Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah: 185)
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Ramadhan al-Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin diucapkan kepada pengunjung
Nani's Place yang dihormati terutamanya kepada Atuk dan Uwan di TDS, Tok di Seremban,
Paklong dan keluarga di Melaka, Pakngah dan keluarga di BBS,
Paknjang dan keluarga di Gombak,
Pakndak dan keluarga di KD,
Pakteh dan keluarga di KD, Pakcik dan keluarga di Subang, Maklong Faridah dan keluarga di Sri Damansara, Pakngah Penang dan keluarga di Seberang Jaya dan Maklang dan keluarga di Seremban.
Tidak ketinggalan pak-pak saudara dan mak-mak saudara serta saudara-mara dan sahabat handai yang lain.