TV Al-Hijrah, stesen TV pertama negara yang mengaplikasikan teknologi berdefinisi tinggi (HD) menjadi pilihan kami sekeluarga kini. Antara rancangan terbitannya yang patut ditonton adalah Madrasah Al-Hijrah, sebuah rancangan bual-bicara agama yang dikendalikan oleh seorang mursyid dan dihadiri oleh pelajar-pelajar dari IPT Malaysia. Setakat ini ramai pendakwah bebas yang dijemput untuk mengendalikan rancangan ini seperti Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang (Mursyid Imam Muda Musim Pertama), Ustaz Badlishah dan ramai lagi ulama muda yang boleh dianggap sebagai Muslim Profesional. InsyaAllah, TV Al-Hijrah memberi pilihan terbaik bagi masyarakat Islam menambah maklumat dan pengetahuan yang berkaitan Islam dan pengetahuan am.
Tuesday, July 26, 2011
Thursday, July 21, 2011
Belasungkawa: Dr Lo' lo' Ghazali
Mungkin sudah agak terlewat, entri petikan dari coretan Dr MAZA ini hanyalah sebagai tribute untuk bekas Ahli Parlimen Titiwangsa yang mana kami pernah bersama-sama membantu sedikit sebanyak dalam gerak kerja kempen ketika PRU 2008 hingga membawa kepada kemenangan sulong PAS di Kuala Lumpur.
Hajar bersalaman dengan Dr Lo'Lo - Rumah Terbuka PAS 2009, Taman Melewar |
-----------
Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.
Friday, July 15, 2011
Hadi is 1
Diam tak diam Hadi dah pun setahun. Dah besar pun. Happy birthday the small one!
Here's cake from secret recipe |
Hadi helping himself to his first cake |
A complete reversal of fortune, 1 year on |
Friday, June 24, 2011
Imam Muda- Episod Kemuncak Minggu Hadapan
Alhamdulillah, selesai episod separuh akhir Imam Muda musim kedua. Tahniah kepada Imam Muda Nazrul dan Imam Muda Hassan kerana berjaya melangkah ke episod kemuncak minggu hadapan. Walaubagaimanapun, kehebatan kelima-lima Imam Muda di episod separuh akhir tadi tidak dapat dinafikan. Masing-masing ada kelebihan tersendiri, kelebihan beberapa markah dan rezeki sahaja yang membezakan layak atau tidak layak untuk ke episod kemuncak. Doa dan harapan, semuga program ini bakal diteruskan di masa-masa akan datang dan dapat mengenengahkan lebih ramai anak muda yang berilmu, beramal dan berakhlak Islam. Sedikit sebanyak terubat kerisauan hati bila tengok masih ramai remaja Islam yang berperibadi seperti Imam Muda ini. Sesungguhnya dunia ini hanya akan terbangun apabila remaja-remajanya berilmu dan berakhlak.....Wallahualam
Monday, June 20, 2011
Hajar @ Amal Islami Daerah Gombak
Hajar juara Khat T2(P) Daerah Gombak |
Semalam, 19 Jun 2011, telah berlangsung program Amal Islami JAIS, KAMIL 2011 peringkat daerah di SRAI Sg Chincin, Gombak. SRI Al Huda @ KAFA Integrasi Bt 11 menghantar pemenang dari Zon Selayang dalam pertandingan Marhaban, Syarahan B Arab dan Khat.
Alhamdulillah, Siti Hajar muncul juara Khat T2(P) Daerah Gombak manakala Sofwah Adilin pulak di tempat kedua T2(L). SRIAH juga mendapat tempat pertama bagi Marhaban dan Syarahan B Arab.
Alhamdulillah, Siti Hajar muncul juara Khat T2(P) Daerah Gombak manakala Sofwah Adilin pulak di tempat kedua T2(L). SRIAH juga mendapat tempat pertama bagi Marhaban dan Syarahan B Arab.
Latihan Khat bimbingan Ust Mahama di sekolah Sabtu malam |
Khat yang ditampal di notis board sekolah |
Wednesday, June 15, 2011
Friday, May 27, 2011
Matahari di atas Ka`bah esok
Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama). Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam. Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunat. Jadi umat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.
Monday, May 23, 2011
Pakngah warded
Semalam lepas hantar Sarah, kami berkesempatan menziarahi Pakngah di Damai Service Hospital. Katanya, lepas ujian MRI Jumaat lepas, ada slip disc di tulang belakang. So kena buat physio lima hari dari sabtu sampai rabu.
Kami doakan pakngah segera sembuh & dapat bekerja macam biasa.
16 Korban tanah runtuh
Kesemua 25 mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam akhirnya berjaya dikeluarkan. Dari kesemua jumlah itu, 16 mangsa meninggal dunia manakala 9 yang lain berjaya diselamatkan. Mangsa terakhir dikeluarkan kira-kira jam 5.05 pagi tadi.
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua mangsa.
Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua mangsa.
Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.
Tuesday, May 17, 2011
Age is an issue?
Age is an issue of mind over matter
If you don't mind, it doesn't matter
Selamat hari lahir,
Panjang umurmu,
Perbanyakkan amalmu,
Berkat hidupmu,
Terus subur.... kebahagiaan....
di dunia..di sana jua...
Amiin
Saturday, May 14, 2011
Tuesday, May 10, 2011
Hajar @ Amal Islami
Practice makes perfect |
Hajar in action |
Kami pun menunggu pengumuman keputusan sampai zuhor tetapi kerana masalah teknikal, juri kena mesyuarat dulu sebelum keputusan pemenang bagi tahap 2 lelaki dan perempuan yang hanya diumumkan pada Selasa. Kami mendoakan KAFA Al Huda bagi kedua-dua kategori terutamanya anak kami Hajar berjaya mendapat tempat pertama dan pergi ke peringkat daerah selepas ini.
Thursday, May 5, 2011
Doa dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden
“Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Wednesday, April 27, 2011
Hajar @ MAP Training
Weekend lepas 16 & 17 April giliran Siti Hajar ke kursus Motivasi Alihan Pelajar MAP Training di Wisma Belia. Minggu sebelum tu Hajar spent dua hari di sekolah perkhemahan perdana pelajar beruniform. Sibuk & kepenatan, namun Hajar kelihatan tabah dan tak mengeluh pun tambah lagi terpaksa bergerak secara solo sekarang ni. Kena keluar dari bayang-bayang kakak.
So far so good, Hajar nampak cool & steady. Keep it up dik, no pressure from us, it’s all on you. All the best!
Friday, April 15, 2011
Hadi nine months later
9 months later, Hadi is now able to respond to one's emotion. For 9 months now he has been in the limelight and the centre of the row between the adults.
This entry was posted on 4.21 a.m. that's another 12 hours to his 9 months.
Subscribe to:
Posts (Atom)