Kisah yang dipaparkan di bawah ini adalah kisah sebenar seorang kenalan. Tidak pernah menjangka yang kehidupan beliau semasa kecil begitu sukar sehinggalah membaca kisah ini di dalam blog beliau. Melihatkan peribadi beliau yang begitu sederhana walaupun memegang jawatan yang tidak kurang hebatnya kini, rasa insaf dan bersyukur dengan nikmat Allah makin menjulang tinggi. Benarlah, pengalaman pahit itu mahal harganya, tidak mampu dimiliki oleh sesiapa jua, kerana pengalaman pahit itulah yang mengajar dan menentukan arah kehidupan setiap di antara kita. Sesusah manapun kehidupan kita, yang lebih penting diingati adalah, perjalanan kehidupanlah yang menentukan arah destinasi kita ke akhirat kelak. Semuga kisah yang dipetik dari blogs.iium.edu.my/martinelli menjadi pengajaran buat diri sendiri dan rakan-rakan lain.
"Rasanya seolah2 baru semalam dipimpin ibu berjalan di permatang sawah sambil membacakan seayat demi seayat surah2 lazim untuk saya hafal. Setiap hari saya menemani ibu menjaga padi dari di makan burung. Sehinggalah suatu hari, sedang asyik bermain2 dalam bendang, kedengaran panggilan ibu, “Li, cepat balik. Kita nak bertolak petang ni. Kenderaan dah dapat”. Saya tidak menyangka itulah kali terakhir saya merasa nikmat bebas bermain di sawah padi dengan teman2 sekampung. Selepas itu bermulalah perjalanan kami bertiga, ibu, kakak dan saya mencari ayah yang tidak pernah saya temui. Ibu sering menceritakan kisah sedihnya saat melahirkan saya tanpa kehadiran ayah . Waktu itu kakak kedua saya yang baru berumur 4 tahun pula sedang sakit tenat. Sehari selepas saya lahir, kakak meninggal dalam pangkuan nenek. Kata ibu, semasa melihat jari2 tangan kakak yang sedang memeluk leher nenek sudah menjadi biru tanda2 dia dalam nazak, ibu mendekatinya dan sempat berbisik ke telinga kakak, “Hanim, Mak relakan Hanim pergi. Tunggu mak dan abah di syurga nanti,ye” Selepas itu kakak terus menarik nafas terakhir. Ibu berusaha keras menahan perasaan kehilangan anak yang sedang lincah dan comel tanpa suami untuk berkongsi. Hanya 9 tahun selepas itu ibu berusaha keras mencari ayah.