Tuesday, January 19, 2010

Menara HPA, Impian jadi kenyataan

menara hpa

Menara ini letaknya  di Sek.13 Shah Alam. Kini hampir 50% usaha HPA untuk memiliki Menara HPA setinggi 12 tingkat di Sek.13 Shah Alam ini sedang berjalan iaitu melibatkan proses jual beli anggaran  RM60 juta. Sebagai ahli HPA, saya turut merasa bangga atas kejayaan HPA memiliki bangunannya sendiri . Menara ini adalah lambang keutuhan empayar HPA yang tidak dapat dinafikan lagi. Semuanya berkat usaha pendukungnya dan ahli-ahli HPA memajukan rawatan perubatan herba sejak ia ditubuhkan 15 tahun yang lalu. Sama-sama kita berdoa kepada Allah yang maha kuasa moga usaha untuk memartabatkan produk keluaran umat Islam terus beroleh kejayaan.

Monday, January 18, 2010

In & Out Record (Update 1)


In: Adibah - ward As Salam, Hospital Pusrawi - 14 Jan - Gastro. Current status: Adib was discharged yesterday 17 Jan. Note: Seated next to Adib are Sarah and blogger gerimis di hati with father at the back. Behind the bottle was actually uwan...

In: Mat - ward psyco, Hospital KL - 15 Jan - Neuro. Current status: Mat discharged @ 1520 hrs. Note: MC until 22 Jan (Friday).



Next In:

Uwan, Tun Hussein Onn National Eye Hospital, Petaling Jaya - 19 Jan - Eye. Current status: Dah check, ok.

Past cases:


In: Ariff - IJN - Bistro. Current status: Was there at both wards. Note: This smiling eyewitness has the same birthdate with Uwan..

Friday, January 15, 2010

Uwan and B'yond

Seusai installer Astro mengupgrade astro analog ke b'yond tengaharinya, Uwan, Hajjah Akidah Abdul Hamid tiba lagi untuk ke sekelian kalinya ke rumah petang semalam. Uwan dijemput oleh brother Haris yang pulang ke kampung bersama abah, mak and future astronaut, Ariff (baru-baru ni Amirul pun cakap nak jadi angkasawan jugak).

Dalam usia mencecah b'yond 90 tahun (lahir 1920), Uwan kelihatan masih bertenaga walau jelas wajahnya yang dimamah usia. Baru sebulan lepas kami mendapat panggilan dari abah, Uwan demam dan dikejarkan ke hospital KP tapi suspen tu tak berpanjangan (kami sedang bersiap-siap ke SP masa tu) andak Sulan cuma membawa Uwan ke klinik. Semalam Uwan mengadu lantai simen rumah baru yang dibina di tapak runtuhan (ciss!) rumah pusaka terlalu sejuk menyebabkan kaki kebas dan kejang, so mungkin itu punca orang tua tu demam. Uwan kini hanya pasrah dan retreat ke rumah usang saki baki rumah pusaka lama dulu.

Baca entri dari kacamata halym di sini. Soalnya, apa tujuan rumah baru tu dibuat?

Monday, January 11, 2010

Say you, He is Allah, the One

Polemik berkenaan penggunaan nama agung - ALLAH - mungkin tidak memberi kesan kepada kita. Apatah lagi di peringkat usia sebegini kita mungkin sudah mempunyai aqidah yang mantap dalam melawan dakyah-dakyah halus puak kristian dan yahudi yang berterusan menanam bibit-bibit keraguan dalam pegangan tauhid kita. Namun apakah jaminannya serangan tersebut boleh juga ditepis oleh anak-anak kita dengan berasaskan kepada ilmu dan akhlaq islami?

Di bawah terdapat beberapa contoh risalah yang diterbitkan untuk membuktikan betapa penggunaan nama ALLAH yang ternyata disalahgunakan dari kacamata aqidah Islam, dan jelas mengelirukan dan boleh membawa kesan negatif kepada pemahaman tauhid sediaada kepada anak-anak kita.



Friday, January 8, 2010

Addendum - Tahniah - PMR 2009

Thanks paktih untuk komen.  Ish..macam mana buleh tertinggal pulak nih. Anyway tahniah untuk Cik Raudhah yang berjaya score 6A + 2B. Doa kami semoga kejayaan dapat diteruskan dan score lebih hebat lagi dalam SPM nanti.

Kowahida Serah Zakat

KOWAHIDA SERAH ZAKAT RM250K KEPADA PERKIM Kelantan


serah zakat2
Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) telah menyerahkan sumbangan zakatnya bagi tahun 2007 dan 2008 berjumlah RM250,000.00 kepada PERKIM Negeri Kelantan pada 30 Disember 2009. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi KOWAHIDA, Mohd Faisol Abd Rahman kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya di Kota Bharu.

Thursday, January 7, 2010

40 Tips for better life



Useful tips from the view of the expert for consideration...

1. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.
2. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
3. Sleep for 7 hours.
4. Live with the 3 E’s — Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Play more games.
6. Read more books than you did in 2009.
7. Make time for prayer. It provides us with daily fuel for our busy lives.
8. Spend time with people over the age of 65 & under the age of 7.
9. Dream more while you are awake.
10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.

Tuesday, January 5, 2010

Amirul goes to school

After more than six years our son numero uno finally kicks-off his formal education beginning yesterday. Amirul Hakimi joined sisters Sarah and Hajar at Islamic Primary School, Sri Al Huda at Gombak some seven kilometers away from home.

Amirul is in 1 Ar Razi while class begins at 8.00 am until 4.00 pm throughout the day. Amirul is however not new to schooling life having gone to Tadika Islam Nurul Yakin since five years old and last year graduated from PASTI Ibnu Sina nearby and managed to at least place himself within the top three position. For now let see how he will fare amongst some of the finest muslim pupils in his maiden year. Our prayers will always remain for Amirul to strive for success and achieve the ultimate goal of being the imamal muttaqin. Amiin.

Friday, December 25, 2009

Isa Ibnu Maryam

Benarkah lahirnya nabi ulul azmi, Isa Ibnu Maryam pada 25 Disember, 2009 atau 2010 tahun yang lalu? Saya meraguinya. Al Quran surah Maryam ayat ke 25 memerintahkan Maryam supaya mengegarkan pohon kurma yang berada di sisinya untuk mendapatkan rutob (kurma segar) untuk makanan sebaik sahaja Isa Ibnu Maryam dilahirkan. Tapi boleh ke pohon kurma berbuah dalam bulan Disember yang bersalji?

Biasanya kurma akan masak ranum dalam musim panas atau selewat-lewatnya musim luruh bagi negeri-negeri yang mempunyai empat musim termasuk negeri-negeri beriklim mediterranean seperti Palestine. Maka di lembah Baitul Laham, tempat di mana ulamak sepakat mengatakan tempat lahirnya Nabi Isa AS (Jesus), atau di Nazareth, mengikut orang-orang Kristian, peristiwa masak ranumnya kurma supaya mudah disunting oleh Maryam pastinya berlaku lebih awal dari musim sejuk. Kalau kita imbas peristiwa penangkapan musuh nombor wahid Amerika, Saddam Hussein yang hanya dihebohkan pada Disember 2003, terdapat keraguan tarikh sebenar arwah Saddam ditangkap dan siasatan bebas menunjukkan bahawasanya arwah Saddam sebenarnya telah ditangkap 2-3 bulan sebelum itu. Ini mungkin benar dan dapat dikenalpasti dengan pemerhatian teliti pada gambar lokasi 'lubang tikus' yang berlatarbelakangkan kebun kurma di Tikrit walaupun terdapat penafian sebenarnya dia telah dibelot oleh saudara sendiri dan diberi dadah untuk ditangkap oleh askar Amerika.

Tahniah - PMR 2009

Tahniah diucapkan kepada Puteri Diana kerana berjaya meneruskan kecemerlangan dari UPSR yang lepas dengan kejayaan mendapat 8A. Kak Ana adalah salah seorang dari 28,188 pelajar yang berjaya mendapat straight As dalam PMR tahun ni berbanding hanya 26,378 pada 2008.



Juga tidak lupa kepada Afiqah dengan pencapaian 6B 2C. Kami mendoakan sukses untuk exam seterusnya dan ingatlah kejayaan atau kekurangan pada hari ini masih belum menjamin kejayaan hari esok atau terus gagal dalam langkah seterusnya. Kejayaan hakiki pastinya dengan menjadi insan bertaqwa dan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua orang tua. Tak kira lah berapa banyak A pun yang dapat..


Kak Ana dan Kak Lang adalah dua dari 475,182 calon yang menduduki PMR tahun ini di mana 442,611 (93.1 %) adalah calon daripada sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.

Sunday, December 20, 2009

Berenang : Ketrampilan Khusus Yang Perlu Dikuasai Umat Islam


Adalah Umar Al Khattab dalam sebuah athar (percakapan sahabat) yang diriwayatkan oleh Maqhul, bahawa Umar Al Khattab menulis kepada penduduk Syam yang berbunyi “ajarilah anak-anakmu berenang, memanah, berkuda". Tuntunan itu datang dari Sahabat Nabi SAW yang kita cintai. Berenang, memanah dan berkuda, tiga keterampilan yang seharusnya dimiliki anak-anak penerus semangat Islam.

Kenapa BERENANG?

Tentu ada alasan kuat mengapa Umar Al Khattab menyuruh ibu bapa Muslim mengajar anak-anaknya berenang. Bagi masyarakat di padang pasir, berkuda dan memanah adalah aktiviti lumrah, berkuda ataupun menunggang unta merupakan aktiviti seharian mereka.

Tapi berenang?! ini yang agak menghairankan. Orang Arab tidak terlalu suka pada air (kecuali untuk minum tentunya), tambahan pula kolam atau tasik sukar ditemui di padang pasir kecuali oasis atau wadi. Kita maklum kebanyakan sumber air ini digunakan sebagai sumber air minuman. Oleh kerana air sangat sukar ditemui di daerah padang pasir, maka anjuran ini adalah sebuah hal yang jauh di luar jangkauan pemikiran masyarakat muslim 15 abad lalu.

Thursday, December 17, 2009

Ma'al Hijrah 1431



Mengikut sejarah, tarikh permulaan tahun dalam taqwim Islam yang berasaskan peredaran bulan (lunar) telah ditetapkan di zaman pemerintahan Khalifah Islam ke dua iaitu Saidina Umar Al Khattab. Khalifah dan EXCO ketika itu telah sepakat untuk menggunakan sistem taqwim Islam tersendiri dalam usaha memperkasakan identiti dan syiar Islam dan mengelakkan terus merujuk kepada taqwim Masihi golongan Nasrani.

Tahun 1 Hijrah telah ditetapkan berdasarkan tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah al Mukarramah ke Madinah al Munawwarah dan diretrospektifkan lebih dari 13 tahun kebelakang. Berbanding taqwim Masihi, 1 Hijrah telah bermula sekitar 624 Masihi dan setelah 1430 tahun Hijrahtul Rasul, jurang antara kedua-dua taqwim kini sekitar 530 tahun.

Pentingnya menghayati tarikh ini ialah sekiranya pada bulan Zulhijjah yang baru lalu, kita banyak menyentuh peri pengorbanan suci yang pernah diamalkan oleh Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail AS, maka pada bulan Muharram pula, kita perlu menekankan peristiwa Hijrah Rasulullah. Hanya mereka yang sanggup berkorban kerana Allah SWT dan Rasul-Nya sahajalah yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta diberi perlindungan oleh Allah SWT.

Sebagai permulaan eloklah kita meluangkan masa pada petang ini menjelang maghrib nanti untuk membaca doa-doa yang telah disusun oleh ulamak terdahulu. Kalau tiada salinan doa ni di rumah, pastikan sama-sama berdoa di surau atau masjid atau aminkan saja depan TV. Yang penting berdoa.


Wednesday, December 16, 2009

Viva Malaysia


Dah 20 tahun sejak last sekali Malaysia menang pingat emas acara bolasepak sukan SEA. Harap-harap kali ini di bumi Laos, Malaysia dapat menewaskan Vietnam, kuasa baru bolasepak Asia Tenggara dan memperbaiki kedudukan ranking dunia yang agak baik sikit dari Zimbabwe sekarang ni.

Skuad bola team Malaysia kali ini agak menonjol terutama selepas hampir berjaya membelasah team dari English Premiere League, Manchester United sewaktu kunjungan mereka ke Malaysia enam bulan lepas.

Friday, December 11, 2009

Pengakuan Chef Hotel 5 Bintang

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 ptg, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, To' Ki dan 2 orang chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang halal atau tidak makanan yang dihidangkan di hotel 5 bintang.

Salah seorang chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu di dalam restoran 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan ( Melayu, masakan barat dan 3 bahagian yang lain. Setiap satu dapur diketuai oleh seorang Eksekutif Chef dan setiap resepi yang dimasak dan dihidangkan adalah hak mutlak eksekutif chef. Ini bermakna tiada orang lain yang berhak memberi komen tentang resepi yang telah ditetapkan oleh eksekutif chef.

Saturday, December 5, 2009

Pasaran Sardin HPA

Sudah sekian lama saya tidak membeli sardin dalam tin walaupun anak-anak mendesak hendak makan sandwich sardin. Sandwich sardin memang menjadi kegemaran anak-anak terutamanya Sarah dan Hajar, tetapi saya lebih rela tidak membelinya memandangkan kandungan bahan pengawet yang tinggi di dalam sardin tin. Sejak dulupun memang seringkali saya  berfikir berkali-kali sebelum membelinya namun, sejak lebih faham dan lebih peka tentang pemakanan halallan thoyyibah, saya mengambil keputusan untuk beralih kepada sandwich selain daripada sardin.

Gerun saya memikirkan bila terbaca tentang satu artikel yang menyatakan  kandungan bahan pengawet dalam sardin tin boleh menyebabkan orang yang sihat walafiat dijangkiti asma, manakala orang yang didiagnos asma akan diserang asma sejurus selepas memakannya.


Alhamdulillah, kerisauan saya tidak berpanjangan. Kini HPA telah pun mengeluarkan sardin dalam tinnya sendiri. Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehinggakan dalam waktu yang singkat sahaja,  hampir kesemua cawangan HPA telah kehabisan stok sardin tin. Antara pembelinya yang menghabiskan stok tersebut sudah tentulah  kami sekeluarga.

Insya Allah HPA juga bercadang untuk mengusahakan produk lain dalam bentuk tin iaitu ayam, lembu, bilis dan daging kambing.

Bersama-sama kita mendoakan HPA akan lebih inovatif dan kreatif dalam menyelesaikan masalah pemakanan umat Islam di Malaysia juga di   peringkat yang lebih global, Amiin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...