Monday, September 20, 2010

UPSR 2010


Untuk anak sulung kami Siti Sarah, selamat menduduki perperiksaan UPSR bermula esok 21 September 2010 dan PSRA bermula minggu hadapan.

Buatlah yang terbaik dan sedaya upayamu manakala selebihnya bertawakkal kepada Allah, Pemberi kejayaan.

Ingatlah pesanan ini: bacalah surah Alam Nasyrah ketika mula memasuki kelas dan ketika menunggu bermulanya perperiksaan. Bersolawat ketika terlupa. Bersyukur dengan menyebut Alhamdulillah selesai menjawab semua soalan.

Doa ibu dan abah mengiringi kejayaanmu.

Wednesday, September 8, 2010

'Eid Mubarak 1431H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah: 185)

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan al-Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin diucapkan kepada pengunjung Nani's Place yang dihormati terutamanya kepada Atuk dan Uwan di TDS, Tok di Seremban, Paklong dan keluarga di Melaka, Pakngah dan keluarga di BBS, Paknjang dan keluarga di Gombak, Pakndak dan keluarga di KD, Pakteh dan keluarga di KD, Pakcik dan keluarga di Subang, Maklong Faridah dan keluarga di Sri Damansara, Pakngah Penang dan keluarga di Seberang Jaya dan Maklang dan keluarga di Seremban.
 
Tidak ketinggalan pak-pak saudara dan mak-mak saudara serta saudara-mara dan sahabat handai yang lain.

Tuesday, September 7, 2010

Hadi - Aku bukan Yuna

CT & Hadi
Itu Siti Fatimah dukung Hadi, bukan Yuna Decorate. CT is the first granddaughter and i remember her visit to this very house 18 years ago or so was with a bang. She just didn't like to come here. Itu dulu laa.. 20 years later a lot has changed. Meet the second and the twenty sixth. Read what she wrote in http://azzahrahh.blogspot.com/2010/08/kecilcomelgeramtembam.html.

Monday, September 6, 2010

Ayam organik HPA - daun mambu ganti vaksin

Pastikan rendang raya kali ini menggunakan ayam organik Radix
Umat Islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk, ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Sunday, September 5, 2010

Atuk is 73

Irbid, Jordan 4 June 2005
Atuk, Hj Abu Talib sudah menjangkau 73 tahun mengikut tahun Hijriah. Lahir pada hari Isnin, 19 Rejab 1358 atau bersamaan 4 September 1939. Kita yang sudah biasa dengan tahun masihi menyambut birthday Atuk pada hari ini.

Hudaibiah, 29 Mei 2005
Atuk sememangnya begitu rapat dengan anak-anak kami bermula dengan Sarah yang pernah didukungnya sambil tawaf dan saie ketika mengunjungi Tanah Suci pada 1999. Ketika Umrah 2005 kami bersama-sama mencari Amirul yang hilang dari pandangan mata.

4 Feb 2006, doa untuk Ariff
Yang pastinya, kehadiran cucu-cucu semuanya 'diproses' Atuk dari tahnik sampailah ke menanam urinya.

22 Julai 2010, doa untuk Hadi
Atuk & Amirul, imej 27 April 2004

Gua Ashabul Kahfi, Jordan, 4 June 2005
Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan kedua-dua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami ketika kami masih kecil. Amin Ya Rabbal Alamiin.
7 April 2006, Amirul bermalam di BA

Friday, September 3, 2010

Lychee sodap ni


Bestnya..especially yang dalam tin kuning tu. Tapi:
KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include:

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Astaghfarlah kita banyak2. Entah berapa kilo dan benda2 ni espsecially buah Lychee tu yg dah kita telan dgn begitu lazat.Tau-tau adalak campur benda2 haramtu..Tak tau nak makan apa dah. macam2 lani..makan biscuti ada melamine.. makan buah2 dlm tin ada extract khinzirlah.

Apapun kita hati2lah jgn beli dan suapkan ke mulut kita dan anak2. Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website http://www.halaljakim.gov.my/.

HARAP DIHEBAHKAN & BOIKOT ........

Sunday, August 29, 2010

One Egyptian visits Three Amiruls

From left: Amirul Ariff 4, Amirul Hakimi 7, Abu Bakar 20, and Amirul Hadi 1 month
So that's the first one visits the latest or rather the last one. Abu Bakar is the first grandson from the first son, born in 1990 while Amirul Hadi is the 26th born to the fourth son in 2010, 20 years later.

Tuesday, August 17, 2010

Crocs

Bagaimana? Ada sesuatu yang mencurigakan? Sudah pasti ada yang berkata :"Ah..ada-ada saja kamu. Tidak ada yang pelik kurasakan. Hanya logo buaya yang comel. Tidak lebih dari itu."

Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola. Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin, akan tertera perkataan bahasa Arab: La Mecca, La Muhammad. Apa maksudnya? Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW. Baiklah, lihat gambar di bawah. Logo Crocs yang dilampirkan di atas diterbalikkan beberapa darjah:


Sudah bisa melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi.

Friday, August 13, 2010

1Purnama Amirul Hadi

Esok huaa..dah sebulan pun..
Hari ni 3 Ramadhan 1431. Begitu pantas masa berlalu. Kini Amirul Hadi telah genap sepurnama bulan qamariah. Telah sepurnama juga abah dan ibu dengan bantuan atuk dan uwan bertungkus lumus menguruskan urusan seharian.
Hadi..sleeping like a baby
Esok 14 Ogos bersamaan 4 Ramadhan 1431 Amirul Hadi akan kembali ke KBMC untuk first appointment.

mana atuk..

Sunday, August 8, 2010

My Name is ...

(ramadan.co.za) Nearly a billion and a half Muslims worldwide this week begin the annual holy month of Ramadan
Salam...my name is Sya'aban. I am advising you that my neighbour Ramadhan will be visiting you soon with his wife Rezqi and two children Sahur and Iftaar. They will be accompanied by three grandchildren Rahmat, Barakat and Taubat, they will leave after thirty days by Eid airlines. Treasure them and you will be blessed. Ramadhan mubarak...may this coming Ramadhan bring lots of Nur in your life...


Nearly a billion and a half Muslims worldwide this week begin the annual holy month of Ramadan, a time of prayer and fasting that commemorates the divine revelation received by the Prophet Mohammed (PBUH).

Ramadan is the ninth month of the Muslim Hijri calendar, during which the faithful abstain from eating, drinking, smoking and having sex during daylight and, in the evening, eat small meals and visit friends and family.

It is a month of piety, alms-giving and fasting in order to instil the body and spirit with the rigours of abstinence, a time of worship and contemplation and to strengthen family and community ties.

Observing Ramadan is one of the five pillars of Islam, the others being the shahada or profession of faith, the obligation to pray five times a day, the giving of alms or zakat and going on pilgrimage to Mecca, the hajj.

The onset of Ramadan, which is determined by observing the crescent moon or by astronomical calculations, can vary from country to country.

Thursday, July 22, 2010

My name is Amirul Hadi

Amirul Hadi - lahir pada 4.21 ptg. Khamis, 3 Syaa'ban 1431
Tawassalna bi Bismillah
Wa bil HADI Rasulillah
Wa kulli Mujahidillillah
Bi Ahlil Badri Ya Allah

Sila baca The Chronicles of Amirul Hadi di sini.

Tuesday, July 20, 2010

Baby's Coming Home

Khamis, 3 Sya'aban 1431. Semuanya berlaku begitu pantas. Penantian sembilan bulan berakhir abruptly dan hadirmu sekelip mata. Cuma dua jam di dalam labour room itu. 4.21 p.m. Ya Allah, anugerahkanlah kami dari sisiMu zuriat yang baik sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa. Alhamdulillah, anugerah Ilahi ini kami seisi keluarga terima dengan penuh rasa syukur dan amat gembira. Kakak-kakakmu Sarah dan Hajar dan abang-abangmu Amirul dan Ariff masih dalam perjalanan pulang dari sekolah. Tidak sabar menanti kehadiranmu, adik lelaki yang baru. 5.15 p.m. Azan dan iqamah seperti suruhan Nabi. Ya Allah berikanlah kami rezeki untuk mengikuti sunnah Nabi - segalanya - dari awalnya hingga akhirnya, zahirnya dan batinnya.

Jumaat, 4 Sya'aban 1431. 12.10 p.m. Dah selesai bersunat, satu lagi sunnah kenabian. Dari corong speaker Masjid Jamek Kampung Baru Sheikh Ali Huzaifi mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran menantikan waktu solat. Lahirnya abangmu Ariff dulu tika azan berkumandang.

4.10 p.m. Tiba masa untuk pulang. Urusan di Al-Islam Specialist Hospital telah selesai. 4.45 p.m. Baby is coming home. Diiringi bacaan doa oleh Atuk dan didahuluhi dengan salam - seperti biasa - melangkah masuk. Uwan yang semakin pulih menanti dengan gembira. Atuk melaksanakan Tahnik dengan kurma dan air zam-zam yang diberkati. Dari Abu Burdah daripada Abu Musa r.a. maksudnya: "Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma."

Oh ya, rupanya sempat juga Onyang melihatmu, the 4th generation.

Thursday, July 15, 2010

Baby's coming

12.10 p.m. Sepatutnya hari ni cuma checkup rutin tapi doktor nasihatkan supaya terus masuk wad. Kini berada di Wad 102, Hospital Al Islam (KBMC).

3.10 p.m. Masuk ke OT.

Tuesday, July 13, 2010

Onyang tiba lagi


Ahad. Ke Pasar Road, round-round depan Times Square kemudian ke The Mall. Order spaghetti bolognaise. Amirul suka betul makan italian food ni. Ariff suka dadih. Solat di surau tingkat 4. Beli baju raya - raya awal tahun ni. Beli baju baby - hadirmu dinanti. Balik rumah rupanya Onyang tiba lagi. Taktau samada Onyang akan stay menunggu lahirnya cicit yang entah keberapa...the fourth generation.

Monday, July 12, 2010

Pakngah @ HKL

Sabtu, 10 Julai 2010 - Ini hari ke 4 pakngah di hospital gara-gara langgar lari pada pagi 7 Julai lepas. Kak Mona yang turut terhumban sama sudah mula tersenyum ketika kami mengunjungi rumah mereka pada Jumaat apa taknya atuk siap supply dua jug air soya lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...