Monday, July 7, 2014

Ramadhan Terakhir buat Amir


Selepas subuh tadi terbayang wajah Amir- Allahyarham  Mohammad Amir Rijal bin Yusoff, anak istimewa yang dikurnia banyak kelebihan....salah satu kelebihannya punya kakak yang berhati mulia, sahabatku Nor Riha Yusoff.

Justeru tadarusku pada pagi ini pahalanya khusus untukmu Amir selain sudah tentu khusus untuk Arwah abah Haji Nasir bin Ahmad juga ibuku Hajah Hamidah binti Abas yg berada di kampung...

Setelah sekian lama Amir dijaga kakak tersayang Riha, akhirnya Amir pergi mengadap Ilahi menemani Allahyarham ibu dan ayahnya yg telah dijemput Ilahi terlebih dahulu...


Tabah dan bersabarlah Riha...jerih payahmu menjaga dan membelai adikmu ini setelah ditinggalkan  ibu dan bapamu lama dahulu menjadi inspirasi buat sahabat- sahabatmu...

Dari kejauhan setiap seorang dari sahabatmu sentiasa mendoakan kesejahteraan adikmu ini yang ku yakin bersih dari sebarang dosa dan dimuliakan Allah swt di sini mahupun di sana...

Ku juga yakin, Amir, anak istimewa yang dijemput Allah di bulan mulia dan hari mulia, Jumaat 6 Ramadhan 1435H, bakal menjadi saksi atas setiap titik peluh dan pengorbananmu Riha yang menjaga dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang...tiada galang gantinya seorang kakak sepertimu Riha...hanya Allah yang akan menilai segala amalan kita semua.....

انالله وانااليه رجعون

1 comment:

  1. Beruntung arwah Amir mempunyai kakak sebaik Riha serta Abg ipar yg memahami. Semoga Allah memberi kan kalian ganjaran yg berlipat kali ganda. Amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...