Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara berperingkat-peringkat dan seterusnya menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Al Quran telah dijadikan satu kitab sebelum diberikan kepada Rasulullah melalui perantaraan Malaikat Jibril. Al Quran diwahyukan selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Dalam setiap tahun Rasulullah akan bertemu Malaikat Jibril dan membacakan bacaan Al Quran dihadapan Malaikat Jibril.
Pada awalnya Allah S.W.T menempatkan keseluruhan Al-Quran di Luh Mahfuz, iaitu satu tempat yang amat mulia dan suci. Ketika itu, Tuhan sejak awal lagi menunjukkan kemutlakan kebijaksanaanNya dengan menentukan segala apa yang tercatat disitu akan benar-benar berlaku. Keyakinan akan kemuliaan Al-Quran di Luh Mahfuz dinyatakan begitu jelas sekali dalam FirmanNya yang bermaksud :
Bahkan ia adalah Al Qur’an yang tertinggi kemuliaannya,
(lagi terpelihara dengan sebaik-baiknya) di Luh Mahfuz.
Surah Al-Buruj, 21-22
Langkah kedua ialah, ia diturunkan secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul
Izzah yang terletak di langit dunia pada malam yang penuh dengan kemuliaan, iaitu Malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan. Hal ini tercatat dalam firmanNya iaitu :
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan
Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk dan pembeza….
Surah Al-Baqarah, 185
Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran)
pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah itu
Lailatul Qadar. Ia lebih baik dari 1000 bulan.
Surah Al-Qadar, 1- 3
Ia kemudiannya diturunkan beransur-ansur kepada Rasulullah melalui perantaraan Malaikat Jibril. Peristiwa itu bermula dengan menjelmanya Malaikat Jibril dihadapan Rasulullah di Gua Hira’, tepatnya ketika Baginda berusia 40 tahun. Bagi kita semua,
Ibnu Abbas menyatakan:
Al-Quran itu diturunkan pada malam Lailatul Qadar dalam
bulan Ramadan ke langit dunia secara sekaligus, kemudian
diturunkan secara beransur-ansur.
Diadaptasi dari : http://akhi-faiz.com/indahnya-malam-nuzul-al-quran
No comments:
Post a Comment