Setakat ini, Cosmos World @ Berjaya Times Square masih menjadi tempat kunjungan kami di setiap musim cuti sekolah. Sejak Sarah di bangku tadika lagi, sampailah sekarang (dah nak masuk Tingkatan 1), masih lagi Cosmos World menjadi pilihan utama. Saya dah menjangka, kunjungan kami kali ini, Sarah tentu akan menaiki roller coaster, memandangkan sebelum ini, ketinggian Sarah belum cukup untuk menaikinya.
Kesemua permainan yang lain telah dirasai berkali-kali oleh Sarah kecuali yang satu inilah. Akhirnya hajatnya tercapai, nekad beratur sambil tersenyum simpul, teruja dan nampak sedikit gementar. Hajar masih belum berani menyertai Sarah merasai thrill roller coaster, setakat 'odd express', 'spinning orbit', 'bumper car' bolehlah bagi Hajar, tapi tidak untuk roller coaster, awal-awal lagi dia dah surrender.
Hari itu memang memenatkan, Hadi macam biasa, aktiviti tidur bagi bayi seusia Hadi menjadi agenda utama walaupun keadaan sekeliling riuh rendah. Dapat juga Hadi enjoy 'merry-go-round' dan 'crazy bus' khas untuk kanak-kanak yang lebih kecil. Amirul dan Ariff paling kurang 5 kali naik 'bumper cars' dan 'beez drive.'
Yang ironiknya semasa melangkah kaki sebagai junior QS di Hashim dan Lim Sdn. Bhd., Berjaya Star City atau sekarang dikenali sebagai Berjaya Times Square adalah projek pertama yang saya take-off.
Estimated Contract Sum masa tu adalah RM950 juta menjadikan ia projek terbesar Hashim dan Lim. Sebelum resign dari HDL pada 2006, seingat saya, Anticipated Final Contract Sum plus 'perubahan kerja' mencecah 1.2 Billion bagi projek The Star City@ Times Square. Memang, this was the biggest project handled by my entire Hashim dan Lim Sdn. Bhd office, and now, my kids are enjoying their day right here at Berjaya Times Square.