Selamat Hari Jadi buat Hajah Zainab binti Ahmad (70) & Amirul Ariff bin Hasbullah (7). Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kasih sayang Mu buat ibu mertuaku agar dapat beliau meneruskan hidup dengan tenang dan damai. Ya Allah, jadikanlah Amirul Ariff anak yang soleh yang bakal menolong kami meraih syurgaMu. Selamat Hari Lahir Uwan dan Ariff.
Saturday, February 2, 2013
Wednesday, January 16, 2013
Ya Nabi Salam Alaika
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
4 Rabiulawwal 1434 Hijrah. Hari ke-4 bulan Rabiulawwal, bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. telah menjelma. Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. seharusnya kita membaca dan sentiasa meneliti sirah perjuangan baginda bagi mewujud dan menyemai rasa cinta kepadanya. Kisah perjuangan baginda menegakkan dan menyempurnakan risalah Allah s.w.t. patut dijadikan teladan dan pembakar semangat kepada umat Islam dalam usaha menegakkan kalimah Agung dan mengamalkan ajaran dan sunnah-sunnah baginda dalam kehidupan seharian.
( 33:56) "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
4 Rabiulawwal 1434 Hijrah. Hari ke-4 bulan Rabiulawwal, bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. telah menjelma. Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. seharusnya kita membaca dan sentiasa meneliti sirah perjuangan baginda bagi mewujud dan menyemai rasa cinta kepadanya. Kisah perjuangan baginda menegakkan dan menyempurnakan risalah Allah s.w.t. patut dijadikan teladan dan pembakar semangat kepada umat Islam dalam usaha menegakkan kalimah Agung dan mengamalkan ajaran dan sunnah-sunnah baginda dalam kehidupan seharian.
( 33:56) "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
Monday, December 17, 2012
Peguam kanan, anak dikaitkan dengan SD2 Bala
-------------------------------------------
Seorang peguam kanan dan anaknya, yang juga seorang peguam, menjadi tumpuan ekoran pendedahan terbaru oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan berhubung apa yang didakwa berlaku berkaitan dengan akuan bersumpah (SD) kedua bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Ini telah
didedah dalam satu siri pendedahan oleh Deepak, yang mendakwa terlibat
mendapatkan PI Bala membuat SD kedua, selepas menandatangani SD pertama yang
mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita
warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Friday, December 14, 2012
TG Nik Aziz menyantuni Ulama besar dunia
Tok Guru Nik Aziz mencium
tangan menyantuni Ulama' besar dari Syria, Syeikh Muhammad Ali As Sobuni yang
melawat Kelantan.
Syeikh Muhammad Ali As Sobuni telah mengarang hampir 40 kitab kitab besar termasuk yang paling terkenal tafsir Al Sobuni,yang diguna ramai umat Islam di seluruh dunia ~
Subhanallah.. Allahuakbar..
Syeikh Muhammad Ali As Sobuni telah mengarang hampir 40 kitab kitab besar termasuk yang paling terkenal tafsir Al Sobuni,yang diguna ramai umat Islam di seluruh dunia ~
Subhanallah.. Allahuakbar..
Ulama menghormati seorang ulama
yang lain...
Thursday, December 13, 2012
Ustaz Don kena tukar PA
Tidak dinafikan, nama pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid,
28, semakin meniti di bibir masyarakat. Sejak muncul dengan program 30 Minit
Ustaz Don di TV Alhijrah, ramai yang menyukai gaya penyampaian dakwahnya yang
bersahaja. Maka, tidak hairanlah ramai pihak ingin menjemput Ustaz Don di dalam
program mereka bagi mendengar sendiri ceramah disampaikannya.
Monday, December 10, 2012
Bendera PAS berkibar di Palestin sempena ulangtahun ke 25 HAMAS
Perjuangan
Hamas yang wujud di Palestin hari ini mempunyai halatuju yang sama dengan
gerakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negara ini.
Tekanan,
halangan serta ancaman yang dihadapi oleh gerakan Islam Hamas di Palestin oleh
tentera zionis Israel kerana mempertahankan Islam sama seperti yang dialami
oleh PAS di Malaysia.
Hamas
boleh bertahan dari serangan Israel meski pun tanpa persenjataan berat kerana
Islam.
Hamas
telah meletakkan asas perjuangan Islam di landasan yang betul dengan
mengharapkan kemenangan atau mati syahid.
Take Note
!!! : Gerakan Islam Hamas merupakan tunggak utama bagi mempertahankan Masjid
al-Aqsa di Palestin.
Sunday, December 9, 2012
Friday, November 23, 2012
Puasa Sunat Asyura
Raudhatul Jannah
|
Ziarah ke Masjid Nabawi tidak lengkap jika tidak mengunjungi RAUDHAH. Selain maqam Rasulullah SAW, Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab untuk diziarahi, Raudhah adalah kawasan istimewa yang harus diziarahi di Masjid Nabawi. Kawasan Raudhah adalah kawasan yang terletak di antara rumah Rasulullah SAW dengan mimbarnya, di mana terdapat lapan tiang bulat yang berwarna merah di bahagian atas dan putih di bahagian bawahnya, sementara tiang-tiang lain berwarna putih dari lantai ke bumbung.
Monday, October 29, 2012
Fenomena Ust Azhar Idrus
Kali ni InsyaAllah program Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus akang ditayangkang di salurang 106 Astro Oasis bermula November 2012. Promo program - Fenomena Ust Azhar Idrus - boleh disaksikang dalam salurang yang sama mula ditayangkang sejak beberapa hari yang lepas.
Dulu dah diwar-warkang program ini akang ditayangkang bulang Julai lepas tapi tak jadi pulok.
Wednesday, October 24, 2012
9 Zulhijjah - Puasa hari Arafah
Sunat berpuasa pada Hari Arafah, 9 Zulhijjah bagi mereka yang tidak mengerjakan haji. Jom pakat rama-ramai berpuasa esok..
---------------------------------------
Abu Qatada al-Ansari (Allah
be pleased with him) reported that the Messenger of Allah (may peace be upon
him) was asked about his fasting. The Messenger of Allah (may peace be upon
him) felt annoyed.
Thereupon ‘Umar (Allah be
pleased with him) said: We are pleased with Allah as the Lord, with Islam as
our Code of Life, with Muhammad as the Messenger and with our pledge (to you
for willing and cheerful submission) as a (sacred) commitment. He was then
asked about perpetual fasting, whereupon he said: He neither fasted nor did he
break it, or he did not fast and he did not break it. He was then asked about
fasting for two days and breaking one day. He (the Holy Prophet) said: And who
has strength enough to do it? He was asked about fasting for a day and breaking
for two days, whereupon he said: May Allah bestow upon us strength to do it. He
was then asked about fasting for a day and breaking on the other, whereupon he
said: That is the fasting of my brother David (peace be upon him). He was then
asked about fasting on Monday, whereupon he said: It was the day on which I was
bor, on which I was commissioned with prophethood or revelation was sent to
me, (and he further) said: Three days’ fasting every month and of the whole of
Ramadan every year is a perpetual fast.
He was asked about fasting
on the day of ‘Arafa (9th of Dhu’I-Hijja), whereupon he said: It expiates the
sins of the preceding year and the coming year. He was asked about fasting on
the day of ‘Ashura (10th of Muharram), whereupon be said: It expiates the sins
of the preceding year. (Imam Muslim said that in this hadith there is a)
narration of Imam Shu’ba that he was asked about fasting on Monday and
Thursday, but we (Imam Muslim) did not mention Thursday for we found it as an
error (in reporting).
Friday, October 12, 2012
Kelebihan 10 hari awal bulan Zulhijjah
Antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk
hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal
ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya.
Salah satunya ialah
10 hari yang terawal pada bulan Zulhijjah.
Beberapa dalil
daripada al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:
1. Firman Allah SWT
maksudnya:
“Demi fajar dan malam yang sepuluh.” (Al-Fajr: 1-2)
Kata Ibnu Kathir: “Yang dimaksudkan di sini ialah
10 malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas,
Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya.” HR: Imam Bukhari.
2. Daripada Ibnu
Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya;
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang 10 ini. Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” HR: Ahmad, At-Tirmizi.
3. Firman Allah
SWT, maksudnya;
“Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.” (Surah Al-Haj: 28).
“Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.” (Surah Al-Haj: 28).
Kata Ibnu Abbas RA:
Maksudnya ialah hari-hari yang 10 itu.
4. Dari Ibnu Umar
RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;
Tuesday, October 9, 2012
7 Okt dan Hajar pun 13
Siti Hajar genap 13 tahun pada 7 Oktober lepas. Kali ni kek birthday diterbangkan ke Sabak Bernam SAMTSAAS - sekolah baru Hajar sejak melangkah ke alam sekolah menengah.
Hajar macam seperti selalunya, tenang dan bersahaja walaupun sebenarya dia terkejut juga dengan kehadiran kami secara tiba-tiba di asramanya.
Kami berdoa dan berharap Hajar membesar menjadi anak yang solehah, terus cekal, tabah dan yakin pada diri sendiri, berusaha menjadi hambaNya yang dirahmati dan diberkati sepanjang hidup di sini dan di sana nanti.. InsyaAllah...Sannah Helwah Siti Hajar binti Hasbullah. Happy Birthday, Hajar, we love you each day and proud to have you as our daughter.
Sunday, September 23, 2012
A picture that tells thousand of stories
Friday, September 21, 2012
Himpunan sejuta umat 21 Sept 2012
Demo sedang berlangsung sekarang di US Embassy, Jalan Tun Razak. Siaran langsung di sini www.ustream.tv.
Amanat TG Nik Aziz:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Saya menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah SAW. Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.
...
Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun. Di dalam masa yang sama, ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Wednesday, September 12, 2012
Felda oh Felda
Setakat 1.00 hari ni 11 Sept, saham Felda di paras RM4.58 se unit |
FGVHB - Bukti peneroka dikhianati makin terserlah - Maka pada tarikh puaka 28 Jun 2012 tercatatlah di dalam sejarah Malaysia satu lagi pengkhianatan besar oleh pemimpin Melayu ke atas umat Melayu. Kali ini dalam bentuk penggadaian tanah perladangan yang telah diusahakan peneroka Felda berabad-abad lamanya bersama-sama dengan rangkaian perniagaan yang dibina di atas biaya wang peneroka kepada kapitalis rakus yang tidak pernah mencurah barang setitik keringat pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah ladang luas terbentang. Baca lagi di sini.
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa peneroka yang terpaksa membuat pinjaman bagi membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) kini mengalami kerugian.
Pengerusinya Mazlan Aliman mendakwa, pengurus bank yang dirujuk persatuan itu menyatakan bahawa harga saham pada RM4.70 merupakan had di mana peneroka akan mula mengalami kerugian. Penasihat ekonomi ANAK Dr. Rosli Yaakob pula menjelaskan perkara itu disebabkan dividen pada tahap harga berkenaan tida mencukupi untuk menampung pinjaman yang dibuat peneroka.
Subscribe to:
Posts (Atom)