Monday, September 24, 2018

Bittaufiq wannajah - Ariff @ UPSR 2018

Ihtifal SERI 2018 - 1st Pace

"Ya Allahkhususnya kepada anak kami Amirul Ariff dan anak2 muslimin yang lain amnya yang akan menduduki peperiksaan dan yang sedang mendudukinya dan yang sudah mendudukinya, KUATKAN INGATAN MEREKA, lapangkan dada mereka, TENANGKAN HATI MEREKA, tajamkan pemikiran mereka, MUDAHKAN MEREKA MEMAHAMI SOALAN dan mudahkan mereka menjawab soalan, JADIKAN ILMU MEREKA BERMANFAAT buat mereka dan dapat MENEBUS DIRI MEREKA DI AKHIRAT KELAK. Amiin"

Bittaufiq wannajah
UPSR bukan peperiksaan: Lembaga Peperiksaan
PUTRAJAYA - "Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan suatu peperiksaan pada peringkat persijilan sebaliknya ia merupakan satu titik pengukur menilai pencapaian murid dalam literasi, numerasi dan penaakulan di peringkat sekolah rendah," kata Lembaga Peperiksaan.

Oleh itu, Lembaga Peperiksaan berkata Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengurangkan penekanan terhadap peperiksaan dan tidak menjadikan UPSR sebagai penilaian yang berprestasi tinggi sehingga memberikan tekanan kepada murid, pihak sekolah dan ibu bapa.

“Fokus utama Kementerian Pendidikan terhadap UPSR adalah untuk melihat tahap penguasaan minimum murid setelah melalui pembelajaran selama enam tahun di sekolah rendah.

“Sehubungan dengan itu, liputan media secara besar-besaran dikhuatiri akan menyebabkan hasrat kementerian tidak dapat dicapai,” katanya.

Kenyataan itu juga menyaran pihak media dapat membantu Kementerian Pendidikan dengan menyampaikan maklumat tentang tujuan dan tarikh-tarikh penting sesuatu peperiksaan dilaksanakan termasuklah memberi kefahaman tentang sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan.

“Tiada majlis sidang media bagi pengumuman keputusan UPSR pada tahun ini,” katanya.
Seramai 440,743 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,100 pusat peperiksaan di seluruh negara yang berlangsung pada 20 dan 24 hingga 27 September. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...