Wednesday, June 23, 2010

Perasmian Melaka Halal Hub dan HPA Halal Mart





Alhamdulillah, pada 21 Jun 2010 adalah satu detik bersejarah bagi semua pengedar HPA. Halal Hub Melaka di Serkam diterajui oleh HPA Industries Sdn. Bhd (anchor) yang akan menaungi 150 IKS negeri Melaka.

Perasmian Halal Hub Melaka dan HPA Halal Mart serta logo MHH telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam (Ketua Menteri Melaka). Halal Hub Melaka adalah merupakan Halal Hub Pertama di Malaysia. Seramai 500 tetamu turut hadir dari pelbagai jabatan kerajaan termasuk PJS-PJS dan pengedar HPA seluruh negara.

Turut hadir Pengarah Urusan HPA, Tn. Hj. Ismail, PU2 – Tn. Hj. Fisal dan GM-GM terdiri drp En. Rosli, En. Abd. Ghani, Pn. Rashidah dan lain-lain.

En. Zainal Abu iaitu Pengarah Eksekutif Perbadanan Kerajaan Negeri Melaka mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada warga HPA yang menyahut seruan kerajaan sama-sama menerajui indutri halal negara di mana urusniaga produk halal dunia bernilai USD3 billion.

 

Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA

Tidak banyak sajak
Tidak banyak syair
Tidak banyak gurindam 
Tidak banyak yang didendang

Pada mengungkapkan keistimewaan 
Seorang insan bernama bapa 
Yang kehadirannya jarang bertemankan perasaan
Tetapi keberanian, kecekalan dan himmah pengajaran

Kehadirannya ada kala jarang disedari
Namun kehilangannya patah tak tumbuh hilang tak berganti
Itulah hikmah dan kepimpinan
Seorang insan bernama bapa

Salam rindu dan sayang buat 
Ayahanda Haji Nasir bin Ahmad..... dalam kenangan 

dan  Ayahanda Haji Abu Talib bin Murah

Monday, June 14, 2010

Semalam di Flor de la Mar

Itu kapal lanun. Kapal orang Portugis, Flor de la Mar. Demikian Ariff diindoktrinasi. Sesungguhnya mereka yang datang itu sememangnya lanun. Konon mencari rempah. 

Itu dulu, 1492. Orang Eropah baru mengenal alphabet (alif-ba-ta) setelah sekian lama dikuasai tentera Musalman. Ekspedisi Umar Al Faruq sejak circa 637 Masihi. Dari dark age mereka kini melihat cahaya dibawa oleh Islam.

Ini sebenarnya pahlawan Melayu yang menentang lanun yang bermisikan balas dendam. Hang Tuah, Hang Jebat versus Alfonso de Alburqurque, Lopez de Sequira.

Saturday, June 12, 2010

Ole ole ole World Cup 2010

Mula mengikuti World Cup sejak 1982 di Espana ketika Rossi menjaringkan hattrik menentang Brazil, kemudian menyelusup bawah pagar demi tidak melepaskan peluang menyaksikan kehebatan tangan Maradona pada 1986. 1992 menyaksikan Brazil dikecewakan Argentina tetapi dengan bantuan Romario dapat juga menjuarai piala dunia menerusi penalti pada 1994 manakala tandukan orang Algeria, Zidane dengan komprehensif sekali menewaskan Ronaldo & the gang 1998 walau ketika itu kena standby dengan  susu Sarah, kalau tak terbangun pulak baby 4 bulan tu.

The Phenomenon masih melakar sejarah di Jepun pada 2002 tetapi world cup 2006 di Germany kurang seronoknya kerana ancaman bertugas di Johor ketika itu.

World Cup 2010 di benua Afrika dengan maskot Zakumi - za: south africa - kumi: ten - menyaksikan Brazil akan sekali lagi menjulang piala dunia, kalau tak pun Spain. Argentina dengan Messinya seperti biasa akan tersangkut di QF atau paling jauh ke semi. France seperti biasa akan bermula lembap akan sampai ke semi bersama-sama Germany tetapi team yang paling memboringkan, England yang terlebih-lebih hype, pasti akan tersangkut di QF.

Thursday, June 3, 2010

Amirul is 7 (Part 2)

Di antara 4 orang anak kami, Amirul Hakimi dikatakan sebagai anak yang paling menguji iman dan kesabaran (setakat ini). Anak lelaki pertama, sememangnya pengalaman membesarkannya setakat 7 tahun ini adalah satu anugerah dan nikmat, juga ujian daripada Allah SWT.

Bagi saya, Amirul begitu  advance dalam menunjukkan tentrumnya sejak dahulu lagi, terutamanya kepada saya sendiri. Bukan sedikit insiden yang memeningkan kepala dan membuntukan fikiran serta tindakan. Kelemahan saya, kerap kali saya buntu memikirkan apa yang perlu dan wajar dibuat bilamana dia mempamerkan tentrumnya.
Amirul pernah terjatuh dari sofa dan kepalanya terhantuk di kaki besi akuarium.di rumah kami semasa berusia 2 tahun. Hentakan yang amat kuat di kepala, sehinggakan pemeriksaan x-ray terpaksa dilakukan kerana bimbang luka di bahagian dalam kepala. Alhamdulillah tiada kecederaan di bahagian dalam.

Bergolek-golek sambil menangis kemarahan di shopping complex memang menjadi salah satu rutinnya di antara umur 2-4 tahun. Beberapa kali pin tudung saya patah kerana ditarik kuat olehnya apabila kehendaknya untuk menaiki escalator di shopping complex tidak dituruti. Mujurlah kakaknya, Sarah memegang tudung dan membetulkan tudung saya cepat-cepat sebelum terbarai kerana pada ketika itu saya mendukung Ariff yang masih kecil.

Belum lagi cerita tentang bagaimana Amirul menukar gear kereta yang sedang saya pandu ke gear 'reverse' di tengah-tengah highway. Terhenjut-henjut kereta kami di tengah jalan sambil kesemua anak-anak lain di  dalam kereta menjerit ketakutan. Dalam keadaan panik dan takut, saya memberhentikan kereta di tepi jalan sambil beristighfar.


Amirul juga pernah hilang dari pandangan kami di dalam Masjidil Haram sewaktu kami menunaikan umrah pada tahun 2005 dahulu.  Panik dan sedih,  bercampur-baur di dalam hati semasa cuba mencarinya di antara waktu maghrib dan isyak. Sebaik azan isyak berkumandang iaitu selepas 10 minit mencari, saya terlihat Amirul berdiri di sebatang tiang sambil tangannya berpaut pada tiang tersebut menikmati 'air-cond' yang keluar dari bilah-bilah tiang. Beliau berpusing ke belakang dan apabila terlihat saya, terus berkata, "Ibu dah azan" dengan selamba.
Alhamdulillah, sejak bersekolah di tahun 1, temper tentrumnya semakin berkurangan. Walaupun kadangkala ada juga insiden yang menguji kesabaran dan menduga iman, namun perubahan positif dapat kami lihat sedikit demi sedikit, dan apa yang penting, kami perlu lebih bersabar sambil berdoa agar Amirul bakal membesar menjadi anak yang soleh, cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat.

Wednesday, June 2, 2010

Amirul is 7

Our numero uno son is 7 today.

 This is 6 years ago.

Tuesday, June 1, 2010

Happy birthday Pakngah

 
Januari 2003 -  Bila kami berpindah ke Taman Datuk Senu dari Taman Sri Gombak, Sarah, Hajar & Amirul kami amanahkan pula kepada keluarga Pakngah di Bandar Baru. Amirul semenjak lahir dijaga oleh Makngah hingga pertengahan 2004 sebab kami dah ada bibik lagipun dengar-dengar masa tu Usman pun nak dapat adik..

April 2006 - Ariff pun sempat dijaga oleh Pakngah walau sebentar cuma.

Jasa baik ini terus dikenang dan pastinya diabadikan dengan panggilan Ummi ala kak Mona gitu.

Happy birthday Pakngah  - hari ni 01 06 10 Pakngah dah 64 tahun..

opps.. 46 laa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...