1500-2000 year old bible found in Ankara, Turkey |
Wednesday, May 7, 2014
1500 Year Old Bible Confirms That Jesus Christ Was Not Crucified
Monday, May 5, 2014
Tahniah Siti Hajar
Hampir 3 tahun sejak Hajar mula memasuki pertandingan khat Amal Islami KAMIL, dulu peringkat daerah, di tahun 6 Seri Al Huda (http://rusnanin.blogspot.com/2011/05/hajar-amal-islami.html). Kini di tingkatan tiga SAMTSAS, Sabak Bernam, Hajar meneruskan tradisi SRIAH dalam khat, kali ini di peringkat negeri Selangor untuk kali kedua berturut-turut.
KAMIL 2014 peringkat negeri diadakan di SAM Bandar Baru Salak Tinggi dua minggu lepas, mewakili sekolah dan Zon 1. Acara khat telah diadakan pada Jumaat dan kami sempat ke sana pada Sabtu sekadar untuk melontarkan sedikit sokongan moral.
Thursday, April 17, 2014
Lunch at Aroma Hijrah
Sabtu lepas Alhamdulillah sempat merasa nasi mandy, kabsah & maqlabah di Aroma Hijrah, TTDI Jaya, SA. Jauh sikit tapi much better dari segi rasa & harga banding dengan nasi arab di Greenwood asalkan tak ambik dessert ice cream cake yang regenye 6 riyal satu tu..
Nik Aziz 'terkilan' pasal Karpal
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat 'sedikit terkilan' kerana
Karpal Singh yang maut dalam nahas pagi ini, tidak sempat untuk diberikan
pemahaman tentang hudud.
Ini ekoran hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memfailkan bil persendirian di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan.
"Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan
kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai
sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud," tulis bekas menteri besar
Kelantan itu dalam Facebook.
"Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah
Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang
enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan
Karpal Singh.
"Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab
menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum
tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali," tulis Nik Aziz.
Tuesday, March 25, 2014
Video pesawat mungkin ditembak oleh jet
Tersebar di alam siber sejak beberapa hari lalu sebuah video radar yang dimuatnaik ke youtube memaparkan pergerakan MH370 dari KLIA ke titik ia hilang dan di dalam video itu juga didapati terdapatnya pesawat jet yang bergerak hampir selari dengan MH370.
Di dalam video berkenaan juga didapati di satu ketika, jet yang bergerak di sebelah timur pesawat MH370 itu telah bergerak dengan lebih laju dan tiba-tiba jet itu "hilang" dari peta sebelum terputus hubungan pesawat MH370 dengan radar.
Satu hal yang serius ditimbulkan oleh video berkenaan apakah jet itu digunakan untuk menembak pesawat MH370? Dan jika ditembak kargonya, oleh kerana disitu terdapatnya bateri lithium ion, sudah pastinya ia meletup dan terbakar yang menyebabkan pesawat itu tidak lagi terkawal apabila gas beracun telah memenuhinya. Tembakan itu juga adalah dikatakan untuk menghuru-harakan radar.
Teori kebakaran pesawat ini pernah GB bangkitkan di SINI.

PAS kecam keras hukuman mati ke atas 529 ahli Ikhwanul Muslimin
Parti Islam
SeMalaysia (PAS) mengecam dengan sekeras-kerasnya keputusan sebuah mahkamah Mesir
yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli-ahli Ikhwanul Muslimin
termasuklah terhadap Mursyid Am Ikhwan Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan
yang di reka cipta. Ini dilihat sebagai salah satu tindakan mendadak secara
keras ke atas pergerakan Ikhwanul Muslimin.
Kes ini melibatkan perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh. Apa yang berlaku menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi.
Kami menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi politik yang telah mendokong dan menyertai piliharanya dalam sistem demokrasi di Mesir.
Kami menggesa badan kerjasama antarabangsa seperti PBB, Liga Arab dan OIC mencontohi tindakan Afrika yang menggantung keahlian Mesir sebagai anggota kesatuan Afrika kerana menceroboh demokrasi dan secara jelas membunuh rakyatnya sendiri.
PAS mengutuk perancangan terlaknat ini. Walaupun berlainan geografi, namun kita tetap bersolidariti dengan saudara-saudara seangkatan kita di Mesir. Inilah realiti cabaran kita, gerakan Islam akhirnya pasti menjadi sasaran utama golongan pengkhianat.
Insiden ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya boleh berkembang menjadi krisis yang lebih besar dan berterusan termasuk ke peringkat antarabangsa kerana Terusan Suez di Mesir merupakan antara laluan utama perkapalan dunia. Jika krisis dalaman yang boleh mengganggu perjalanan kapal sudah tentu keperluan utama seperti makanan dan minyak akan tersekat dan memberikan impak terhdap pasaran dunia.
Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Sementara itu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam
Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya mahkamah di Mesir yang menjatuhkan
hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Dr Mohammed Morsi
kelmarin.
Kronologi kehilangan penerbangan MH370 (Updated)
Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan
MH370, yang masuk hari ke-13 hari ini, mungkin terungkai tidak lama lagi.
Petunjuk terbaru ialah dua objek yang dikesan menerusi imej
satelit Australia di bahagian selatan Lautan Hindi, dilaporkan mungkin serpihan
pesawat yang hilang pada 8 Mac bersama-sama 239 orang di dalamnya.
Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:
8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang
dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari
yang sama.
*8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di
timur perairan Kota Bharu, Kelantan.
MH370: Salam Takziah, keluarga kru dan penumpang
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Berakhir kisah cemas pesawat #MH370 selama lebih dua minggu. Pohon doa agar semua mangsa dirahmati Allah. Juga pohon ketabahan dan kesabaran buat anggota keluarga mangsa.
Monday, March 24, 2014
AZIZAH angkat sumpah Adun, 7 April depan
Walaupun dibayangi peristiwa kehilangan pesawat MH370, PKR
berjaya mendapat kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kajang apabila berjaya meningkatkan peratusan undinya,
walaupun majoritinya kurang berbanding pilihan raya umum lalu di samping
berjaya menembusi kubu kuat Umno di kawasan majoriti Melayu.
Dalam PRK Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
berjaya meningkatkan jumlah undinya kepada 59.43% berbanding 57.99% daripada
jumlah undi keseluruhan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.
Thursday, March 20, 2014
MH370 - Day 13
Pasukan Austalia menjalankan operasi memeriksa kawasan di kawasan selatan Lautan Hindi selepas satelitnya mengesan dua objek yang disyaki sebagai bahagian kapal terbang di lokasi tersebut.
Ia dikesan pada kedudukan 2,500 kilometer dari barat daya Perth di pantai barat negara itu, kata pengurus besar badan tersebut John Young dalam sidang media yang diikuti melalui Internet.
Ditanya sekiranya objek tersebut kelihatan seperti bahagian kapal terbang, Young berkata: "Apa yang kita cari ialah pengesahan bahawa ia milik pesawat itu atau tidak"
Tuesday, February 4, 2014
Ariff 8 tahun
2/2/2014, Amirul Ariff genap 8 tahun. Ariff tak minta hadiah, cuma " a trip to zoo negara is enough" katanya...hari yang memenatkan ...menapak 6 km di zoo negara, melihat haiwan jelas memuaskan hati birthday boy ni....selamat hari jadi Amirul Ariff bin Hasbullah, ibu berdoa setiap hari agar Ariff menjadi anak soleh dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah...
Monday, January 27, 2014
Sunday, January 26, 2014
Friday, December 6, 2013
Rumah Rakit di Jerantut
JERANTUT - Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.
Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.
Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.
Subscribe to:
Posts (Atom)