MASA itu akan terus beredar,sebagaimana makhluk Allah yang lain.
Tahun baharu silih berganti, waktu dan hari tetap berputar,
Tiada bezanya antara tahun lepas, tahun ini mahupun tahun akan datang.
Begitulah MASA.
Umur setiap kita akan terus bertambah,
samada menjelang tahun baharu ataupun tidak.
Yang perlu kita renungkan adalah;
Dunia semakin menghambat, Umur kita semakin meningkat,
Badan pula semakin tidak sihat, Ajal dan maut semakin dekat.
Terminal MASA bagi kita iaitu kematian,
Tidak pula kita tahu waktunya yang tepat.
Namun yang pasti, apabila MASA itu sampai,
Tidak dilewatkan walaupun sesaat.