El Paso, USA |
Dalam Raudatul Ulamak
dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَتَدْرُونَ لِمَ
سُمِّيَ شَعْبَانَ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ِلأَنَّهُ
يَتَشَعَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ.
Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini
dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui.
Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak
kebaikan padanya.
Firman
Allah,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ
أَمْرٍ حَكِيمٍ.
Yang bermaksud, Pada
malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang
mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Al-Dukhaan:
4
‘Ikrimah dan
sebahagian ulamak tafsir menjelaskan bahawa perkataan malam pada ayat ini
bermaksud malam nisfu syaaban.
Di sini dinyatakan
kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,
قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ
فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ
فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ
مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى
فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
Yang bermaksud, Rasulullah
saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah
malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir)
padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya
terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat
orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat
orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya
begini…sehinggalah terbitnya fajar.
(Riwayat Ibnu Majah)