 16 Mac 2015 (Jumaat hingga Isnin) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Murid-murid telah menunjukkan kesungguhan untuk memperoleh kejayaan dalam setiap sesi latihan yang telah diadakan semenjak sebulan yang lalu. Kerjasama yang diberikan oleh guru sebagai jurulatih, dan ibu bapa yang sering membantu telah mencetuskan semangat kesukanan untuk murid-murid ini menempa kejayaan.
Emas : Renang Lelaki - Amirul Hakimi
Perak : Lontar Peluru Lelaki dan Badminton Beregu Perempuan
Gangsa : Lari 4x100m Lelaki, Ping Pong Perseorangan Lelaki dan Ping Pong perseorangan Perempuan
Sekalung tahniah kepada murid yang telah berjaya, juga tidak lupa ucapan terima kasih buat guru selaku jurulatih dan ibu bapa yang sentiasa membantu. Kepada yang kurang berjaya, janganlah berputus asa. Sesungguhnya usaha anda amat kami hargai...
-------------------------------------IHTIFAL SUKAN KEBANGSAAN SERI/SEMI YTP KALI KE-15 akan diadakan pada 13 hingga 16 Mac 2015 (Jumaat hingga Isnin) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Murid-murid telah menunjukkan kesungguhan untuk memperoleh kejayaan dalam setiap sesi latihan yang telah diadakan semenjak sebulan yang lalu. Kerjasama yang diberikan oleh guru sebagai jurulatih, dan ibu bapa yang sering membantu telah mencetuskan semangat kesukanan untuk murid-murid ini menempa kejayaan.