Friday, December 30, 2011

Kasih Sayang Atuk


Flashback... Ogos 1999 ... Atuk mendukung Sarah sambil mengelilingi Kaabah. Sarah yang baru menjangkau 1 tahun 8 bulan pada masa tu memang lincah, pantang kami lepa, pasti dia akan hilang dari pandangan. Risau benar Atuk kalau-kalau Sarah hilang di celah-celah jemaah Umrah pada ketika itu. 

Begitu Atuk...  tidak pernah rasa susah demi kasih sayang kepada cucu-cucunya. Bagi saya, kasih sayang Atuk kapada cucu-cucunya melimpah-ruah.Belum pernah saya lihat atau dengar Atuk mengeluh kerana kepenatan melayan kerenah cucu-cucu beliau, malahan Atuk sendiri yang akan menawarkan diri untuk berbuat apa sahaja demi kebahagiaan cucu-cucunya. 

Kemuncak kasih sayang Atuk yang tidak mungkin saya lupa ialah berangkatnya kami menunaikan  Ibadat Haji pada musim Haji 2008 sekaligus meninggalkan anak-anak  bawah jagaan Atuk...memang keputusan yang amat berat bagi saya sebagai seorang ibu... tetapi Atuk memberi semangat dan meyakinkan bahawa Allah akan memudahkan segala urusan , usaha, tawakal dan doa, semua akan berjalan lancar.

Dari Allah kita  datang, kepada Allah kita dikembalikan.... 

Ya Allah... Sinarilah kubur Allahyarham Haji Abu Talib dengan cahaya Mu,
                  Lapangkanlah kuburnya, jenganlah engkau sempitkan,
                  Tempatkanlah arwah bersama Salafussoleh
                  Ringankan hisabnya ,
                  Masukkanlah  beliau ke dalam syurga, jauhilah beliau dari azab api neraka.

Tuesday, December 13, 2011

Abah dalam kenangan

Hj Abu Talib Murah, 1358 - 1433. Foto 25 Okt 2008.
Abah lahir pada hari Isnin, 19 Rejab 1358 bersamaan 4 September 1939. Abah lahir tanpa ayah di sisi dan kini, Selasa 10 Muharram 1433 bersamaan 6 Disember 2011 abah pergi untuk selama-lamanya tanpa ditemani anak-anak di sisi.

Aku bergegas ke hospital manakala menerima panggilan jam 11.16 malam dari wad 8. Staff nurse memberitahu abah nazak. Aku tidak menjangkakan apa-apa yang lebih menyedihkan dari ini mungkin kerana aku baru sahaja menziarahi abah lepas maghrib tadi. Waktu itu aku tidak mendapati apa-apa tanda jelas yang abah sedang berada di hujung perjalanannya. Abah sedang tidur. Keadaan fizikal memang merunsingkan. Tetapi beginilah keadaan abah sejak dua minggu dulu. Aku catatkan dalam FB permerhatianku ini.

Setibanya aku di wad 8 jam 11.40 dari kejauhan kulihat langsir menutupi katil. Terus aku dekati seperti biasa dan ternampak ada dua tiga misi yang yang sedang menguruskan abah. Mungkin tukar cadar atau baju fikirku. Aku berundur dan berjalan ke arah kaunter nurse. Sabar menunggu sehingga misi-misi tu selesai baru aku akan tengok keadaan abah. Suasana begitu tenang dan aman ketika itu. Dalam langkahan ke tujuh Dr Malik menyapaku dan memberitahu berita sedih ini. Aku memandang tepat ke arahnya kemudian pandangan kualihkan ke langsir katil. Kaki terasa longlai. Aku melangkah perlahan-lahan ke kerusi. Baru tiga jam tadi aku menatap wajahnya. Kini abah tiada lagi.

Di sinilah akhirnya. Berakhir juga derita yang ditanggung. Bersih tanpa dosa dan noda. Di sinilah juga bermulanya hidup abah di alam barzakh, sedang berdiri di salah satu pintu syurga.

Abah, untukmu aku hadiahkan Al Fatihah.

Tuesday, December 6, 2011

History of Muharram- The first month of Islamic calender


Shrine of Imam Hussein in Karbala, Iraq

During the first 10 days of the month of Muharram, the first month in the Islamic calendar, Shiites attend nightly majlises which recount the horrific events that took place on that same night centuries past. The final and 10th day is known as Ashura, the day when Imam Hussain was killed and the battle won by Yazid and his forces.

Imam Hassan and Imam Hussein were the grandsons of the Prophet Muhammad, the sons of the Prophet’s beloved daughter Bibi Fatima and her husband Imam Ali. Imam Ali had been appointed fourth caliph but was murdered in a mosque in Kufa, Iraq, in 661 CE. Imam Hassan briefly succeeded his father but soon ceded to Muawiyah, who had been the Governor of Syria until Imam Ali had ousted him. Muawiyah was the first of the Umayyad dynasty.

During Imam Ali’s reign Muawiyah had refused to acknowledge him as leader. The two even clashed at the inconclusive Battle of Siffin in what is now Syria in 657 CE. However, wanting peace, Imam Hassan signed an agreement with Muawiyah that accepted his current rule but required that power be transferred to himself upon Muawiyah’s death, or to his younger brother Imam Hussein if he were not alive. Yet following Imam Hassan’s death, Muawiyah violated their agreement and unjustly named his own son Yazid his successor.

The Battle of Karbala

The Battle of Karbala in 680 CE resulted from a power struggle between Imam Hussein and a wary Yazid for control of the calipahte. Yazid demanded Imam Hussein’s endorsement. As a member of the Prophet’s family and holding true spiritual leadership, this would have validated Yazid’s reign. He was outraged when the Imam refused.

Wednesday, November 23, 2011

Tahniah Siti Hajar


Alhamdulillah wa syukru lillah.

Anak kedua kami Hajar berjaya mendapat 4A 1B (Sains) dalam UPSR baru ni. Ini dah kira lebih baik dari ramalan kami sebelum ini.

Tapi adik rupanya lebih cemerlang dalam PSRA  - berjaya mendapat Mumtaz, 95%. Cuma sedikit tersasar dari target 97% untuk ke Sambest bersama kakak.

Tahniah dik.

Monday, October 31, 2011

Syurga di bawah tapak kakimu



Oktober 1939 mak lahir ke dunia , tetapi tarikh sebenar tidak diketahui sesiapa- kecuali arwah atuk dan nenek. Apa yang direkodkan di dalam surat beranak mak hanya Okober 1939. Selamat Hari Jadi buat mak - Hajjah Petimah @ Hamidah binti Abas, semuga terus tabah, tenang dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat  Allah, sebagaimana tenangnya hidupmu selama ini,sebagaimana berhikmahnya nasihatmu kepada kami - hidup ini ujian dan persinggahan , tujuan dan matlamat kita hanya untuk hidup mewah di akhirat.  Terima kasih mak kerana membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, tak syak lagi -syurga di bawah tapak kakimu.

Tuesday, October 11, 2011

Isu pelaksanaan hukum hudud

Rangkaian gerakan Islam ABIM-PKPIM-WADAH merakamkan rasa terganggu dan terkilan dengan gejala sikap kurang bertanggungjawab dalam menyikapi isu hudud yang kembali dipolemikkan dan dipolitikkan sebagaimana tercermin dalam kenyataan-kenyataan pelbagai pihak, termasuk yang mengeksploitasikannya dengan motif semata-mata untuk kepentingan politik sempit,  juga yang menanggapinya secara dangkal, nakal dan provokatif.

Isu penting dan berimplikasi besar ini seharusnya ditanggapi dan disikapi dengan rasa tanggungjawab keagamaan, amanah keilmuan, dan kesedaran kewarganegaraan sesuai dengan nilai-nilai budaya bangsa yang bertamadun dan beradab.

Bagi kaum Muslimin yang menginsafi hakikat bahawa al-Islam adalah al-din yang harus diterima secara kaffah, utuh dan menyeluruh (aqidah dan syariatnya), pelaksanaan hukum hudud adalah suatu tanggungjawab keagamaan. Justeru,ia adalah bahagian daripada undang-undang jenayah (al-'uqubat) yang menjadi salah satu komponen utama syari`at Islam.

Friday, October 7, 2011

Hajar is 12


The child was born,
parents were blessed
and... I am so lucky to have you as my daughter.

You grow sweeter with each passing year,
you are my one true treasure,
and... I am so proud to have you as my daughter.

I see a little more of me in you
in each passing year,
you've been a wonderful daughter and slowly turn to be my true friend
but.. most of all,
no matter how many birthdays come and go,
you'll  always be my little girl.

Happy 12th Birthday to our daughter,

Sannah Helwah ya Siti Hajar...

Thursday, October 6, 2011

Ustaz Azhar di UIA: "Tangan jahat" ganggu program

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kepada Allah atas rezekiNya yang melimpah-limpah untuk hambaNya. Malam Jumaat bertarikh 30 September menjadi sejarah bagi mahasiswa UIAM apabila kehadiran lebih kurang 4000 ke majlis kuliah Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan yang hangat. Fenomena Ustaz Azhar Idrus telah menarik Persatuan Mahasiswa Terengganu untuk merisik beliau sejak bulan Februari yang lepas lagi.


Dengan kerjasama kelab yang giat dalam aktiviti dakwah, Ma'ruf Club, program ini diluluskan oleh pihak pentadbiran UIAM pada awal semester ini. Masjid SHAS UIAM bakal menjadi sasaran mahasiswa bahkan seluruh masyarakat dan peminat Ustaz Azhar Idrus daripada seluruh negara. Promosi digiatkan di masjid-masjid sekitar Gombak menghebahkan kedatangan seorang ulama terkenal ke Masjid UIAM.

Sehari sebelum program, pihak Ma'ruf Club dikejutkan dengan penarikan balik kelulusan tempat program iaitu Masjid SHAS yang boleh memuatkan 6,000 orang. Dalam masa berbaki, pihak pentadbiran UIAM cuba membantu dan hanya meluluskan tempat di Experimental Hall yang mampu memuatkan seramai 300 orang. Berita tersebar dengan cepat di alam maya Facebook menyebabkan mahasiswa mula tidak berpuas hati.

Tuesday, October 4, 2011

Ustaz Azhar Idrus

Bismillah...
Ulamak tersohor ini amat dikagumi. Ke mana-mana beliau pergi menyampaikan ceramah atau majlis ilmu, pasti masjid atau dewan akan penuh.Tak percaya - tengoklah foto-foto ceramah beliau yang baru-baru ini diadakan di UIA,Gombak.

Walaubagaimanapun,ceramah beliau yang sepatutnya diadakan di masjid UIA yang besar lagi indah itu, telah terpaksa ditukar lokasinya ke sebuah dewan UIA oleh tangan-tangan yang tidak mahu Islam yang syumul berkembang. Alhamdulillah, ceramah berjalan lancar walaupun dewan tersebut hanya dapat memuatkan sekitar 300 orang sahaja.

InsyaAllah, Ustaz Azhar akan menyampaikan ceramah beliau di Melaka pada 10 dan 11 Oktober ini.

Friday, September 30, 2011

Kasih ibu


Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Wednesday, September 28, 2011

Persiapan sambut jemaah haji sedang rancak

Segala persiapan untuk menyambut ketibaan jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini berjalan rancak dengan pelbagai langkah diambil bagi menjamin keselesaan sepanjang tempoh mereka menjalankan ibadah di Madinah.

Pegawai Operasi Haji di Madinah Shahrunnajmi Basharuddin berkata pengurusan Tabung Haji sudah mula memantau tempat penginapan, selain membuat persediaan rapi dalam urusan pelbagai aspek lain seperti penyediaan pusat rawatan serta perancangan dari segi program ziarah dan penyediaan makanan untuk bakal-bakal haji.

Beliau berkata lebih separuh daripada 28,000 jemaah haji Malaysia tahun ini akan berada di Madinah terlebih dahulu sebelum mereka berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah dan haji.

Thursday, September 22, 2011

Royal Institute of Surveyors Malaysia (RISM)

KUALA LUMPUR 15 SEPT : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan watikah kepada Institut Juruukur Malaysia (ISM) berikutan pengurniaan status diraja kepada institusi berkenaan pada 28 Mac lepas.

Institut itu kini dikenali sebagai Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM). ISM website.

Watikah itu disampaikan oleh Sultan Selangor kepada Presiden RISM Ahmad Fauzi Nordin pada upacara rasmi pengurniaan status berkenaan dan majlis makan malam sempena ulang tahun ke-50 ISM malam Rabu. Ahmad Fauzi, dalam ucapannya, berkata RISM akan terus berusaha menjadi organisasi profesional bertaraf dunia.

“Selaras dengan pengurniaan status diraja kepada institut ini, kami berikrar mendokong profesionalisme ke tahap tertinggi pada setiap masa,” katanya.

Bersempena dengan majlis itu, institut berkenaan turut menganugerahkan ‘Malaysian Surveyor of the Year’ kepada Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Profesor Datuk Dr Abdul Kadir Talib.

Tuesday, September 13, 2011

Hajar @ UPSR starting today

Untuk anak kedua kami Siti Hajar, selamat menduduki perperiksaan UPSR bermula hari ini 13 September 2011 dan PSRA bermula minggu hadapan.

Buatlah yang terbaik dan sedaya upayamu manakala selebihnya bertawakkal kepada Allah, Pemberi kejayaan.

Ingatlah pesanan ini: bacalah surah Alam Nasyrah ketika mula memasuki kelas dan ketika menunggu bermulanya perperiksaan. Bersolawat ketika terlupa. Bersyukur dengan menyebut Alhamdulillah bila selesai menjawab semua soalan.

Doa ibu dan abah mengiringi kejayaanmu.


Pesan Cikgu Mala: "Selamat menempuh peperiksaan UPSR kepada semua murid, diharapkan mereka dapat menjawab soalan dengan penuh semangat, berkeyakinan untuk memenuhi harapan ibu bapa dan guru-guru," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Normala Sudirman adalah Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat yang juga merupakan bekas guru dan lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala berkata, di samping mengejar kecemerlangan akademik, pelajar-pelajar juga harus mengutamakan kecemerlangan akhirat dengan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian.

Monday, September 5, 2011

Eid Mubarak


Mungkin belum terlambat rasanya kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam khasnya kepada pengunjung Nani's Place. Semoga Allah menerima amalan sepanjang Ramadhan yang lepas dan diberi rezeki untuk ketemu lagi Ramadhan di tahun hadapan.

Tuesday, August 23, 2011

Hebatnya Kurma

   .
Suatu hari Rasulullah s.a.w. telah berteka-teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud: " Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tesebut?"

Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah. Abdullah bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata: "Aku terfikir jawapannya mungkin pokok kurma, tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa (beliau masih kanak-kanak)" Para sahabat ber tanya "Apakah jawapannya Rasulullah?"

Baginda bersabda "Kurma" (Riwayat Muslim no. 5027 dan Al-tarmizi No. 2793)

Daun pokok kurma tidak pernah gugur kerana yang gugur ialah pelepahnya. Banyak faedah yang diperolehi dari pokok kurma selain rasanya yang enak, ketahanannya walaupun telah kering, batang, pelepah dan daunnya yang boleh digunakan sebagai tiang, kayu api, tali dan sebagainya. Imam Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menerangkan bahawa perumpaan pokok kurma dengan seorang Muslim yang memiliki pelbagai kebaikan dengan ketaatan dan amalan solehnya seperti solat, zakat, sedekah, puasa serta akhlaknya yang mulia.

Saturday, August 20, 2011

Menyanggah Masitah

Alangkah baiknya beliau menasihat dan memastikan isteri Perdana Menteri dan menteri-menteri Islam tutup aurat. Itu belum kita sentuh isu-isu besar seperti hukum Islam, riba, hudud dan sebagainya.

Menyanggah Masitah

Maka bertarilah kalam Mashitah, Ulama Wanita Umno dalam akhbar Sinar Harian menghentam PAS kononnya
PAS takut kepada DAP sehingga tidak berani menegakkan kebenaran dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap gereja kristian baru-baru ini.
Katanya, PAS sudah tunduk kepada DAP dan tidak lagi berjuang dengan prinsip asalnya iaitu Islam. 
Saya hairan sejak bila pula Mashitah simpati dan peka terhadap perjuangan PAS. Apa yang menyebabkan tiba-tiba beliau simpati kepada PAS. Lebih baik dia mereformasikan Umno supaya mengambil Islam sebagai asas perjuangan.

Dengan kuasa yang ada mereka boleh melaksanakan Islam di dalam negara kita ini. Undang-undang murtad yang sepatutnya sudah lama digubal dan digunapakai di Malaysia ini tidak dilaksanakan oleh Umno sebab apa? Mengapa Mashitah tidak bising?

Dalam isu JAIS ini,

Tuesday, August 16, 2011

Nuzul Al-Quran



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara berperingkat-peringkat dan seterusnya  menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Sunday, July 31, 2011

Billboard Radix di PLUS highway

 PAPAN IKLAN HPA DI LEBUHRAYA UTARA – SELATAN:

HPA HQ telah memasang Papan Iklan HPA di sepanjang lebuhraya utara selatan. Gambar di bawah adalah Papan Iklan HPA di Lebuhraya Antara Tol Bangi dan Tol Kajang.

Friday, July 29, 2011

Ramadhan menjelma lagi

KUALA LUMPUR - Sighting of the new moon to determine the start of the fasting month for Muslims in Malaysia will be conducted in the evening, this Sunday or 29th Syaaban 1432 Hijrah of the Islamic calendar.

A statement from the office of the Keeper of the Rulers' Seal said that among the sites for the sighting of the new moon are Pontian Kecil in Johor, Falak Al-Khawarizmi Complex in Tanjung Bidara (Melaka), Teluk Kemang (Negeri Sembilan), Bukit Melawati, Pulau Angsa, Bukit Jugra and Balai Cerap Selangor in Sabak Bernam (Selangor), Pasir Panjang beach (Perak), Pusat Falak Sheikh Tahir in Pantai Aceh (Penang), Kampung Pulau Sayak in Kuala Muda, Pemandangan Indah in Pulau Langkawi and Alor Setar Tower (Kedah), and Kuala Sungai Baru in Simpang Empat (Perlis).

The other sites in the peninsula are Bukit Besar in Kuala Terengganu, Bukit Kemuning in Kemaman, Pulau Perhentian, Balai Cerap KUSZA in Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi in Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling in Kuala Krai and SEDC tower block in Kota Baharu (Kelantan), Bukit Tanjong Batu in Nenasi, Gunung Brinchang in Cameron Highlands and Bukit Pelindong in Kuantan (Pahang), Kuala Lumpur Tower and Putrajaya International Convention Centre.

In East Malaysia, the sighting will be from Tanjong Lubang in Miri, Teluk Bandung in Kuching, Tanjung Batu in Bintulu (Sarawak), and Balai Cerap Al-Biruni in Putatan (Sabah) and Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan).

The Conference of Rulers agreed that the start of the fasting month would be determined by Rukyah (sighting of the new moon) and Hisab (astronomical calculations, and the announcement of the date to be made by the Keeper of the Rulers' Seal over radio and television on Sunday night, according to the statement.

- Bernama -

Tuesday, July 26, 2011

TV Alhijrah Stesen TV HD Pertama Malaysia


TV Al-Hijrah, stesen TV pertama negara yang mengaplikasikan teknologi berdefinisi tinggi (HD) menjadi pilihan kami sekeluarga kini. Antara rancangan terbitannya yang patut ditonton adalah Madrasah Al-Hijrah, sebuah rancangan bual-bicara agama yang dikendalikan oleh seorang mursyid dan dihadiri oleh pelajar-pelajar dari IPT Malaysia. Setakat ini ramai pendakwah bebas yang dijemput untuk mengendalikan rancangan ini seperti Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang (Mursyid Imam Muda Musim Pertama), Ustaz Badlishah dan ramai lagi ulama muda yang boleh dianggap sebagai Muslim Profesional. InsyaAllah, TV Al-Hijrah memberi pilihan terbaik bagi masyarakat Islam menambah maklumat dan pengetahuan yang berkaitan Islam dan pengetahuan am.

Thursday, July 21, 2011

Belasungkawa: Dr Lo' lo' Ghazali


Mungkin sudah agak terlewat, entri petikan dari coretan Dr MAZA ini hanyalah sebagai tribute untuk bekas Ahli Parlimen Titiwangsa yang mana kami pernah bersama-sama membantu sedikit sebanyak dalam gerak kerja kempen ketika PRU 2008 hingga membawa kepada kemenangan sulong PAS di Kuala Lumpur.

Hajar bersalaman dengan Dr Lo'Lo - Rumah Terbuka PAS 2009, Taman Melewar
-----------

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Friday, July 15, 2011

Hadi is 1


Diam tak diam Hadi dah pun setahun. Dah besar pun. Happy birthday the small one!

Here's cake from secret recipe

Hadi helping himself to his first cake
A complete reversal of fortune,  1 year on

Friday, June 24, 2011

Imam Muda- Episod Kemuncak Minggu Hadapan

calon6.pngcalon5.png

Alhamdulillah, selesai episod separuh akhir Imam Muda musim kedua. Tahniah kepada Imam Muda Nazrul dan Imam Muda Hassan kerana berjaya melangkah ke episod kemuncak minggu hadapan. Walaubagaimanapun, kehebatan kelima-lima Imam Muda di episod separuh akhir tadi tidak dapat dinafikan. Masing-masing ada kelebihan tersendiri, kelebihan beberapa markah dan rezeki sahaja yang membezakan layak atau tidak layak untuk ke episod kemuncak. Doa dan harapan, semuga program ini bakal diteruskan di masa-masa akan datang dan dapat mengenengahkan lebih ramai anak muda yang berilmu, beramal  dan berakhlak Islam. Sedikit sebanyak terubat kerisauan hati bila tengok masih ramai remaja Islam yang berperibadi seperti Imam Muda ini. Sesungguhnya dunia ini hanya akan terbangun apabila remaja-remajanya berilmu dan berakhlak.....Wallahualam      

Monday, June 20, 2011

Hajar @ Amal Islami Daerah Gombak

Hajar juara Khat T2(P) Daerah Gombak
Semalam, 19 Jun 2011, telah berlangsung program Amal Islami JAIS, KAMIL 2011 peringkat daerah di SRAI Sg Chincin, Gombak. SRI Al Huda @ KAFA Integrasi Bt 11 menghantar pemenang dari Zon Selayang dalam pertandingan Marhaban, Syarahan B Arab dan Khat.

Alhamdulillah, Siti Hajar muncul juara Khat T2(P) Daerah Gombak manakala Sofwah Adilin pulak di tempat kedua T2(L). SRIAH juga mendapat tempat pertama bagi Marhaban dan Syarahan B Arab.
Latihan Khat bimbingan Ust Mahama di sekolah Sabtu malam
Terima kasih juga dipanjangkan kepada Ust Mahama yang begitu bersemangat membimbing dan memberi dorongan kepada Hajar dalam memperbaiki & menghalusi seni khat.

Khat yang ditampal di notis board sekolah
Peringkat seterusnya: Negeri Selangor yang akan diadakan pada bulan hadapan.

Friday, May 27, 2011

Matahari di atas Ka`bah esok

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama). Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam. Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunat. Jadi umat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.


Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan umat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH. Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Monday, May 23, 2011

Pakngah warded

Semalam lepas hantar Sarah, kami berkesempatan menziarahi Pakngah di Damai Service Hospital. Katanya, lepas ujian MRI Jumaat lepas, ada slip disc di tulang belakang. So kena buat physio lima hari dari sabtu sampai rabu.

Kami doakan pakngah segera sembuh & dapat bekerja macam biasa.

16 Korban tanah runtuh

Kesemua 25 mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam akhirnya berjaya dikeluarkan. Dari kesemua jumlah itu, 16 mangsa meninggal dunia manakala 9 yang lain berjaya diselamatkan. Mangsa terakhir dikeluarkan kira-kira jam 5.05 pagi tadi.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua mangsa.
Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Tuesday, May 17, 2011

Age is an issue?

Age is an issue of mind over matter
If you don't mind, it doesn't matter

Selamat hari lahir,
Panjang umurmu,
Perbanyakkan amalmu,
Berkat hidupmu,


Terus subur.... kebahagiaan....
di dunia..di sana jua...
Amiin

Saturday, May 14, 2011

Tuesday, May 10, 2011

Hajar @ Amal Islami

Practice makes perfect
Program JAIS, Amal Islami diadakan pada 7 Mei 2011 kali ini bertempat di SRA Sungai Tua. Puteri kedua kami, Hajar mewakili KAFA Al Huda Bt. 11 menunjukkan skil Khat dalam kategori Tahap 2. 2 Tahun lepas Sarah mencuba nasib dalam syarahan Bahasa Arab.

Hajar in action
Menurut Ust Mahama, sifu khat, biasanya pertandingan khat yang menarik paling ramai peserta, dijangka lebih 120 pelajar akan mengambil bahagian dalam dua tahap. Makanya untuk mengekalkan rekod sekolah di mana KAFA Al Huda adalah juara kategori lelaki Tahap 2 peringkat negeri Selangor tahun lepas, latihan intensif diperlukan. Kata Ustaz markah khat 50%, hiasan corak 30% dan bakinya kekemasan.

Ustaz yang mengawasi pertandingan memberikan reaksi positif "Anak enta?InsyaAllah boleh menang."

Kami pun menunggu pengumuman keputusan sampai zuhor tetapi kerana masalah teknikal, juri kena mesyuarat dulu sebelum keputusan pemenang bagi tahap 2 lelaki dan perempuan yang hanya diumumkan pada Selasa. Kami mendoakan KAFA Al Huda bagi kedua-dua kategori terutamanya anak kami Hajar berjaya mendapat tempat pertama dan pergi ke peringkat daerah selepas ini.

Thursday, May 5, 2011

Doa dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden

“Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan.

Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Wednesday, April 27, 2011

Hajar @ MAP Training



Weekend lepas 16 & 17 April giliran Siti Hajar ke kursus Motivasi Alihan Pelajar MAP Training di Wisma Belia. Minggu sebelum tu Hajar spent dua hari di sekolah perkhemahan perdana pelajar beruniform. Sibuk & kepenatan, namun Hajar kelihatan tabah dan tak mengeluh pun tambah lagi terpaksa bergerak secara solo sekarang ni. Kena keluar dari bayang-bayang kakak.

So far so good, Hajar nampak cool & steady. Keep it up dik, no pressure from us, it’s all on you. All the best!

Friday, April 15, 2011

Hadi nine months later


9 months later, Hadi is now able to respond to one's emotion. For 9 months now he has been in the limelight and the centre of the row between the adults.

This entry was posted on 4.21 a.m. that's another 12 hours to his 9 months.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...